27/07/2026
π¨ AMARAN KEPADA ORANG AWAM, KONTRAKTOR DAN SYARIKAT π¨
Dimaklumkan bahawa terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memperdaya orang awam dengan menyamar sebagai Pegawai Perolehan CIDB Malaysia dan menawarkan tender atau sebutharga palsu.
Sehubungan itu, semua pihak dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan sebarang mesej, e-mel, panggilan telefon atau dokumen yang meragukan. Pastikan setiap urusan berkaitan tawaran perolehan, tender dan sebutharga hanya dibuat melalui saluran rasmi CIDB Malaysia sahaja. Orang awam, kontraktor dan syarikat juga diingatkan supaya tidak membuat sebarang bayaran, tidak menyerahkan dokumen penting, serta tidak berkongsi maklumat sulit syarikat atau peribadi kepada individu yang tidak dapat disahkan kesahihannya.
Sekiranya menerima sebarang tawaran yang mencurigakan, sila abaikan dan buat laporan segera kepada pihak CIDB Malaysia untuk tindakan lanjut. Mohon semua pihak membantu menyebarkan makluman ini agar lebih ramai tidak menjadi mangsa penipuan.
β οΈ Berwaspada. Semak dahulu. Jangan mudah terpedaya.