26/08/2026
*MAJLIS PELEPASAN MADANI YAKIN “KEPULANGAN YANG DINANTI” SEMPENA HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT JABATAN PENJARA MALAYSIA TAHUN 2026*
26 Ogos 2026 (Rabu) - Bertempat di Dewan Keris Laksamana, Penjara Sungai Udang telah berlangsung Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Kep**angan Yang Dinanti sempena Hari Kemerdekaan Peringkat Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2026, yang disempurnakan oleh YDH TKP Khairil Nizam Bin Anuar Pengarah Penjara Negeri Melaka.
Program bertemakan "MADANI YAKIN: Kep**angan Yang Dinanti" sempena kemerdekaan ini bertujuan untuk mempercepatkan proses integrasi semula prospek ke dalam masyarakat menerusi sokongan sistem kekeluargaan dan majikan.
Seramai (49) prospek Penjara Sungai Udang yang layak menjalani Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) yang mana 40 OBB ditempatkan bersama 15 majikan, 2 OBB bersama keluarga, dan 6 OBB di RP Lelaki serta 1 OBB di RP Wanita. Bilangan ini ada sebahagian daripada jumlah keseluruhan terima lesen (549) prospek telah terpilih untuk menjalani Perintah Pelepasan Secara Lesen berdasarkan kriteria dan penilaian yang ketat.
Selain itu, Unit PBSL, Penjara Sungai Udang turut menyampaikan taklimat serta pendedahan kepada ahli keluarga dan majikan berkaitan pelaksanaan PBSL. Taklimat ini bertujuan memberi pemahaman yang lebih jelas kepada masyarakat mengenai tujuan, fungsi serta pelaksanaan program PBSL yang dilaksanakan oleh pihak penjara dalam usaha membantu proses pemulihan dan reintegrasi penghuni ke dalam masyarakat.
Program ini turut disertai oleh TKP Zan Azim bin Aziz Pengarah Penjara Sungai Udang Melaka, PKK Navinderjit Singh a/l Savinder Singh Timbalan Pengarah (Seksyen Parol PBSL) Bahagian Parol & Perkhidmatan Komuniti, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Ketua-ketua Institusi Penjara Melaka, Ahli Jawatankuasa PBSL Fast Track Negeri Melaka (PDRM / AADK / Jabatan Kebajikan Masyarakat / PERKESO / WAKIL LEMBAGA HAKIM PELAWAT), Majikan-majikan Corporate Smart Intership (CSI), Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta pegawai dan kakitangan Penjara Negeri Melaka.