Istana Melaka

Istana Melaka TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka

4 September 202622 Rabiulawal 1448HTYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka me...
05/09/2026

4 September 2026
22 Rabiulawal 1448H

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun Tun Canselor anjuran UTeM.

Ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan disambut oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi yang menjalankan fungsi Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti; YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin, Naib Canselor UTeM; YBhg. Dato' Seri Hasan Malek, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Canselor UTeM; YBrs. Puan Hajah Rusnah binti Aluai, Ahli Lembaga Pengarah Universiti; YBrs. Profesor Dr. Mohd Rizal bin Salleh, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) serta YBrs. Profesor Dr. Zahriladha bin Zakaria, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).

Turut berlansung majlis penyerahan sumbangan aset UTeM kepada penerima antaranya kepada sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi yang telah disaksikan oleh TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan.



4 September 202622 Rabiulawal 1448HTYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka ha...
04/09/2026

4 September 2026
22 Rabiulawal 1448H

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Allahyarham YBhg. Datuk Wira Haji Othman bin Muhamad, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka di kediamannya di Ayer Molek, Melaka.



4 September 202622 Rabiulawal 1448HTYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka me...
04/09/2026

4 September 2026
22 Rabiulawal 1448H

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah, Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka serta menyampaikan sumbangan kepada asnaf, warga emas dan pegawai syarak masjid.

Sejurus selesai solat TYT Tun Seri Setia mengadakan lawatan ke Ummah Meat Shop yang telah dibuka di dalam kawasan masjid. Kedai ini menjual daging lembu tempatan segar dengan harga yang berpatutan.



3 September 202621 Rabiulawal 1448HTYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka me...
03/09/2026

3 September 2026
21 Rabiulawal 1448H

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Ms. Kagemaru Himeno, Mr. Kouki Saitou dan Ms. Yuka Morii, dari Jepun di Istana Melaka, Bukit Beruang.

Mereka bertiga merupakan ilustrator yang terkenal bagi kad animasi Jepun yang terkenal iaitu Pokemon.



Joging sepanjang sungai melaka
03/09/2026

Joging sepanjang sungai melaka

2 September 202620 Rabiulawal 1448HTYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka me...
02/09/2026

2 September 2026
20 Rabiulawal 1448H

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA) 2026 yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor.

Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YBhg. Datuk Wira Dr. Mohd Haniff bin Hassan, Setiausaha Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail, Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan melawat Pavilion Negeri Melaka dan pameran-pameran serta gerai-gerai yang ada sempena MAHA 2026.



1 September 202619 Rabiulawal 1448HTYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka ha...
02/09/2026

1 September 2026
19 Rabiulawal 1448H

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Minum Petang sekaligus menyempurnakan perasmian Synergy Agro Farm Sebagai Agro Cafe & Pusat Latihan Agro Farm UGM-KADMDI di Bukit Katil, Melaka.

Turut berlangsung Sushi Making Class yang disertai oleh seramai 40 peserta yang terdiri daripada orang ramai dan pelajar-pelajar Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam serta Universiti Geomatika.




1 September 2026 19 Rabiulawalw 1448HYABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Minum ...
01/09/2026

1 September 2026
19 Rabiulawalw 1448H

YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Minum Petang "Secangkir Teh, Sejuta Inspirasi" anjuran EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Komuniti Negeri Melaka di Hotel Hatten, Melaka.

Majlis turut dihadiri YB. Datuk Wira Salhah Binti Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Hjh Kalsom binti Noordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Melaka Merangkap ADUN Pengkalan Batu; YBhg. Datin Hajah Erni Adilia Binti Dato Karim, Timbalan Pengerusi BISTARI Melaka; YB Datuk Tuminah Binti Kadi @ Mohd Hasim, ADUN Pantai Kundor; YB Datuk Siti Faizah Binti Datuk Abd Azis, ADUN Sungai Rambai; dan YBhg. Datin Wira Sri Wangi binti Sujud, isteri YB Datuk Wira Abdul Razak bin Haji Abdul Rahman, iaitu EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Melaka.



31 Ogos 202618 Rabiulawal 1448HTYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ...
01/09/2026

31 Ogos 2026
18 Rabiulawal 1448H

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir memeriahkan Sambutan Hari Jadi Anak-Anak Merdeka Tahun 2026 di Mahkota Parade Melaka.

Majlis ini merupakan penganjuran kali ketiga berturut-turut oleh World Youth Foundation (WYF) yang meraikan seramai 130 anak merdeka.



31 Ogos 202618 Rabiulawal 1448HTYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YA...
31/08/2026

31 Ogos 2026
18 Rabiulawal 1448H

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka.

Kira-kira 7,675 peserta mewakili 125 kontinjen telah menyertai acara perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, meliputi wakil-wakil agensi kerajaan dan swasta, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, sekolah-sekolah seluruh Negeri Melaka termasuk kelab, persatuan dan NGO

Turut menyertai perarakan ialah sebanyak 441 kenderaan-kenderaan pelbagai agensi antaranya aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Turut diadakan flypast aset-aset Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) yang terdiri dari pesawat-pesawat pejuang dan pesawat angkut Tentera Udara DiRaja Malaysia. Lebih istimewa tahun ini turut diadakan pameran aset-aset Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

Walaupun cuaca hujan pada sebelah pagi sebelum bermulanya majlis, ianya tidak mematahkan semangat peserta perbarisan termasuk ribuan rakyat Melaka yang telah hadir ke tapak majlis seawal jam 6.00 pagi, bagi menunjukkan semangat patriotik mereka serta kecintaan kepada Negara demi meraikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 ini.



Address

Jalan Seri Negeri
Ayer Keroh
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Istana Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share