Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka

🤝 KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI FPM KE JABATAN TENAGA KERJA (JTK) NEGERI MELAKA 🤝Pada 21 Ogos 2026, Jabatan Tenaga Kerja (JT...
21/08/2026

🤝 KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI FPM KE JABATAN TENAGA KERJA (JTK) NEGERI MELAKA 🤝

Pada 21 Ogos 2026, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Melaka amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi F.P.M. Academy of Management and Excellence (F.A.M.E.) dan Felda Plantation Management Sdn. Bhd. (FPMSB).

🎯 Kolaborasi Strategik & Advokasi Pematuhan Perburuhan ini diadakan bertujuan untuk membincangkan ruang kerjasama strategik bersempena dengan penganjuran program Vendor Connect 2026 - Toward Sustainability (Zon Selatan) yang dijadualkan berlangsung pada 7 & 8 September 2026 di Melaka.

Melalui perbincangan ini, kedua-dua pihak menyatakan komitmen bersama untuk memperkasakan pematuhan undang-undang perburuhan dan standard kebajikan pekerja dalam kalangan pengusaha industri perladangan, sekali gus memacu ke arah ekosistem sektor pekerjaan yang lebih mampan dan beretika.

Terima kasih diucapkan kepada delegasi FPM dan FPMSB atas inisiatif kunjungan hormat ini. Semoga jalinan kerjasama yang erat ini terus memupuk keharmonian perusahaan yang berkekalan di Negeri Melaka 🌿

Kunjungan Hormat FMM ke Jabatan Tenaga Kerja Negeri MelakaPada 18 Ogos 2026, Federation of Malaysian Manufacturing (FMM)...
18/08/2026

Kunjungan Hormat FMM ke Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka

Pada 18 Ogos 2026, Federation of Malaysian Manufacturing (FMM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka. Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan dan kerjasama antara kedua-dua pihak serta menjadi platform untuk bertukar pandangan dan maklumat berkaitan isu perburuhan dan keperluan industri.

Perbincangan berjalan dengan lancar, membincangkan cabaran semasa industri dan peluang kerjasama masa depan. Kunjungan ini diharap dapat mempererat jaringan kerjasama dan membuka ruang untuk kolaborasi yang lebih erat pada masa akan datang.

KURSUS TATACARA PENGURUSAN ADUAN GANGGUAN SEKSUAL DAN PERLINDUNGAN KEPADA GOLONGAN WANITA.Tarikh: 1 Ogos 2026Masa: 8.30 ...
03/08/2026

KURSUS TATACARA PENGURUSAN ADUAN GANGGUAN SEKSUAL DAN PERLINDUNGAN KEPADA GOLONGAN WANITA.

Tarikh: 1 Ogos 2026
Masa: 8.30 pagi - 6.00 petang
Tempat: Hotel Swiss Garden, Melaka

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka telah mengadakan Kursus Tatacara Pengurusan Aduan Gangguan Seksual dan Perlindungan kepada Golongan Wanita. Kursus ini telah dihadiri oleh 41 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka dan Pejabat Tenaga Kerja Negeri Melaka. Kursus ini memberikan pendedahan menyeluruh mengenai isu gangguan seksual, perlindungan hak wanita, bidang kuasa tribunal anti gangguan seksual, serta jenayah terhadap wanita dari perspektif pihak polis dan mahkamah.

Antara penceramah yang dijemput adalah:

1) Ketua Pejabat PTK Melaka
Bertanggungjawab membentangkan topik mengenai gangguan seksual di tempat kerja, memberikan panduan dan kesedaran tentang isu ini dalam konteks persekitaran kerja.

2) Wakil Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Melaka
Menyampaikan ceramah berkaitan perlindungan kepada golongan wanita, termasuk hak-hak dan sokongan yang disediakan untuk wanita dalam pelbagai aspek kehidupan.

3) Wakil Tribunal Anti Gangguan Seksual (TAGS)
Memberi penerangan tentang bidang kuasa tribunal dalam menangani kes gangguan seksual, termasuk proses dan mekanisme pengurusan aduan.

4) Wakil Polis Diraja Malaysia
Membincangkan pendedahan tentang jenayah terhadap wanita, termasuk jenis-jenis jenayah dan langkah-langkah penguatkuasaan undang-undang yang diambil oleh pihak polis.

5) Pegawai Undang-Undang dari Kompleks Mahkamah Ayer Keroh
Menjelaskan jenayah terhadap wanita dari perspektif mahkamah, termasuk proses perundangan dan tindakan undang-undang yang berkaitan.

Melalui sesi ceramah oleh pakar-pakar dari pelbagai agensi berkaitan, peserta telah didedahkan dengan pengetahuan praktikal dan undang-undang yang penting untuk menangani dan mengurus aduan gangguan seksual serta melindungi golongan wanita secara efektif. Kursus ini juga menggalakkan kesedaran dan pemahaman yang lebih mendalam dalam kalangan peserta bagi memastikan persekitaran yang selamat dan bebas daripada gangguan seksual."

28/07/2026

Setinggi-tinggi Tahniah🔥

Puan Noraini Bt Nordin
(Pegawai Perhubungan Perusahaan S12)✅

ATAS PELANTIKAN SEBAGAI
Pengarah JTK Negeri Melaka💼

MULA BERKUATKUASA PADA 29 Julai 2026📌

* ikhlas daripada •
YBrs. Encik Kamal Bin Pardi
Ketua Pengarah & Warga Kerja Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia





📸 PROGRAM  PERHIMPUNAN BULANAN, UCAPTAMA DAN AMANAT KETUA PENGARAH JTKSM SERTA SESI DIALOG BERSAMA WARGA JTK NEGERI MELA...
22/07/2026

📸 PROGRAM PERHIMPUNAN BULANAN, UCAPTAMA DAN AMANAT KETUA PENGARAH JTKSM SERTA SESI DIALOG BERSAMA WARGA JTK NEGERI MELAKA DAN JTK NEGERI SEMBILAN

📝 Majlis yang penuh bermakna ini telah diadakan pada 21 Julai 2026 di dan disempurnakan oleh Tuan Haji Kamal bin Pardi, Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) bertempat di Level 2, Convention Centre, Melaka International Trade Centre, Ayer Keroh, Melaka.

📌Dalam amanat yang disampaikan, beliau berkongsi hala tuju, aspirasi serta penekanan terhadap usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan demi kecemerlangan organisasi. Beliau turut memberi penekanan kepada perkembangan pesat Teknologi AI yang sentiasa menuntut pegawai agar sentiasa meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan dalam menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi semasa.

💬 Turut berlangsung Sesi Dialog Bersama Pengurusan Tertinggi, yang menjadi platform komunikasi dua hala antara warga JTK Negeri Melaka dan JTK Negeri Sembilan dengan Ketua Pengarah JTKSM serta Pegawai Kanan Ibu Pejabat JTKSM iaitu Encik Abdul Ghalim Bin Latip,Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Encik Abdul Kadir Bin Muhamad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan (BPN) dan Pn Zahrahtul Najihah Binti Haji Razi, Penolong Pengarah Tenaga Kerja Kanan, Bahagian Perundangan dan Perlesenan JTKSM.

💼Sesi ini memberi ruang kepada warga kerja untuk mengemukakan pandangan, berkongsi pengalaman serta membincangkan isu-isu pelaksanaan tugas di lapangan, di samping memperolehi maklum balas dan panduan secara langsung daripada pihak pengurusan tertinggi.

🤝 Semoga amanat dan sesi dialog ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga JTK Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk terus memperkukuh komitmen, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Rasmi

PROGRAM PENDIDIKAN PERBURUHAN (PPP) SIRI 4/2026Tarikh: 21 Julai 2026 (Selasa)Masa: 8.30 pagi – 2.00 petangTempat: Level ...
21/07/2026

PROGRAM PENDIDIKAN PERBURUHAN (PPP) SIRI 4/2026

Tarikh: 21 Julai 2026 (Selasa)
Masa: 8.30 pagi – 2.00 petang
Tempat: Level 2, Convention Centre, Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka telah menganjurkan Program Pendidikan Perburuhan (PPP) Siri 4/2026 yang bertemakan “Memahami Asas Perhubungan Majikan & Pekerja”.

Program ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Naziyah binti Said, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka dan Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Kamal bin Pardi, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.

Program ini telah disertai oleh 60 orang peserta yang terdiri daripada majikan, wakil majikan dan pengamal sumber manusia (HR practitioner). Sesi ceramah telah disampaikan oleh Puan Norah binti Mohd Ramli, Timbalan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka, Puan Nurul Nabila Ain binti Ibrahim, Penolong Pengarah Tenaga Kerja, dan Encik Lukmanizam bin Abdullah, Penolong Pengarah Tenaga Kerja.

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka turut menyertai National Training Week (NTW) 2026 sebagai rakan kerjasama dalam menyediakan latihan kepada masyarakat menerusi penganjuran Program Pendidikan Perburuhan (PPP) Siri 4/2026.

16/07/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH! 👍

PUAN NAZIYAH BINTI SAID
ATAS PELANTIKAN SEBAGAI
PENDAFTAR, BAHAGIAN TRIBUNAL PEKERJA GIG, KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KESUMA)
(PEGAWAI PERHUBUNGAN PERUSAHAAN GRED S13 (MEMANGKU))💼

MULA BERKUATKUASA PADA 15 JULAI 2026📌

DAN TERIMA KASIH SEBAGAI PENGARAH, JABATAN TENAGA KERJA NEGERI MELAKA🫡

IKHLAS DARIPADA✨
YBRS. ENCIK KAMAL BIN PARDI, KETUA PENGARAH
& WARGA KERJA
JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA





Mesyuarat Kebajikan Pekerja Ladang Peringkat Negeri Melaka Bil. 1/2026Mesyuarat Kebajikan Pekerja Ladang Peringkat Neger...
30/06/2026

Mesyuarat Kebajikan Pekerja Ladang Peringkat Negeri Melaka Bil. 1/2026

Mesyuarat Kebajikan Pekerja Ladang Peringkat Negeri Melaka Bil. 1/2026 telah diadakan pada 30 Jun 2026 di Eco Garden Retreat Melaka, SD Guthrie Ladang Kempas dengan penyertaan majikan-majikan ladang di Negeri Melaka.

Program dimulakan dengan sesi perkongsian amalan terbaik (best practice) oleh Tuan Haji Shuhaimi bin Dollah, Senior Manager, SD Guthrie Ladang Kempas, yang berkongsi mengenai penggunaan automasi dan mesin moden dalam meningkatkan kecekapan operasi ladang serta mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh. Para peserta turut dibawa melawat kawasan ladang bagi melihat sendiri penggunaan teknologi dan jentera yang diaplikasikan dalam pengurusan operasi ladang.

Setelah tamat lawatan, Mesyuarat Kebajikan Pekerja Ladang Peringkat Negeri Melaka Bil. 1/2026 dipengerusikan oleh Puan Naziyah binti Said, Pengarah JTK Negeri Melaka. Mesyuarat memberi tumpuan kepada perbincangan berkaitan kebajikan pekerja ladang, pematuhan undang-undang perburuhan serta pengukuhan kerjasama antara Jabatan dan pihak majikan ladang.

Program diakhiri dengan Taklimat Permit Perburuhan oleh Puan Salfarina binti Ramley, Penolong Pengarah Tenaga Kerja yang memberikan penerangan kepada para majikan ladang mengenai jenis-jenis permit di bawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia serta syarat-syarat permohonannya.

Program Pendidikan Perburuhan (PPP) Siri 3/2026 telah diadakan pada 23 Jun 2026 (Selasa) di Swan Garden Resort Hotel, Me...
23/06/2026

Program Pendidikan Perburuhan (PPP) Siri 3/2026 telah diadakan pada 23 Jun 2026 (Selasa) di Swan Garden Resort Hotel, Melaka dengan kehadiran seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada majikan dan wakil majikan daripada pelbagai sektor industri.

Program ini telah diisi dengan beberapa slot ceramah, antaranya Slot 1: Dokumen Pekerjaan: Keperluan dan Persediaan Audit serta Slot 2: Faedah Penamatan dan Pemberhentian Kerja Sementara yang telah disampaikan oleh En. Ahmad Jazim bin Samsudin, Pegawai Tenaga Kerja PTK Melaka. Program turut disusuli dengan slot perkongsian oleh wakil HRD Corp.

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dalam meningkatkan kefahaman berkaitan pematuhan undang-undang perburuhan serta pengurusan pekerjaan yang lebih teratur dan berkesan.

Sorotan Program Pendidikan Perburuhan (PPP) Kolaborasi Bertajuk “Gangguan Seksual”Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka den...
16/06/2026

Sorotan Program Pendidikan Perburuhan (PPP) Kolaborasi Bertajuk “Gangguan Seksual”

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka dengan kerjasama Infineon telah menganjurkan Program Pendidikan Perburuhan (PPP) bertajuk “Gangguan Seksual” pada 15 Jun 2026 di MPH DC Hall, Infineon.

Program ini telah disertai oleh 70 orang pekerja Infineon yang mewakili pelbagai jabatan dan kategori pekerjaan di syarikat tersebut.

Perkongsian pertama telah disampaikan oleh Encik Ahmad Jazim bin Samsudin, Pegawai Tenaga Kerja, PTK Melaka bertajuk Gangguan Seksual dari Perspektif Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022. Seterusnya, ceramah telah disampaikan oleh Puan Nur Sabrina binti Ahmad Gholib, Pegawai Undang-Undang Tribunal Antigangguan Seksual (TAGS) yang telah memberi pendedahan mengenai Pengenalan kepada Gangguan Seksual dan Celik Hak Tribunal Bagi Antigangguan Seksual.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman dalam kalangan pekerja dan majikan, seterusnya memperkukuhkan komitmen semua pihak ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang selamat.

Address

Aras 4, Menara Persekutuan, Jalan MITC
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6062345171

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka:

Shortcuts

Share