Polis Melaka

Polis Melaka Laman ini merupakan Facebook Rasmi Polis Melaka. This is an Official Facebook of Malacca Police.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐€๐๐€๐Š ๐Œ๐”๐ƒ๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐— ๐Š๐Ž๐๐’๐„๐‘๐“ ๐‰๐Ž๐Œ ๐‡๐„๐๐Ž๐‡ , 6 September 2026 โ€“  Ketua Polis M...
06/09/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐€๐๐€๐Š ๐Œ๐”๐ƒ๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐— ๐Š๐Ž๐๐’๐„๐‘๐“ ๐‰๐Ž๐Œ ๐‡๐„๐๐Ž๐‡

, 6 September 2026 โ€“ Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Dzulkhairi Mukhtar telah menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 X Konsert Jom Heboh yang berlangsung di perkarangan , Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka.

Majlis Perasmian Penutupan Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 X Konsert Jom Heboh telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, turut disertai YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka, bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka serta tetamu jemputan.

Penganjuran Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 X Konsert Jom Heboh ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Melaka dalam memperkasa generasi muda melalui pelbagai aktiviti dan platform. Inisiatif ini memberi peluang kepada mereka untuk mengembangkan bakat dan potensi serta menyumbang kepada pembangunan negeri.

Kehadiran Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Melaka mencerminkan komitmen Pasukan dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjamin sepanjang program berlangsung.

Turut hadir, Ketua- Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah.








โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”
๐Œ๐ž๐๐ข๐š ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€
้ฉฌๅ…ญ็”ฒ่ญฆๆ–นๅฎ˜ๆ–น็คพไบคๅช’ไฝ“
๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐‚๐„ เฎ…เฎคเฎฟเฎ•เฎพเฎฐเฎชเฏเฎชเฏ‚เฎฐเฏเฎต เฎšเฎฎเฏ‚เฎ• เฎŠเฎŸเฎ•เฎฎเฏ
#๐‹๐ข๐ค๐ž #๐…๐จ๐ฅ๐ฅ๐จ๐ฐ #๐’๐ก๐š๐ซ๐ž
https://www.facebook.com/IPKMelakahttps://www.tiktok.com/://instagram.com/polis_melaka_official

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐”๐Š๐€๐€๐ ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐€๐๐€๐Š ๐Œ๐”๐ƒ๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐— ๐Š๐Ž๐๐’๐„๐‘๐“ ๐‰๐Ž๐Œ ๐‡๐„๐๐Ž๐‡ , 4 September 2026 โ€“ Ketua Polis Me...
05/09/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐”๐Š๐€๐€๐ ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐€๐๐€๐Š ๐Œ๐”๐ƒ๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐— ๐Š๐Ž๐๐’๐„๐‘๐“ ๐‰๐Ž๐Œ ๐‡๐„๐๐Ž๐‡

, 4 September 2026 โ€“ Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Dzulkhairi Mukhtar telah menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 X Konsert Jom Heboh yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka.

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.

Dalam majlis yang sama, turut berlangsung penyampaian motosikal kepada warga p-hailing, cabutan bertuah dan penyampaian cenderamata serta persembahan oleh Badan Seni Warisan Negeri Melaka. Program ini turut menghimpunkan golongan belia dan warga p-hailing dari seluruh Negeri Melaka, sekali gus menjadi platform untuk mengeratkan hubungan, memperkukuh kerjasama dan memupuk semangat kebersamaan.








โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”
๐Œ๐ž๐๐ข๐š ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€
้ฉฌๅ…ญ็”ฒ่ญฆๆ–นๅฎ˜ๆ–น็คพไบคๅช’ไฝ“
๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐‚๐„ เฎ…เฎคเฎฟเฎ•เฎพเฎฐเฎชเฏเฎชเฏ‚เฎฐเฏเฎต เฎšเฎฎเฏ‚เฎ• เฎŠเฎŸเฎ•เฎฎเฏ
#๐‹๐ข๐ค๐ž #๐…๐จ๐ฅ๐ฅ๐จ๐ฐ #๐’๐ก๐š๐ซ๐ž
https://www.facebook.com/IPKMelakahttps://www.tiktok.com/://instagram.com/polis_melaka_official

๐‘ฑ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ต๐‘ป๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘พ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ ๐‘ต๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฒ๐‘จ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ด๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘จ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐’€๐‘ฌ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ต๐‘ฑ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ต 2027 , 1 September 2026 โ€“ Timbalan Ketua Pol...
01/09/2026

๐‘ฑ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ต๐‘ป๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘พ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ ๐‘ต๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฒ๐‘จ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ด๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘จ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐’€๐‘ฌ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ต๐‘ฑ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ต 2027

, 1 September 2026 โ€“ Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Ahmad Jefferi bin Abdullah telah menerima kunjungan Timbalan Menteri Kewangan, YB Tuan Liew Chin Tong bersama delegasi Kementerian Kewangan sempena Jelajah Kementerian Kewangan ke Negeri Melaka bagi penyediaan Belanjawan 2027 di Perumahan Polis Seri Temenggung, Bukit Beruang, Melaka.

Kunjungan tersebut turut diisi dengan sesi taklimat berkaitan keadaan dan keperluan Perumahan Polis Seri Temenggung yang disampaikan oleh DSP Arishah Zairee bin Abu Bakar, Pegawai Turus Pentadbiran, Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Melaka, sebelum diteruskan dengan lawatan ke sekitar kawasan perumahan.

Lawatan ini turut memberi gambaran secara langsung mengenai keadaan perumahan yang memerlukan kerja-kerja baik pulih serta keperluan peruntukan bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut

Turut hadir, Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka , Supt Nor Azlinda binti Nordin serta pegawai-pegawai kanan IPK Melaka.








โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”
๐Œ๐ž๐๐ข๐š ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€
้ฉฌๅ…ญ็”ฒ่ญฆๆ–นๅฎ˜ๆ–น็คพไบคๅช’ไฝ“
๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐‚๐„ เฎ…เฎคเฎฟเฎ•เฎพเฎฐเฎชเฏเฎชเฏ‚เฎฐเฏเฎต เฎšเฎฎเฏ‚เฎ• เฎŠเฎŸเฎ•เฎฎเฏ
#๐‹๐ข๐ค๐ž #๐…๐จ๐ฅ๐ฅ๐จ๐ฐ #๐’๐ก๐š๐ซ๐ž
https://www.facebook.com/IPKMelakahttps://www.tiktok.com/://instagram.com/polis_melaka_official

๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐  ๐“๐€๐‡๐”๐ 2026 ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€Melaka # 31 Ogos 2026 โ€“ Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira D...
31/08/2026

๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ 2026 ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€

Melaka # 31 Ogos 2026 โ€“ Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Dzulkhairi Mukhtar bersama isteri, Pengerusi Perkep Kontinjen Melaka, Datin Wira Diana Aini Mokter, telah hadir memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung di Persiaran Jalan Pantai, Klebang, Melaka.

Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka bersama isteri, YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab
Rahman. Ketibaan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka dan isteri telah disambut oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka bersama isteri, YABhg. Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah binti Abdul Aziz.

Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Negeri Melaka berlangsung meriah dengan penyertaan seramai 12,000 peserta yang terdiri daripada jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan serta Negeri, pasukan keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Turut mengambil bahagian ialah badan bukan kerajaan (NGO), badan beruniform, sekolah dan institusi pengajian tinggi, persatuan komuniti serta wakil syarikat swasta dan sektor korporat.

Bertemakan โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€, sambutan ini turut dimeriahkan dengan perarakan pelbagai kenderaan daripada agensi dan organisasi, melibatkan aset keselamatan, kenderaan teknikal, perkhidmatan awam serta kenderaan berhias. Selain itu, lintas hormat udara yang menampilkan pesawat pejuang Sukhoi dan pesawat angkut taktikal C-130H Hercules turut menjadi antara tarikan utama sambutan.

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Melaka bukan sahaja mengenang jasa dan pengorbanan para pejuang kemerdekaan, malah turut menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan serta kecintaan terhadap tanah air.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Ahmad Jefferi Abdullah, Ketua- Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Polis Daerah Melaka.






โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”
๐Œ๐ž๐๐ข๐š ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€
้ฉฌๅ…ญ็”ฒ่ญฆๆ–นๅฎ˜ๆ–น็คพไบคๅช’ไฝ“
๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐‚๐„
เฎ…เฎคเฎฟเฎ•เฎพเฎฐเฎชเฏเฎชเฏ‚เฎฐเฏเฎต เฎšเฎฎเฏ‚เฎ• เฎŠเฎŸเฎ•เฎฎเฏ
#๐‹๐ข๐ค๐ž #๐…๐จ๐ฅ๐ฅ๐จ๐ฐ #๐’๐ก๐š๐ซ๐ž
https://www.facebook.com/IPKMelakahttps://www.tiktok.com/://instagram.com/polis_melaka_official

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐€๐Œ๐๐€๐๐† ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Melaka # 30 Ogos 2026 โ€“ Ketua P...
30/08/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐€๐Œ๐๐€๐๐† ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Melaka # 30 Ogos 2026 โ€“ Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Dzulkhairi Mukhtar bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Melaka, Datin Wira Diana Aini Mokter, telah menghadiri Majlis Sambutan Ambang Merdeka Sempena Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 yang berlangsung di Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh semangat patriotisme itu turut dihadiri oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka, bersama YABhg. Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah binti Abdul Aziz, serta para jemputan.

Majlis dimulakan dengan persembahan tarian Selamat Datang sebelum diteruskan dengan pelbagai pengisian pentas yang menampilkan keunikan budaya dan etnik di negara ini, sekali gus mencerminkan perpaduan serta keharmonian rakyat. Kemuncak sambutan pada malam tersebut ialah acara Kiraan Detik Ambang Merdeka, diikuti pertunjukan bunga api serta laungan โ€œMerdekaโ€ sebanyak tujuh kali sebagai simbolik semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tanah air.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Ahmad Jefferi Abdullah, Ketua- Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Polis Daerah Melaka.








โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”
๐Œ๐ž๐๐ข๐š ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€
้ฉฌๅ…ญ็”ฒ่ญฆๆ–นๅฎ˜ๆ–น็คพไบคๅช’ไฝ“
๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐‚๐„ เฎ…เฎคเฎฟเฎ•เฎพเฎฐเฎชเฏเฎชเฏ‚เฎฐเฏเฎต เฎšเฎฎเฏ‚เฎ• เฎŠเฎŸเฎ•เฎฎเฏ
#๐‹๐ข๐ค๐ž #๐…๐จ๐ฅ๐ฅ๐จ๐ฐ #๐’๐ก๐š๐ซ๐ž
https://www.facebook.com/IPKMelaka
https://www.tiktok.com/
https://instagram.com/polis_melaka_official

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พKetua Polis Melaka YDH Datuk Wira Dzulkhairi Mukhtar bersama isteri, YBhg. Da...
30/08/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ketua Polis Melaka YDH Datuk Wira Dzulkhairi Mukhtar bersama isteri, YBhg. Datin Wira Diana Aini Mokter, Pengerusi PERKEP Kontinjen Melaka serta seluruh warga Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69 kepada seluruh warga Polis Melaka dan rakyat Malaysia.

Kemerdekaan bukan sekadar sebuah sejarah, tetapi amanah yang perlu terus dipelihara. Semangat cintakan tanah air, keberanian dan perpaduan menjadi kekuatan kita untuk terus berdiri teguh sebagai sebuah bangsa yang berdaulat, aman dan harmoni.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, menghargai jasa dan pengorbanan generasi terdahulu serta memperkukuh tekad untuk terus menjaga keamanan dan kedaulatan negara. Demi Malaysia tercinta, kita terus berkhidmat dengan penuh integriti, setia dan keberanian.

"Malaysia MADANI : Kesejahteraan Dinikmatiโ€

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ








โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”
๐Œ๐ž๐๐ข๐š ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€
้ฉฌๅ…ญ็”ฒ่ญฆๆ–นๅฎ˜ๆ–น็คพไบคๅช’ไฝ“
๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐‚๐„ เฎ…เฎคเฎฟเฎ•เฎพเฎฐเฎชเฏเฎชเฏ‚เฎฐเฏเฎต เฎšเฎฎเฏ‚เฎ• เฎŠเฎŸเฎ•เฎฎเฏ
#๐‹๐ข๐ค๐ž #๐…๐จ๐ฅ๐ฅ๐จ๐ฐ #๐’๐ก๐š๐ซ๐ž
https://www.facebook.com/IPKMelakahttps://www.tiktok.com/://instagram.com/polis_melaka_official

๐™ˆ๐˜ผ๐™…๐™‡๐™„๐™Ž ๐™‹๐™€๐™‡๐™๐™‰๐˜พ๐™๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐˜ผ๐™๐™‰๐™„๐™‘๐˜ผ๐™‡ ๐˜พ๐™„๐™‘๐™„๐™‡-๐™ˆ๐™„๐™‡๐™„๐™๐˜ผ๐™๐™” ๐˜พ๐™Š๐™Š๐™‹๐™€๐™๐˜ผ๐™๐™„๐™Š๐™‰ (๐˜พ๐™„๐™ˆ๐™„๐˜พ) ๐™Ž๐™€๐™ˆ๐™‹๐™€๐™‰๐˜ผ ๐™Ž๐˜ผ๐™ˆ๐˜ฝ๐™๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™ƒ๐˜ผ๐™๐™„ ๐™†๐™€๐˜ฝ๐˜ผ๐™‰๐™‚๐™Ž๐˜ผ๐˜ผ๐™‰ ๐™‹๐™€๐™๐™„๐™‰๐™‚๐™†๐˜ผ๐™ ๐™‰๐™€๐™‚๐™€๐™๐™„ ๐™ˆ๐™€๐™‡๐˜ผ๐™†๐˜ผ  ...
30/08/2026

๐™ˆ๐˜ผ๐™…๐™‡๐™„๐™Ž ๐™‹๐™€๐™‡๐™๐™‰๐˜พ๐™๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐˜ผ๐™๐™‰๐™„๐™‘๐˜ผ๐™‡ ๐˜พ๐™„๐™‘๐™„๐™‡-๐™ˆ๐™„๐™‡๐™„๐™๐˜ผ๐™๐™” ๐˜พ๐™Š๐™Š๐™‹๐™€๐™๐˜ผ๐™๐™„๐™Š๐™‰ (๐˜พ๐™„๐™ˆ๐™„๐˜พ) ๐™Ž๐™€๐™ˆ๐™‹๐™€๐™‰๐˜ผ ๐™Ž๐˜ผ๐™ˆ๐˜ฝ๐™๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™ƒ๐˜ผ๐™๐™„ ๐™†๐™€๐˜ฝ๐˜ผ๐™‰๐™‚๐™Ž๐˜ผ๐˜ผ๐™‰ ๐™‹๐™€๐™๐™„๐™‰๐™‚๐™†๐˜ผ๐™ ๐™‰๐™€๐™‚๐™€๐™๐™„ ๐™ˆ๐™€๐™‡๐˜ผ๐™†๐˜ผ

| 30 Ogos 2026 โ€“ Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Dzulkhairi Mukhtar, menghadiri Majlis Peluncuran Karnival Civil-Military Cooperation (CIMIC) sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka di Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka.

Majlis telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka, dan dihadiri oleh YB Dato' Seri Khaled Nordin, Menteri Pertahanan, serta para jemputan.

Penganjuran karnival ini diharap dapat memperkukuh hubungan dan kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia dengan masyarakat melalui pelbagai program kemasyarakatan, pameran serta aktiviti interaksi bersama komuniti yang diadakan bagi memeriahkan sambutan. Pada masa yang sama, penganjuran ini turut menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara sempena Sambutan Hari Kebangsaan.








โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”
๐Œ๐ž๐๐ข๐š ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€
้ฉฌๅ…ญ็”ฒ่ญฆๆ–นๅฎ˜ๆ–น็คพไบคๅช’ไฝ“
๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐‚๐„ เฎ…เฎคเฎฟเฎ•เฎพเฎฐเฎชเฏเฎชเฏ‚เฎฐเฏเฎต เฎšเฎฎเฏ‚เฎ• เฎŠเฎŸเฎ•เฎฎเฏ
#๐‹๐ข๐ค๐ž #๐…๐จ๐ฅ๐ฅ๐จ๐ฐ #๐’๐ก๐š๐ซ๐ž
https://www.facebook.com/IPKMelakahttps://www.tiktok.com/://instagram.com/polis_melaka_official

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐๐„๐‘๐’๐„๐‹๐€๐–๐€๐“ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” , 29 Ogos 2026 โ€“ Ketua Poli...
29/08/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐๐„๐‘๐’๐„๐‹๐€๐–๐€๐“ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

, 29 Ogos 2026 โ€“ Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Dzulkhairi Mukhtar bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Melaka, Datin Wira Diana Aini Mokter, telah menghadiri Majlis Melaka Berselawat Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 yang berlangsung di Dataran 1Malaysia, Klebang, Melaka.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka serta YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka, bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka dan para jemputan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Ratib Al-Attas dan Asmaul Husna, diikuti solat Maghrib dan Isyak sebelum diteruskan dengan Majlis Melaka Berselawat yang dipimpin oleh Habib Syech bin Abdul Qadir Assegaf serta tausiah oleh Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Muhammad Hatta bin Abd Rahim. Penganjuran majlis ini menjadi wadah dalam mengeratkan hubungan silaturahim, memperkukuh perpaduan serta menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Majlis turut menyaksikan penganugerahan Anugerah Kontinjen Ceria MADANI sebagai penghargaan terhadap komitmen, kerjasama dan semangat semua pihak dalam memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026.

Turut hadir, Ketua- Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Polis Daerah Melaka.








โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”
๐Œ๐ž๐๐ข๐š ๐’๐จ๐ฌ๐ข๐š๐ฅ ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€
้ฉฌๅ…ญ็”ฒ่ญฆๆ–นๅฎ˜ๆ–น็คพไบคๅช’ไฝ“
๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐‚๐„ เฎ…เฎคเฎฟเฎ•เฎพเฎฐเฎชเฏเฎชเฏ‚เฎฐเฏเฎต เฎšเฎฎเฏ‚เฎ• เฎŠเฎŸเฎ•เฎฎเฏ
#๐‹๐ข๐ค๐ž #๐…๐จ๐ฅ๐ฅ๐จ๐ฐ #๐’๐ก๐š๐ซ๐ž
https://www.facebook.com/IPKMelakahttps://www.tiktok.com/://instagram.com/polis_melaka_official

Address

Ayer Keroh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share