Unit Psikologi dan Kaunseling Jabatan Ketua Menteri Melaka

Unit Psikologi dan Kaunseling Jabatan Ketua Menteri Melaka Unit Psikologi dan Kaunseling dibawah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri Melaka.

*SESI PERBINCANGAN KERJASAMA AKRAB*Pada hari ini, 13 Ogos 2026, Pihak *AKRAB Jabatan Kesihatan Negeri Melaka* telah meng...
13/08/2026

*SESI PERBINCANGAN KERJASAMA AKRAB*

Pada hari ini, 13 Ogos 2026, Pihak *AKRAB Jabatan Kesihatan Negeri Melaka* telah mengadakan kunjungan untuk bertemu dengan En. Salleh bin Mohd Nor, Penyelaras *AKRAB Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka* di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Tujuan pertemuan ini ialah bagi mewujudkan ruang kerjasama bagi pelaksanaan program / aktiviti melalui jalinan kerjasama strategik dalam usaha mempertingkatkan keberkesanan dan kualiti penyampaian perkhidmatan AKRAB di tempat kerja.

Kerjasama ini diharap bakal memberikan impak positif dalam memperkasa peranan AKRAB demi kesejahteraan dan kecemerlangan warga kerja.🤝

Turut hadir dalam sesi perbincangan ini ialah Encik Imran bin Borhan (Pengerusi AKRAB PSUK Melaka), Puan Norzahira binti Mohd Osman (Penyelaras AKRAB JKN Melaka), Puan Noraini binti Isa (Timbalan Pengerusi AKRAB JKN Melaka), Puan Siti Hajar binti Abd Rahman (Timbalan Pengerusi AKRAB PSUK Melaka) dan Puan Siti Ezah binti Abdul Ghani (Setiausaha AKRAB PSUK Melaka)

Setiap hari ialah peluang baharu untuk memulakan sesuatu yang indah🌅✨Kadangkala kita terlalu memikirkan apa yang telah b...
30/04/2026

Setiap hari ialah peluang baharu untuk memulakan sesuatu yang indah🌅✨

Kadangkala kita terlalu memikirkan apa yang telah berlalu, sedangkan hari ini hadir bersama harapan yang segar. Walaupun perlahan, jangan takut untuk bermula semula, kerana setiap langkah kecil hari ini mampu membentuk sesuatu yang besar pada masa hadapan.

Mulakan hari ini dengan hati yang tenang, fikiran yang positif, dan keyakinan bahawa sesuatu yang indah sedang menanti.🌿✨




Bunga melati di dalam raga,Harum semerbak di pagi hari;Kesejahteraan emosi sentiasa dijaga,Salam Aidilfitri ikhlas dari ...
19/03/2026

Bunga melati di dalam raga,
Harum semerbak di pagi hari;
Kesejahteraan emosi sentiasa dijaga,
Salam Aidilfitri ikhlas dari kami."

Raya, raya juga... Kesihatan mental pun kena jaga! 🌙✨
Aidilfitri bukan sekadar tentang juadah yang enak, tapi juga tentang memberi ruang untuk hati kembali tenang dan hubungan sesama kita kembali jernih.

Kami mendoakan agar Syawal anda kali ini penuh dengan kebahagiaan yang bermakna.
Kalau rasa 'overwhelmed' dengan persiapan raya, jangan lupa ambil masa untuk 'self-care' sekejap ya😉

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin daripada seluruh warga Unit Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Ketua Menteri Melaka! 🏛️❤️






Program Webinar Psikologi Siri I Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2026 pada 12 Mac 2026 (Khamis) Tajuk : “Belanj...
11/03/2026

Program Webinar Psikologi Siri I Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2026 pada 12 Mac 2026 (Khamis)
Tajuk : “Belanja atau Simpan: Psikologi Kepuasan Kewangan”
Penceramah : YBrs. Encik Salleh bin Mohd Nor, Pegawai Psikologi, Jabatan Ketua Menteri Melaka
Moderator: Encik Riza Izuan bin Abd Rahim
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (Ahli AKRAB Negeri Melaka)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Melalui Link Capaian : Facebook Online https://www.facebook.com/UnitPsikologidankaunselingJKMM/
Sijil digital diberikan bagi peserta yang mendaftar semasa program berlangsung



Address

Jabatan Ketua Menteri Melaka, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Ayer Keroh
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Psikologi dan Kaunseling Jabatan Ketua Menteri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Unit Psikologi dan Kaunseling Jabatan Ketua Menteri Melaka:

Shortcuts

Share