Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Laman Sosial Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka diwujudkan bertujuan untuk membekalkan suatu perkhidmatan kesihatan penggalakan dan pencegahan dan rawatan asas kepada orang ramai terutama sekali penduduk luar bandar untuk membolehkan keseluruhan masyarakat memperolehi dan menikmati kemudahan- kemudahan kesihatan untuk menggalakkan mereka mengambil bahagian dalam proses penukaran saikap ke arah mencapai taraf kesi

hatan yang baik dan mengelakkan dari berlaku dan merebaknya penyakit serta menjauhkan mereka daripada bahaya - bahaya kesihatan yang boleh menjejaskan kehidupan ekonomi dan sosial mereka.

‎*السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاتُه*Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Mustafa bin ...
21/08/2026

‎*السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاتُه*

Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Mustafa bin Mohamed, Pembantu Khidmat Am N1, Hospital Melaka

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

‎اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّار

‎اللّهمّ اجعل قبره روضة من رياض الجنّة...ولا تجعل قبره حفرة من حفر النّيران

Marilah kita sama-sama membacakan Surah Al-Fatihah dan dihadiahkan khusus buat Allahyarham.

Semoga roh Allahyarham dirahmati Allah dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin.

~ Pengarah Kesihatan Negeri Melaka dan seluruh warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

🤧 SELSEMA, INFLUENZA ATAU COVID-19? APA BEZANYA? 🦠Ramai antara kita yang masih keliru nak bezakan ketiga-tiga penyakit i...
21/08/2026

🤧 SELSEMA, INFLUENZA ATAU COVID-19? APA BEZANYA? 🦠
Ramai antara kita yang masih keliru nak bezakan ketiga-tiga penyakit ini kerana gejalanya yang nampak hampir sama. Jangan risau, mari kita kenal pasti perbezaan utama supaya kita boleh mengambil tindakan yang sewajarnya! 🛡️
🌡️ Demam: Selsema jarang menyebabkan demam. Sebaliknya, pesakit Influenza dan COVID-19 biasanya akan mengalami demam. Suhu bagi pesakit Influenza boleh mencecah 37.5 hingga 39°C dan berlarutan selama 3 hingga 4 hari.
🤕 Sakit Kepala & Badan: Selsema kebiasaannya hanya memberikan kesan kesakitan yang sederhana. Namun, jika anda dijangkiti Influenza, sakit kepala dan sakit badan yang dialami biasanya sangat teruk. Pesakit COVID-19 juga turut mengalami gejala sakit kepala dan badan ini.
🤧 Hidung Tersumbat & Bersin: Gejala ini memang biasa dialami jika anda terkena selsema atau COVID-19. Tetapi bagi pesakit Influenza, ia hanya berlaku kadang-kadang sahaja.
😮‍💨 Sesak Nafas: Sila berhati-hati! Selsema dan Influenza jarang sekali menyebabkan sesak nafas. Jika anda mengalami sesak nafas, ia mungkin petanda anda dijangkiti COVID-19 dalam keadaan yang serius.
Walaupun ketiga-tiga penyakit ini boleh menyebabkan anda sakit tekak dan batuk, tahap keparahannya adalah berbeza. Batuk bagi pesakit Influenza boleh menjadi sangat teruk.
Jangan ambil mudah jika badan mula berasa tidak sihat. Segera lakukan ujian kendiri atau dapatkan rawatan lanjut di fasiliti kesihatan yang berhampiran! Jaga diri, jaga keluarga. ❤️🩺

🩻 Slipped disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosa lazim dalam kalangan pesakit sakit tulang belakang.✅Antar...
21/08/2026

🩻 Slipped disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosa lazim dalam kalangan pesakit sakit tulang belakang.
✅Antara punca-punca slipped disc adalah proses penuaan pada cakera tulang belakang, faktor mekanikal dan trauma.
✅Selalunya pesakit akan mengadu sakit belakang dan jika ia teruk pesakit akan mengadu kebas pada bahagian kaki. Malah kaki juga boleh menjadi lemah ataupun lumpuh jika keadaan slipped disc tersebut semakin teruk.
📢Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah mencegah slipped disc seperti yang dikongsikan.

Cuaca panas melampau boleh meningkatkan risiko kelesuan haba dan strok haba jika kita tidak mengambil langkah awal. Jom ...
21/08/2026

Cuaca panas melampau boleh meningkatkan risiko kelesuan haba dan strok haba jika kita tidak mengambil langkah awal. Jom mula ubah rutin harian dengan amalan penyejukan badan
🚿 Kerap mandi atau basahkan badan
🌬 Gunakan kipas atau penyaman udara
⛱ Kurangkan pendedahan kepada cahaya matahari
🏠 Pilih tempat teduh dan sejuk
Langkah kecil yang diamalkan secara konsisten hari ini mampu melindungi diri dan keluarga daripada bahaya strok haba!

JANGAN TUNGGU ADA YANG MENJADI MANGSASempena Bulan Kemerdekaan ini, hadiahkan sesuatu yang lebih bermakna kepada keluarg...
21/08/2026

JANGAN TUNGGU ADA YANG MENJADI MANGSA

Sempena Bulan Kemerdekaan ini, hadiahkan sesuatu yang lebih bermakna kepada keluarga kita iaitu perlindungan daripada gigitan nyamuk Aedes.

Luangkan masa memeriksa kawasan sekeliling.

🦟 Musnahkan tempat pembiakan Aedes.

Lindungi mereka yang kita sayang.


Hari ini kita mungkin nampak hanya sedikit air bertakung.Tetapi di situlah mungkin bermulanya sebuah tragedi.💥 Hapuskan ...
19/08/2026

Hari ini kita mungkin nampak hanya sedikit air bertakung.

Tetapi di situlah mungkin bermulanya sebuah tragedi.

💥 Hapuskan tempat pembiakan Aedes.

Hapuskan penjajahan Aedes.

Sempena Bulan Kemerdekaan ini, marilah kita bebaskan rumah dan komuniti daripada ancaman Aedes.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
BEBAS AEDES, BEBAS DENGGI!



Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth

Hari ini kita mungkin nampak hanya sedikit air bertakung.Tetapi di situlah mungkin bermulanya sebuah tragedi.💥 Hapuskan ...
19/08/2026

Hari ini kita mungkin nampak hanya sedikit air bertakung.
Tetapi di situlah mungkin bermulanya sebuah tragedi.
💥 Hapuskan tempat pembiakan Aedes.
Hapuskan penjajahan Aedes.
Sempena Bulan Kemerdekaan ini, marilah kita bebaskan rumah dan komuniti daripada ancaman Aedes.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
BEBAS AEDES, BEBAS DENGGI!

🚨 ALERT WABAK DEMAM DENGGI 📍 TAMAN KRUBONG JAYA, MELAKA TENGAH⚠️ Wabak Demam Denggi baharu telah diisytiharkan di kawasa...
18/08/2026

🚨 ALERT WABAK DEMAM DENGGI

📍 TAMAN KRUBONG JAYA, MELAKA TENGAH

⚠️ Wabak Demam Denggi baharu telah diisytiharkan di kawasan Taman Krubong Jaya.

Penduduk diminta TINGKATKAN KEWASPADAAN dan segera mengambil tindakan bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan sekitar rumah.

🦟 TINDAKAN SEKARANG:
✅ Periksa kawasan dalam dan luar rumah setiap hari
✅ Hapuskan semua bekas yang boleh menakung air
✅ Berus dan bersihkan bekas takungan air
✅ Pastikan bekas simpanan air ditutup rapat
✅ Beri kerjasama semasa pemeriksaan dan aktiviti fogging

❗ Jangan tunggu sehingga ada ahli keluarga yang terkena denggi.

Kebersihan kawasan rumah adalah tanggungjawab bersama. Jangan biarkan kelalaian kita menyebabkan orang lain jatuh sakit.

📢 Pesanan daripada:
Bilik Gerakan Denggi
Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

Tahukah anda? Virus HFMD boleh bertahan & merebak aktif dalam tempoh seminggu! 😱🦠Oleh itu, penting untuk ibu bapa dan pe...
16/08/2026

Tahukah anda? Virus HFMD boleh bertahan & merebak aktif dalam tempoh seminggu! 😱🦠

Oleh itu, penting untuk ibu bapa dan penjaga elakkan daripada membawa anak-anak ke tempat yang sesak dan berisiko tinggi.

Pesakit HFMD boleh menyebarkan virus ini dengan mudah dalam tempoh seminggu selepas mereka mula mengalami gejala dan tanda-tanda penyakit.

Tempat tumpuan awam yang sesak seperti taman permainan, pusat membeli-belah atau kolam renang awam boleh menjadi lubuk perkongsian virus jika kita tidak berhati-hati.

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Promosi Kesihatan Alor Gajah
Promosi Kesihatan Pkd Jasin
Promosi Kesihatan Melaka Tengah




Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Dapur rumah anda nampak bersih? Jangan lupa periksa tempat yang boleh menakung air.Aedes boleh membiak dalam air jernih ...
15/08/2026

Dapur rumah anda nampak bersih? Jangan lupa periksa tempat yang boleh menakung air.

Aedes boleh membiak dalam air jernih bertakung, bukan di kawasan kotor. Luangkan masa untuk periksa dan sental bekas-bekas yang boleh menakung air seperti tadahan penapis air, alas rak pinggan, bekas simpanan air dan bekas makanan haiwan peliharaan.

AMBIL PEDULI, CEGAH DENGGI.

Address

JKNM
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60137788713

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kesihatan Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Kesihatan Negeri Melaka:

Shortcuts

Share