13/05/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Institusi Usrah MMU dengan sukacitanya membawakan Kursus Perkahwinan 2026 khas buat mereka yang ingin menimba ilmu serta membuat persediaan ke arah membina rumah tangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah.
Marilah bersama-sama menyertai kursus ini yang akan dipenuhi dengan pelbagai pengisian bermanfaat, panduan serta perkongsian berkaitan alam perkahwinan.
Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: 23–24 Mei 2026 (Sabtu & Ahad)
Masa: 7:30 pagi – 6:00 petang
Tempat: CLC Hall (MSMX 0003)
Pendaftaran dibuka untuk 100 peserta sahaja:
• Pelajar MMU — RM86.90
• Staf MMU & Orang Awam — RM118.80
Tempah slot anda segera dengan mengimbas kod QR yang disediakan pada poster.
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 11 pagi, 19 Mei 2026.
Sekian, terima kasih.
Salam hormat,
Institusi Usrah 25/26