AADK Melaka Tengah

AADK Melaka Tengah Instagram : .melakatengah

🌐 AADK menyediakan perkhidmatan talian 24 jam bagi membantu individu, ahli keluarga dan komuniti bagi membuat pertanyaan, khidmat nasihat dan aduan tentang aktiviti penagihan dadah di talian 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

04/08/2026

DADAH | Seorang warga Malaysia berusia 22 tahun ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas didakwa memiliki hampir satu kilogram (kg) metamfetamin dan lebih 1,000 pil ekstasi yang disembunyikan di bawah korset di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Sidoarjo.

04/08/2026



KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINDIKET KINI SASAR GOLONGAN PROFESIONAL

Petaling Jaya, 3 Ogos 2026 - Penglibatan individu berprofil tinggi termasuk golongan profesional sebagai keldai dadah menunjukkan sindiket pengedaran dadah antarabangsa kini mengubah strategi dengan menyasarkan mereka yang memiliki tahap kepercayaan tinggi dalam masyarakat.

Pakar Kriminologi Universiti Utara Malaysia (UUM) (UUM), Dr. Zalmizy Hussin berkata, sindiket tidak lagi hanya merekrut individu yang terdesak daripada segi kewangan, sebaliknya turut menyasarkan golongan seperti juruterbang, doktor, ahli perniagaan dan profesional lain kerana mereka dianggap mempunyai kredibiliti serta kurang menimbulkan syak wasangka.

Menurut beliau, pendekatan itu merupakan evolusi baharu dalam modus operandi sindiket yang boleh disifatkan sebagai 'profesionalisasi keldai dadah'.

"Dahulu sindiket cari orang terdesak. Sekarang dia cari orang yang orang lain percaya. Sebab itu lebih selamat untuk mereka.

"Sindiket tak cari penganggur lagi. Cari juruterbang, doktor, cikgu. sebab bila kena tangkap, orang tidak akan syak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

04/08/2026

PASIR MAS, 4 Ogos – Seorang lelaki ditahan selepas 100 biji pil kuda dan 750 mililiter air ketum ditemukan di dalam sebuah kereta di Taman Guru, Lubok Tapah di sini pada Ahad.RINGKASAN BERITA AI βˆ’ Ditahan anggota Cawangan Risik Batalion 7 Pasukan Gerakan Am menerusi Op Taring Wawasan Kelantan; s...

04/08/2026

3 RAKYAT MALAYSIA DITAHAN | Seorang daripada tiga rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Thailand selepas cuba membawa masuk 87 kilogram (kg) syabu bernilai kira-kira RM4.3 juta didapati mempunyai sembilan rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

04/08/2026

🚨 SIRI DADAH BERBAHAYA | KANABINOID SINTETIK 🚨

Jangan tertipu dengan gelaran β€œg***a sintetik” atau β€œg***a palsu”.

Kanabinoid sintetik ialah bahan psikoaktif buatan manusia yang direka untuk meniru kesan kanabinoid semula jadi dalam g***a. Namun, kesannya boleh menjadi jauh berbeza dan lebih kuat berbanding g***a semula jadi.

Bahan ini sering dijual sebagai campuran herba atau cecair untuk va**ng di bawah pelbagai jenama. Ramai pengguna tidak mengetahui kandungan sebenar bahan yang digunakan dan risiko yang boleh dihadapi.

πŸ“’ Ambil tahu. Jangan cuba. Jangan terpedaya.

Utamakan kesihatan dan keselamatan anda.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
πŸ“’ Dadah Membawa Padah. Pencegahan Bermula Dengan Kesedaran.

Sekiranya anda, ahli keluarga, rakan atau komuniti memerlukan bantuan, khidmat nasihat, maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan, atau ingin membuat aduan, jangan ragu untuk menghubungi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

πŸ“ž Hotline AADK: 1-800-22-2235 (AADK)
πŸ“± WhatsApp Pertanyaan & Aduan: 019-626 2233
🌐 Portal Rasmi AADK: aadk.gov.my

Bersama-sama kita memainkan peranan dalam membentuk keluarga yang harmoni, komuniti yang sejahtera dan negara yang bebas daripada ancaman dadah.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ“² Ikuti media sosial rasmi AADK Negeri Johor untuk mendapatkan info, aktiviti dan hebahan semasa:

Facebook AADK Negeri Johor
https://www.facebook.com/aadkjohor

TikTok AADK Negeri Johor
https://www.tiktok.com/

πŸ‘ LIKE | πŸ’¬ COMMENT | πŸ”„ SHARE

Sebarkan mesej pencegahan, tingkatkan kesedaran dan jadilah sebahagian daripada usaha membina masyarakat yang sihat, selamat dan bebas dadah.





04/08/2026
04/08/2026

Ramai yang tak sedar, kos menagih ni sebenarnya dah boleh bayar ansuran bulanan kereta Honda City atau bayar deposit rumah setiap tahun.

Satu paket β€œdadah” mungkin nampak murah, tapi bila dah jadi tabiat:
πŸ‘‰ Sehari RM80 = Sebulan RM2,400 = Setahun RM28,800!

πŸ“Š Kos penagihan dadah sintetik seperti syabu bagi penagih tegar boleh mencecah RM50–RM100 sehari, iaitu sekitar RM18,000–RM36,000 setahun.

Duit sebanyak ni kalau simpan, dah boleh buat majlis kahwin atau beli motor besar. Jangan biarkan masa depan lebur jadi abu. Pilih poket tebal, bukan khayalan kosong.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



04/08/2026
04/08/2026

PESAWAT SUDAH SELAMAT MENDARAT. TETAPI APA YANG DITEMUI DALAM BAGASI JURUTERBANG MENGEJUTKAN PIHAK BERKUASA

Jakarta, 29 Julai 2026.

Sebuah pesawat penumpang dari Kuala Lumpur selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

Penumpang turun seperti biasa.

Kru penerbangan p**a bergerak menuju ke laluan pemeriksaan khas.

Namun ketika sebuah bagasi kru melalui mesin pengimbas X-ray, pegawai kastam ternampak sesuatu yang tidak kena.

Beberapa objek pelik memenuhi ruang di dalam beg tersebut.

Bagasi itu diarahkan untuk dibuka.

Di hadapan pegawai kastam, satu demi satu bungkusan dikeluarkan.

Bukan satu.

Bukan dua.

Sebanyak 14 bungkusan ditemui.

Di dalamnya terdapat 70,114 pil ekstasi, dengan berat keseluruhan kira-kira 26 kilogram.

Nilainya dianggarkan mencecah RM13.5 juta.

Pemilik bagasi itu bukan penumpang biasa.

Dia ialah juruterbang warga Malaysia berusia 39 tahun yang baru sahaja menerbangkan pesawat tersebut dari Kuala Lumpur ke Jakarta.

Pemeriksaan diteruskan.

Dalam beg tangannya, pegawai turut menemui kira-kira 4 gram methamphetamine, dipercayai untuk kegunaan sendiri.

Namun kejutan sebenar muncul selepas ujian air kencing dilakukan.

Juruterbang itu dilaporkan positif terhadap:

β€’ Methamphetamine
β€’ M**A
β€’ Kokain

Ini bermakna beliau dipercayai menerbangkan pesawat penumpang ketika berada di bawah pengaruh beberapa jenis dadah.

Siasatan kemudian membawa kepada pengakuan yang lebih serius.

Juruterbang tersebut didakwa menerima bayaran sekitar RM50,000 untuk membawa bagasi berisi dadah itu ke Jakarta.

Selepas mendarat, beliau diarahkan pergi ke sebuah hotel.

Di situ, seorang anggota sindiket sepatutnya datang mengambil bagasi tersebut.

Bayaran RM50,000 itu hanyalah sebahagian kecil daripada nilai dadah yang dibawa, iaitu sekitar RM13.5 juta.

Tetapi kes itu belum berhenti di situ.

Menurut penyiasat, juruterbang tersebut turut mengaku bahawa ini bukan operasi pertamanya.

Beliau didakwa pernah:

β€’ Menyeludup dadah ke Sabah
β€’ Membawa 7kg methamphetamine ke Jakarta dalam perjalanan terdahulu

Jika pengakuan itu disahkan, insiden ini merupakan cubaan penyeludupan kali ketiganya.

Kini beliau berdepan pertuduhan berat di bawah undang-undang narkotik Indonesia.

Hukumannya boleh mencecah penjara seumur hidup atau hukuman mati melalui tembak sampai mati.

Dalam masa sama, persoalan besar kini timbul di Malaysia.

Bagaimana 26kg dadah boleh melepasi pemeriksaan keselamatan di KLIA?

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia kini menjalankan siasatan, termasuk mengaudit pematuhan syarikat penerbangan terhadap program pengurusan alkohol dan dadah dalam kalangan kru.

Pihak berkuasa Indonesia p**a telah mengetatkan pemeriksaan terhadap juruterbang dan kru penerbangan.

Kes ini bukan sekadar mengenai penyeludupan dadah.

Ia turut membuka persoalan serius tentang keselamatan penumpang, integriti sistem pemeriksaan lapangan terbang dan risiko apabila individu yang mengendalikan pesawat berada di bawah pengaruh bahan terlarang.

Juruterbang berkenaan kini masih ditahan di Jakarta sementara siasatan terhadap rangkaian sindiket antarabangsa diteruskan.

Address

AADK Daerah Melaka Tengah, Tingkat 9, Wisma Persekutuan Melaka, Jalan Business City, Bandar Mitc
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Telephone

+6062325231

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Melaka Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share