Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka

Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka, Government Official, Aras 2, 3, 4 & 5, Blok Bentara, Kompleks Seri Negeri, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh.

Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka adalah sebuah jabatan yang menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan Kewangan Negeri Melaka dan menyediakan Akaun Tahunan Negeri

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Berteraskan tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, semoga semangat k...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Berteraskan tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, semoga semangat kebersamaan terus disemai dalam diri setiap rakyat demi membina Malaysia yang lebih harmoni, progresif dan sejahtera.

Tulus Ikhlas Daripada
YB Datuk Md Azhan bin Samat@Limat
Pegawai Kewangan Negeri
Serta Seluruh Warga JKPNM


TAHNIAH & SYABAS! 🎉🏅Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) sempena ...
26/08/2026

TAHNIAH & SYABAS! 🎉🏅

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) sempena Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka.

🌟 Puan Mahayun binti Mohd Suad
🌟 Puan Ainur Azura binti Zahirudin
🌟 Encik Muhd ‘Ady Shukrie bin Mohd Saru
🌟 Encik Tharnis a/l Rengasamy

Pengurniaan ini merupakan satu penghargaan atas segala jasa, khidmat bakti, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada perkhidmatan awam dan Negeri Melaka.

Semoga pengiktirafan ini menjadi suntikan semangat untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berintegriti dan berdedikasi demi kemajuan serta kesejahteraan Negeri Melaka.


MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H PERINGKAT NEGERI MELAKA25 Ogos 2026 | SelasaPada ...
25/08/2026

MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H PERINGKAT NEGERI MELAKA

25 Ogos 2026 | Selasa

Pada tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun, umat Islam memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan agung yang menjadi qudwah dan teladan sepanjang zaman.

Majlis Perhimpunan dan Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H Peringkat Negeri Melaka telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, serta turut dihadiri oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka, dan dif-dif kehormat.

Turut memeriahkan sambutan, kontinjen Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka telah mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul bersama-sama jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun serta NGO di seluruh Negeri Melaka.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen warga jabatan dalam menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul, di samping menghayati nilai-nilai murni, akhlak dan kepimpinan yang ditunjukkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini terus menyemarakkan rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah SAW, memperkukuh ukhuwah serta menjadi wadah untuk kita mencontohi sunnah dan akhlak Baginda dalam kehidupan seharian.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H 🌙“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menyemarakk...
25/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H 🌙

“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menyemarakkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menjadi pedoman dalam membentuk ummah yang berakhlak, bersatu dan diberkati.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 🤍

Tulus Ikhlas Daripada
YB Datuk Md Azhan bin Samat@Limat
Pegawai Kewangan Negeri

Serta Seluruh Warga JKPNM

Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat menyambut Hari Jadi Ke-77 kepadaTuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mo...
24/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat menyambut Hari Jadi Ke-77

kepada

Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam
Yang di-Pertua Negeri Melaka

Semoga TYT Tun sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dilimpahkan kesejahteraan serta terus diberi kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin serta mencurahkan khidmat bakti demi kemajuan dan kesejahteraan Negeri Melaka.

24 Ogos 2026 | 11 Rabiulawal 1448H

Setulus Ikhlas Daripada
YB Datuk Md Azhan bin Samat@Limat
Pegawai Kewangan Negeri Melaka
serta seluruh warga JKPNM


MESYUARAT SEMAKAN BAJET 2027 - JABATAN KETUA MENTERI MELAKA 📅20 Ogos 2026 (Khamis)📍Bilik Mesy Tun Seri Nara Diraja Sesi ...
20/08/2026

MESYUARAT SEMAKAN BAJET 2027 - JABATAN KETUA MENTERI MELAKA

📅20 Ogos 2026 (Khamis)
📍Bilik Mesy Tun Seri Nara Diraja

Sesi Semakan Bajet 2027 bersama Jabatan Ketua Menteri Melaka telah diadakan bagi membincangkan keperluan peruntukan serta perancangan program dan inisiatif strategik jabatan bagi tahun 2027.


MENYANTUNI WARGA KERJA, MENGENALI SETIAP ARAS📅19 Ogos 2026 (Rabu)📍Aras 2,3,4 dan 5 Satu sesi kunjungan dan pengenalan te...
20/08/2026

MENYANTUNI WARGA KERJA, MENGENALI SETIAP ARAS

📅19 Ogos 2026 (Rabu)
📍Aras 2,3,4 dan 5

Satu sesi kunjungan dan pengenalan telah diadakan oleh Pegawai Kewangan Negeri Melaka, YB Datuk Md Azhan bin Samat @ Limat, ke setiap aras di Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka (JKPNM).

Kunjungan ini menjadi ruang untuk YB Datuk beramah mesra, berkenalan serta bertemu secara lebih dekat dengan warga kerja di setiap bahagian dan unit, di samping meninjau suasana serta persekitaran kerja di setiap aras pejabat.

Pendekatan turun padang sebegini mencerminkan keprihatinan terhadap warga kerja serta kepentingan komunikasi dan hubungan yang baik antara kepimpinan dengan seluruh warga jabatan.


TAKLIMAT SISTEM PENGURUSAN INTEGRITI DAN GOVERNANS (SPINE)📅14 Ogos 2026 (Jumaat)📍Bilik Mesy. Tun FatimahJabatan Kewangan...
20/08/2026

TAKLIMAT SISTEM PENGURUSAN INTEGRITI DAN GOVERNANS (SPINE)

📅14 Ogos 2026 (Jumaat)
📍Bilik Mesy. Tun Fatimah

Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka (JKPNM) telah menganjurkan Taklimat Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) sebagai usaha memperkukuh kefahaman, kesedaran serta komitmen warga jabatan terhadap amalan integriti dan tadbir urus yang baik.

Taklimat ini memberi penekanan kepada kepentingan membudayakan integriti, ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang berkesan dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab demi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti.

Semoga perkongsian dan ilmu yang diperoleh dapat diterjemahkan dalam pelaksanaan tugas seharian serta terus memperkukuh budaya integriti di JKPNM.

“Integriti Diperkasa, Tadbir Urus Berkualiti, Perkhidmatan Cemerlang.”


12/08/2026
HARI TERAKHIR SEBAGAI PEGAWAI KEWANGAN NEGERI 💐💐Hari ini melakar satu lagi kenangan yang cukup bermakna buat seluruh war...
11/08/2026

HARI TERAKHIR SEBAGAI PEGAWAI KEWANGAN NEGERI 💐💐

Hari ini melakar satu lagi kenangan yang cukup bermakna buat seluruh warga Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka.

Lebih 4 tahun YB Datuk Wira Salhah Binti Salleh berkhidmat sebagai Pegawai Kewangan Negeri Melaka. Sepanjang tempoh tersebut, terlalu banyak jasa, sumbangan, tunjuk ajar dan kepimpinan yang telah dicurahkan kepada jabatan serta seluruh warga kerja.

Empat tahun mungkin kelihatan singkat, tetapi cukup untuk meninggalkan seribu satu kenangan dan kesan yang akan sentiasa dikenang. Segala nasihat, teguran, bimbingan dan kepimpinan YB Datuk Wira pasti akan menjadi sebahagian daripada perjalanan kami di JKPNM.

Hari ini, pastinya ada rasa sedih untuk melepaskan seorang pemimpin yang begitu dekat dengan kami. Namun, di sebalik kesedihan itu, terselit rasa bangga dan gembira kerana YB Datuk Wira telah diberikan amanah yang lebih besar sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Sesungguhnya, pemergian YB Datuk Wira daripada JKPNM bukanlah satu perpisahan, tetapi satu langkah ke arah tanggungjawab yang lebih besar untuk terus berbakti kepada negeri Melaka.

TAHNIAH YB Datuk Wira atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.🎉

Semoga terus diberikan kekuatan, kesihatan dan kebijaksanaan dalam menggalas amanah yang besar ini.

SELAMAT MAJU JAYA, YB DATUK WIRA.

Jasa dan kepimpinan Datuk akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga JKPNM.


Address

Aras 2, 3, 4 & 5, Blok Bentara, Kompleks Seri Negeri, Hang Tuah Jaya
Ayer Keroh
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka:

Shortcuts

Share