Pusat Keluarga LPPKN Melaka

Pusat Keluarga LPPKN Melaka LPPKN adalah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Reproduktif, Pembangunan Keluarga, Kaunseling Keluarga dan KafeTEEN (Remaja). Pusat Keluarga LPPKN Melaka menyediakan :

- Perkhidmatan Kesihatan Reproduktif & Perancang Keluarga
- Perkhidmatan Pembangunan Keluarga
- Perkhidmatan Kaunseling Keluarga
- Pusat Interaktif Remaja KafeTEEN

Perkhidmatan Pusat Keluarga Bergerak sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat Dun Ayer Limau bertempat di Padang Awam T...
06/09/2026

Perkhidmatan Pusat Keluarga Bergerak sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat Dun Ayer Limau bertempat di Padang Awam Taman Datuk Setia Ramuan Cina Besar Alor Gajah Melaka

🌿 JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM SUPPORT GROUP 2026🌿_MAKE-UP_ PSIKOLOGI: Komunikasi 360°🗓️ 23 September 2026 (Rabu)🗓️ 24 Sep...
03/09/2026

🌿 JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM SUPPORT GROUP 2026🌿

_MAKE-UP_ PSIKOLOGI: Komunikasi 360°
🗓️ 23 September 2026 (Rabu)
🗓️ 24 September 2026 (Khamis)

🕣 Masa
8.30 pagi – 1.00 petang

📍 Tempat
Pusat Keluarga LPPKN Melaka
MITC, Ayer Keroh, Melaka

💵 Yuran Penyertaan
RM30 seorang
merangkumi:
✅ Sijil Penyertaan
✅ Sarapan Pagi

📞 Maklumat Lanjut & Pendaftaran
Encik Irfan
📱 018-3107580

🌸 KAMI SEDIA MEMBANTU! 🌸Ada perkara yang bermain di fikiran? Rasa tertekan, keliru, menghadapi cabaran dalam keluarga, h...
01/09/2026

🌸 KAMI SEDIA MEMBANTU! 🌸

Ada perkara yang bermain di fikiran? Rasa tertekan, keliru, menghadapi cabaran dalam keluarga, hubungan, pekerjaan atau kehidupan seharian? Jangan pendam seorang diri. 💜

🧠 Jom dapatkan sokongan melalui sesi kaunseling di Pusat Keluarga LPPKN Melaka.

📲 SCAN & TEMPAH SESI TEMUJANJI KAUNSELING ANDA SEKARANG!
Mudah, cepat dan selamat.

⚠️ PERHATIAN: Kehadiran secara walk-in tidak dibenarkan. Sila buat tempahan sesi terlebih dahulu melalui QR Code yang disediakan.

📍 Pusat Keluarga LPPKN Melaka
Lot 20844, Jalan MITC, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka
☎️ 06-232 5151

💜 Anda tidak perlu menghadapi semuanya seorang diri. Kami sedia mendengar dan membantu.

LPPKN Melaka melalui Program Kempen WCaRe hari ini sempena Kempen Derma Darah di Tzu Chi Batu Berendam hari ini. Selamat...
31/08/2026

LPPKN Melaka melalui Program Kempen WCaRe hari ini sempena Kempen Derma Darah di Tzu Chi Batu Berendam hari ini. Selamat Hari Merdeka

🎊SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026! 🇲🇾Dengan bertemakan “Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati”, Sambutan Hari K...
31/08/2026

🎊SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026! 🇲🇾

Dengan bertemakan “Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati”, Sambutan Hari Kebangsaan 2026 adalah simbol kekuatan KASIH akan negara Malaysia dan sentiasa berbangga dengan pengorbanan oleh pejuang tanah air terdahulu.

Marilah kita sama-sama meraikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang dengan sifat bangga serta mengukuhkan persaudaraan di antara masyarakat agar Malaysia kekal ke arah keamanan.

Semoga dengan menerapkan nilai KASIH, Malaysia akan sejahtera.




30/08/2026
LPPKN di Program Sambutan Merdeka DUN Kuala Linggi yang dianjurkan oleh Pejabat ADUN Kuala Linggi dengan kerjasama KRT T...
30/08/2026

LPPKN di Program Sambutan Merdeka DUN Kuala Linggi yang dianjurkan oleh Pejabat ADUN Kuala Linggi dengan kerjasama KRT Taman Kuala Permai berlangsung pada hari Ahad, 30 Ogos 2026. Bertempat di Padang Taman Kuala Permai, Kg. Tengah dan bermula dari jam 8:00 pagi sehingga 12:30 tengah malam.

27/08/2026

Podcast Kasih Lensa Keluarga LPPKN Episod 8

PEKERTI Negara: Bahasa Kasih Remaja

26 Ogos 2026 (Rabu)
8:30 Malam

Dalam episod ini, kita membincangkan kepentingan komunikasi berasaskan kasih sayang, pembentukan nilai positif serta peranan keluarga dan masyarakat dalam menyokong perkembangan remaja. Turut dikongsikan bagaimana pendekatan yang lebih dekat, memahami dan berempati dapat membantu remaja menghadapi cabaran serta membina keyakinan diri.

Jom ikuti perkongsian ini dan fahami bahasa kasih yang dekat dengan jiwa remaja bersama Nur ‘Asyikin Ismail.

📍The Lisbon Melaka

🎉 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH 🎉Pengarah dan seluruh warga kerja LPPKN Melaka merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepadaPUAN N...
26/08/2026

🎉 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH 🎉

Pengarah dan seluruh warga kerja LPPKN Melaka merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada

PUAN NOR JOHANA BINTI ABDULLAH @ YAAKOP
Ketua Jururawat, LPPKN Melaka

atas pengurniaan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) sempena Sambutan Hari Jadi Ke-77 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Tahun 2026 pada 24 Ogos 2026.

Semoga penganugerahan yang penuh bermakna ini menjadi pengiktirafan atas segala jasa, komitmen dan sumbangan cemerlang yang telah dicurahkan, serta menjadi inspirasi untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.

🌹 Syabas dan tahniah atas pencapaian yang membanggakan!

Setulus Ikhlas Daripada
Pengarah dan Warga Kerja
LPPKN Melaka



Address

Lot 20844, Jalan MITC, Hang Tuah Jaya
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6062325151

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Keluarga LPPKN Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Keluarga LPPKN Melaka:

Shortcuts

Share