Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka ditubuhkan pada tahun 1958, selepas negara ini mencapai kemerdekaan.

-VISI-
Peneraju pengurusan pentadbiran tanah yang cekap dan dinamik.

-MISI-
Mentadbir hal ehwal tanah bagi memenuhi kehendak pelanggan menerusi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta modal insan yang berintegriti. Lokasi bangunan terletak di bangunan Stadhuys di Bandar Hilir Melaka. Pada masa itu Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka dikenali dengan nama Pejabat Tanah dan Gal

ian Melaka dan telah digabungkan dengan Pejabat Kewangan Negeri. Pada tahun 1979, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka telah berpindah dari bangunan Stadhyus ke Seri Negeri, Jalan Hang Tuah dan kemudiannya pada 15 September 2004, berpindah ke bangunan baru Wisma Negeri yang terletak di Aras 1-2, Wisma Negeri, Jalan Wisma Negeri, Ayer Keroh, 75450 Melaka. Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka adalah merupakan satu jabatan penting di Negeri Melaka. Secara keseluruhannya, jabatan ini mengendalikan urusan berkaitan dengan pentadbiran dan pembangunan tanah. Ia bertanggungjawab kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam bidang ini selaras dengan kehendak seksyen 12(3) (a) Kanun Tanah Negara, 1965. Aras 2 merupakan terletaknya Pejabat Pengarah dan segala urusan Pembangunan Tanah, Pendaftaran dan Pengurusan dilaksana di sini manakala di Aras 1 menempatkan Unit Hasil, Strata, Penguatkuasa dan Sistem Maklumat.

31/08/2026
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 69 Tahun Merdeka, 69 Tahun Kita Bersama.Kemerdekaan bukan sekadar sejarah yang dikenang, tetapi amanah yang perlu ter...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 69 Tahun Merdeka, 69 Tahun Kita Bersama.

Kemerdekaan bukan sekadar sejarah yang dikenang, tetapi amanah yang perlu terus dipelihara.

Dengan semangat Malaysia MADANI: Sejahtera Dinikmati, marilah kita bersama-sama memperkukuh perpaduan, menjunjung nilai kebersamaan dan terus memberikan khidmat terbaik demi negara tercinta.

Dari generasi terdahulu, untuk masa depan yang lebih gemilang.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69!

๐Ÿ“ข PEMAKLUMAN PENGECUALIAN BAYARAN FI BAGI URUSAN PENUKARAN ALAMAT KAMPUNG DIGITAL MELAKAKerajaan Negeri Melaka melalui P...
27/08/2026

๐Ÿ“ข PEMAKLUMAN PENGECUALIAN BAYARAN FI BAGI URUSAN PENUKARAN ALAMAT KAMPUNG DIGITAL MELAKA

Kerajaan Negeri Melaka melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka memaklumkan bahawa pengecualian bayaran fi bagi urusan penukaran alamat Kampung Digital Melaka telah diluluskan untuk tempoh 22 Jun 2026 hingga 21 Jun 2027. ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Bagi penduduk yang ingin membuat penukaran alamat Kampung Digital Melaka, sila ikuti langkah berikut:

๐Ÿ“Œ 1. Kemas kini alamat MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
๐Ÿ“Œ 2. Lengkapkan Borang 26A [Akta 828]
๐Ÿ“Œ 3. Serahkan Borang 26A, MyKad dan Dokumen Hakmilik Keluaran (DHKK) di Kaunter SPOC Pentadbiran Tanah

l๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ๐ŸŒ™12 Rabiul Awal 1448 HijriahSelawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ.Marilah...
24/08/2026

l
๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ๐ŸŒ™

12 Rabiul Awal 1448 Hijriah

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ.

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran insan agung, Rasulullah ๏ทบ, dengan menyemarakkan rasa cinta kepada Baginda serta menghayati dan mengamalkan sunnah dan akhlak mulia yang telah Baginda contohkan.

โ€œSesungguhnya pada diri Rasulullah ๏ทบ itu terdapat contoh teladan yang terbaik.โ€

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita memperkukuhkan ukhuwah, mempertingkatkan keimanan serta meneladani akhlak Rasulullah ๏ทบ dalam kehidupan seharian.

Salam Maulidur Rasul 1448H.
Madani Dihayati, Ummah Diberkati.

๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ต kepada ๐“๐ฎ๐š๐ง ๐˜๐š๐ง๐  ๐“๐ž๐ซ๐ฎ๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐“๐ฎ๐ง ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š ๐ƒ๐ซ. ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐€๐ฅ๐ข ๐๐ข๐ง ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐‘๐ฎ๐ฌ๐ญ๐š๐ฆ ๐’€๐’‚๐’๐’ˆ ๐’…๐’Š-๐‘ท๐’†๐’“๐’•๐’–๐’‚ ๐‘ต๐’†๐’ˆ๐’†๐’“๐’Š...
23/08/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ต kepada ๐“๐ฎ๐š๐ง ๐˜๐š๐ง๐  ๐“๐ž๐ซ๐ฎ๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐“๐ฎ๐ง ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š ๐ƒ๐ซ. ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐€๐ฅ๐ข ๐๐ข๐ง ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐‘๐ฎ๐ฌ๐ญ๐š๐ฆ ๐’€๐’‚๐’๐’ˆ ๐’…๐’Š-๐‘ท๐’†๐’“๐’•๐’–๐’‚ ๐‘ต๐’†๐’ˆ๐’†๐’“๐’Š ๐‘ด๐’†๐’๐’‚๐’Œ๐’‚ sempena ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‰๐š๐๐ข ๐ค๐ž-๐Ÿ•๐Ÿ• pada 24 Ogos 2026 bersamaan 11 Rabiulawal 1448H

๐‘บ๐’†๐’•๐’–๐’๐’–๐’” ๐‘ฐ๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’” ๐’…๐’‚๐’“๐’Š๐’‘๐’‚๐’…๐’‚:
PENGARAH TANAH DAN GALIAN SERTA SELURUH WARGA KERJA PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN MELAKA

23/08/2026
Ayuh bersama-samaโ€ฆ
21/08/2026

Ayuh bersama-samaโ€ฆ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ DAK RAUF MASUK KONTI๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Satu penghormatan buat warga MELAKAfm menerima kunjungan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka ke konti MELAKAfm bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 & Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026.

Dalam suasana penuh semangat patriotik, nantikan perkongsian santai bersama YAB Ketua Menteri Melaka menerusi โ€œDak Rauf Masuk Kontiโ€.

Seluruh warga MELAKAfm dengan penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh ke konti kami. ๐ŸŒน

Semoga kunjungan istimewa ini menjadi satu lagi momen bermakna yang mendekatkan pemimpin bersama rakyat menerusi gelombang MELAKAfmโค๏ธ๐ŸŽ™๏ธ

LAWATAN KERJA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI MELAKA KE PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI MELAKA ๐Ÿ“… 14 Ogos 2026 | Juma...
14/08/2026

LAWATAN KERJA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI MELAKA KE PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI MELAKA

๐Ÿ“… 14 Ogos 2026 | Jumaat

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Melaka berbesar hati menerima Lawatan Kerja YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Melaka, Wisma Negeri, Ayer Keroh.

Ketibaan YB Datuk Wira Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka telah disambut oleh YBhg. Datuk Noraini binti Tawel, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Melaka, bersama barisan pegawai kanan jabatan.

Lawatan kerja ini turut melibatkan Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Melaka dan menjadi platform bagi membincangkan hala tuju serta strategi pengurusan dan pentadbiran tanah di Negeri Melaka, di samping memperkukuh penyelarasan antara Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Melaka dengan pentadbiran tanah di peringkat daerah.

Semoga lawatan dan perbincangan ini terus memperkukuh kerjasama serta komitmen seluruh pentadbiran tanah Negeri Melaka ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, responsif dan berorientasikan rakyat.

โ€œMELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIAโ€

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

โš ๏ธ MOHON PERHATIAN | WASPADA TERHADAP TAWARAN YANG MERAGUKANPejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Melaka (PTGM) ingin...
12/08/2026

โš ๏ธ MOHON PERHATIAN | WASPADA TERHADAP TAWARAN YANG MERAGUKAN

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Melaka (PTGM) ingin menegaskan bahawa PTGM tidak pernah mengeluarkan tawaran sebut harga seperti yang dipaparkan.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya pembekal dan pihak berkepentingan adalah dinasihatkan supaya TIDAK membuat sebarang bayaran, memberikan maklumat peribadi atau mengambil tindakan berdasarkan dokumen/tawaran yang meragukan tanpa membuat pengesahan terlebih dahulu dengan pihak PTGM.

๐Ÿ”ด JANGAN MUDAH PERCAYA
๐Ÿ”ด SEMAK SEBELUM BERTINDAK
๐Ÿ”ด PASTIKAN KESAHIHAN DENGAN PIHAK PTGM

Sekiranya menerima sebarang tawaran, dokumen atau maklumat yang mencurigakan serta menggunakan nama **Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Melaka**, orang ramai dimohon untuk membuat semakan dan pengesahan terlebih dahulu dengan pihak Pentadbiran ini.

Berwaspada dan jangan terpedaya dengan sebarang tawaran yang tidak sah.

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.

**PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI MELAKA**

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENYELENGGARAAN SISTEM & PORTAL AWAM e-TANAH 2.0 NEGERI MELAKADimaklumkan bahawa Sistem dan Portal Awam e-Tan...
12/08/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PENYELENGGARAAN SISTEM & PORTAL AWAM e-TANAH 2.0 NEGERI MELAKA

Dimaklumkan bahawa Sistem dan Portal Awam e-Tanah 2.0 Negeri Melaka akan menjalani kerja-kerja penyelenggaraan bagi pelaksanaan migrasi rangkaian seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 13 Ogos 2026 (Khamis)
๐Ÿ•— Masa: 8.00 malam hingga 10.00 malam

Sehubungan itu, sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut, pengguna mungkin tidak dapat mengakses sistem dan portal berkenaan.

Para pengguna dinasihatkan untuk merancang urusan lebih awal dan mencuba semula selepas kerja-kerja penyelenggaraan selesai.

Segala kesulitan amat dikesali. Kerjasama dan kesabaran para pengguna sepanjang tempoh penyelenggaraan ini amat dihargai.

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Melaka

Address

Aras 1-2 Wisma Negeri, Hang Tuah Jaya
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6063333333

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka:

Share