17/08/2026
17 Ogos - YB Leftenan Kolonel (Kehormat) Datuk Wira Salhah binti Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka mewakili YAB Ketua Menteri Melaka menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Komander Rejimen 514 Askar Wataniah yang berlangsung di Kem 514 Askar Wataniah, Bukit Beruang.
Majlis serah terima tugas antara YBhg. Brigedier Jeneral Datuk Yusof bin Haji Jantan dan YBhg. Kolonel Datuk Haji Shadan bin Othman disaksikan oleh YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Mohammad Razief bin Che Ahmad, Asisten Panglima Pasukan Simpanan, serta pegawai-pegawai kanan Rejimen 514 Askar Wataniah.
Semoga amanah dan tanggungjawab yang diterima dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, disiplin dan komitmen demi memperkukuh kesiapsiagaan serta kecemerlangan Rejimen 514 Askar Wataniah, khususnya dalam mendukung keselamatan dan kedaulatan negara.
Mana Lagi? Melaka Ler...
Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sekarang!
Selamat Datang Ke Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia - Unesco
'Melakaku Maju Jaya,
Rakyat Bahagia,
Menggamit Dunia'
Kerajaan Negeri Melaka
Ab Rauf Yusoh
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Rais Yasin
Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin
Shadan Othman
Melaka Hari Ini