Badan Kawal Selia Air Melaka

Badan Kawal Selia Air Melaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Badan Kawal Selia Air Melaka, Government Organization, Ayer Keroh.

Visi kami ingin menjadi sebuah badan yang terulung dalam menyelaras dan memantau aktiviti air mentah Negeri Melaka demi untuk kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negeri Melaka MISI BADAN KAWAL SELIA AIR MELAKA

Memastikan sumber air mentah dan alam persekitarannya berada di dalam keadaan yang terpelihara dan mampan bagi menyokong pembangunan sosioekonomi Negeri yang sentiasa berdaya maju


OBJEKTIF

BADAN KAWAL SELIA AIR

~ Menyediakan bekalan air mentah yang mencukupi dan berkualiti baik bagi memenuhi keperluan sejajar dengan pertambahan penduduk dan pembangunan sosioekonomi negeri;

~ Melaksanakan fungsi sebagai perancang, pelaksana, penyelaras, pemudah cara, penyelidik dan penguat kuasa secara efektif, sistematik dan efisien dalam pembangunan dan pengurusan sumber air mentah. FUNGSI BADAN KAWAL SELIA AIR

~ Menyelia dan mengawal selia perkhidmatan bekalan air mentah termasuk menentukan standard kualiti air mentah dan menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan.
~ Memastikan pembekalan air mentah yang optimum dengan caj yang munasabah dan memastikan kualiti air yang dibekalkan adalah selamat.
~ Berfungsi sebagai badan penasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri mengenai apa-apa perkara yang berhubung dengan pembekalan air mentah.
~ Sebagai penggalak dan menggiatkan pembekalan air mentah bagi maksud memajukan pembangunan ekonomi Negeri Melaka.
~ Memantau pemegang lesen supaya menjalankan kewajipan yang dikenakan kepadanya di bawah Enakmen serta lain-lain peraturan yang dibuat dan juga memastikan pemegang lesen dapat dibiayai perjalanan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan oleh lesennya.
~ Memastikan pemegang lesen membayar caj abstraksi air mentah mengikut caj yang ditetapkan.
~ Mengawal selia dan memantau pencemaran ke atas punca air dan air mentah.

21 Ogos 2026 | JasinPROGRAM PENANAMAN POKOK HUTAN DI EMPANGAN JUSProgram Penanaman Pokok Hutan di Empangan JUS telah dia...
22/08/2026

21 Ogos 2026 | Jasin

PROGRAM PENANAMAN POKOK HUTAN DI EMPANGAN JUS

Program Penanaman Pokok Hutan di Empangan JUS telah diadakan pada 21 Ogos 2026 dengan penglibatan Sekretariat Rakan Muda, Kolej Agrosains Melaka, dengan kerjasama Badan Kawal Selia Air Melaka (BKSA), Global Environment Centre (GEC) serta Sahabat Mersal Alam Rimba Terpelihara (SMART).

Program ini melibatkan seramai 40 orang pelajar dan menyaksikan penanaman sebanyak 100 batang pokok hutan di sekitar kawasan Empangan JUS sebagai salah satu usaha pemulihan dan restorasi kawasan tadahan air.

Selain aktiviti penanaman pokok, para pelajar turut didedahkan dengan tatacara penanaman pokok hutan yang betul, penjagaan anak pokok serta langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan kawasan empangan dan persekitarannya terus terpelihara.

Penanaman pokok di kawasan empangan amat penting dalam membantu mengurangkan hakisan tanah, menstabilkan kawasan tadahan, meningkatkan litupan hijau serta melindungi kualiti sumber air. Ekosistem hutan yang sihat juga berperanan sebagai penampan semula jadi dalam mengawal aliran air hujan dan mengurangkan kemasukan mendapan ke dalam empangan.

Program ini bukan sahaja memberi pengalaman secara praktikal kepada para pelajar, malah turut menyemai kesedaran, rasa tanggungjawab dan kecintaan terhadap alam sekitar, khususnya dalam usaha memelihara sumber air untuk generasi akan datang.

Usaha restorasi dan penghijauan seperti ini diharapkan dapat diteruskan secara berterusan melalui penglibatan golongan muda, komuniti, agensi kerajaan dan rakan strategik demi memastikan Empangan JUS kekal lestari sebagai salah satu aset penting sumber air Negeri Melaka.





21/08/2026

Salam Pagi Jumaat💞🇲🇾🌻. | Check out MELAKAfm's LIVE streams on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from MELAKAfm.

21/08/2026

YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka ke konti MELAKAfm bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 & Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026.

MELAKAfm❤️🎙️


Fun Walk Merdeka MCorp 202620 Ogos 2026 | MelakaBadan Kawal Selia Air Melaka (BKSA) hari ini turut serta dalam Fun Walk ...
20/08/2026

Fun Walk Merdeka MCorp 2026
20 Ogos 2026 | Melaka

Badan Kawal Selia Air Melaka (BKSA) hari ini turut serta dalam Fun Walk Merdeka anjuran MCorp Melaka, sebuah program santai yang menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam suasana penuh keceriaan dan kebersamaan.

Fun Walk sejauh 3 kilometer ini melibatkan 15 checkpoint, dengan setiap peserta perlu melengkapkan cabaran dan mengumpulkan 15 pelekat bertemakan kemerdekaan.
Lebih daripada sekadar aktiviti riadah, program ini menjadi platform untuk menyemarakkan semangat patriotisme, memupuk kesepaduan dan mengeratkan hubungan antara warga kerja serta masyarakat.

Semangat kemerdekaan bukan hanya diraikan dengan kibaran Jalur Gemilang, tetapi dizahirkan melalui kerjasama, perpaduan dan kebersamaan dalam membina Melaka yang lebih harmoni dan sejahtera.

🇲🇾 Merdeka 69Tahun

Perbadanan Melaka - MCORP




SESI KUNJUNG HORMAT BADAN KAWAL SELIA AIR MELAKA KE SPRM MELAKA19 Ogos 2026 | Alai, MelakaBadan Kawal Selia Air Melaka (...
19/08/2026

SESI KUNJUNG HORMAT BADAN KAWAL SELIA AIR MELAKA KE SPRM MELAKA

19 Ogos 2026 | Alai, Melaka

Badan Kawal Selia Air Melaka (BKSA) telah mengadakan Sesi Kunjung Hormat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka pada 19 Ogos 2026 bertempat di Alai, Melaka.

Sesi kunjung hormat ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama serta pertukaran pandangan antara BKSA dan SPRM, khususnya dalam aspek penguatkuasaan, pencegahan rasuah dan pemantapan integriti dalam pelaksanaan tugas serta pengurusan sumber air.

Perbincangan turut memberi tumpuan kepada kaedah dan pendekatan SPRM dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap salah laku berkaitan rasuah, termasuk mekanisme pengurusan maklumat dan aduan yang dikemukakan oleh orang awam atau pihak berkepentingan.

Selain itu, sesi ini turut menjadi platform untuk mendapatkan penjelasan dan pandangan berkaitan mekanisme pemberian imbuhan atau ganjaran kepada pengadu/pemberi maklumat yang membantu mendedahkan salah laku rasuah, serta bagaimana mekanisme tersebut boleh dilaksanakan secara teratur, telus dan berkesan oleh badan kawal selia.

Sesi perkongsian ini diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada BKSA dalam memperkasa sistem penguatkuasaan, meningkatkan keberkesanan saluran aduan serta membudayakan integriti dan tadbir urus yang baik dalam kalangan warga kerja.

Sesi Kunjung Hormat ini diketuai oleh Puan Nor Azizah binti Musa, Pegawai Undang-Undang, Badan Kawal Selia Air Melaka.

Melalui kerjasama strategik seperti ini, BKSA komited untuk memastikan setiap tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara profesional, berintegriti, telus dan berlandaskan peruntukan undang-undang, demi memelihara kepentingan sumber air serta kepentingan rakyat Negeri Melaka.





18/08/2026

(马六甲18日讯)疑似不明人士把废料排入聚水池,导致甲市士马木柏达纳花园聚水池出现大量发出异味的蓝绿色“漂浮物”(水藻),居民及路过民众都需掩鼻。附近居民是于上周日发现聚水池的水“变色”,但异味不浓,直....

18/08/2026

Tumpuan Buletin Utama | 18 Ogos 2026 ============...

18/08/2026

Dimaklumkan ada buih warna biru dan berbau di Kolam Tadahan Air Semabok Perdana.

JPS Melaka dan Badan Kawal Selia Air Melaka telah dimaklumkan untuk tindakan lanjut.

Risau gak kot-kot ada raksasa dalam kolam terkencet dan najis naik ke permukaan.

Apa pun jangan risau, jangan cemas. Biar Polis Air (BKSA) buat siasatan.

Sebesar mana rasaksa datang, jangan khuatir sebab ada Iron Mat akan sentiasa hadir.

Sekian merapu

Assalamualaikum
Selamat pagi semua

Bengkel Kalkulator Reka Bentuk Sistem Rawatan Air Sisa Perkukuh Penguatkuasaan BKSAMELAKA, 17 Ogos 2026 – Badan Kawal Se...
17/08/2026

Bengkel Kalkulator Reka Bentuk Sistem Rawatan Air Sisa Perkukuh Penguatkuasaan BKSA

MELAKA, 17 Ogos 2026 – Badan Kawal Selia Air Melaka (BKSA) terus memperkukuh keupayaan pasukan penguat kuasa melalui penggunaan kaedah dan teknologi yang lebih sistematik dalam mengawal pengurusan serta pelepasan air sisa.

Bengkel ini memberi pendedahan secara praktikal kepada pegawai penguat kuasa berkaitan penggunaan kalkulator reka bentuk sistem rawatan air sisa. Penggunaan kalkulator ini dapat membantu pegawai membuat penilaian serta menentukan reka bentuk sistem rawatan yang bersesuaian berdasarkan jenis dan skala sesuatu aktiviti.

Pendekatan tersebut amat penting dalam menyokong tugas penguatkuasaan, khususnya melibatkan aktiviti penternakan, perikanan dan perlombongan, bagi memastikan air sisa dirawat dengan sewajarnya sebelum dilepaskan ke badan air.

Pelaksanaan bengkel ini merupakan sebahagian daripada usaha susulan Kajian Mewujudkan Reka Bentuk Sistem Rawatan Sisa bagi Sektor Penternakan, Perikanan dan Perlombongan di Negeri Melaka yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Melaka melalui BKSA.

Kajian tersebut merangkumi aspek spesifikasi reka bentuk, pemantauan prestasi, anggaran kos serta kaedah pengendalian dan penyelenggaraan sistem rawatan yang bersesuaian dengan keupayaan pengusaha.

Melalui bengkel ini, BKSA berhasrat meningkatkan kompetensi teknikal pegawai penguat kuasa supaya penilaian dan tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih tepat, cekap dan berkesan.

Usaha ini selaras dengan komitmen BKSA dalam memastikan aktiviti pembangunan di Negeri Melaka tidak menjejaskan kualiti sumber air serta menjamin kelestarian sumber air untuk kepentingan rakyat dan generasi akan datang.





SETINGGI-TINGGI TAHNIAHYB Datuk Wira Salhah binti Sallehatas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka berkua...
11/08/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

YB Datuk Wira Salhah binti Salleh
atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka berkuat kuasa 11 Ogos 2026.

Semoga terus cemerlang dalam memimpin dan mencurahkan khidmat bakti demi kemajuan Negeri Melaka dan kesejahteraan rakyat.

Ikhlas daripada
Pengarah Sumber Air dan Warga Kerja
Badan Kawal Selia Air Melaka

Address

Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+6062344415

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Badan Kawal Selia Air Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Badan Kawal Selia Air Melaka:

Share