Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka

Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.
(1)

Terdapat 3 pejabat dan 4 premis sukan di bawah JBSNM iaitu :

1) Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Melaka Tengah
2) Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah
3) Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jasin
4) Kompleks Belia Dan Sukan Ayer Keroh
5) Kompleks Rakan Muda Alor Gajah
6) Kompleks Sukan Komuniti Krubong
7) Kompleks Sukan Masjid Tanah

PROGRAM KEM BELIA  PRIHATIN 2026 DAERAH JASIN PERKUKUH JATI DIRI DAN SEMANGAT KESUKARELAWANAN BELIAMERLIMAU, 16 Ogos 202...
16/08/2026

PROGRAM KEM BELIA PRIHATIN 2026 DAERAH JASIN PERKUKUH JATI DIRI DAN SEMANGAT KESUKARELAWANAN BELIA

MERLIMAU, 16 Ogos 2026 โ€“ Program Kem Belia Prihatin 2026 Daerah Jasin telah berlangsung selama tiga hari, bermula 14 hingga 16 Ogos 2026, bertempat di MD Resort Pantai Siring, Merlimau.

Program ini merupakan satu inisiatif pembangunan belia yang memberi penekanan kepada aspek pembentukan sahsiah, kepimpinan, jati diri, kesukarelawanan serta kesedaran terhadap isu-isu sosial dalam kalangan generasi muda.

Kem ini dilaksanakan menerusi kerjasama strategik Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Solok Kilang Berapi bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin, serta melibatkan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Jasin, Pejabat Kesihatan Daerah Jasin, Pejabat AADK Daerah Jasin dan Cawangan Anti Keganasan PDRM.

Penglibatan pelbagai agensi dan rakan strategik dalam program ini mencerminkan pendekatan bersepadu dalam membentuk generasi belia yang bukan sahaja aktif dan berdaya saing, malah mempunyai kesedaran tinggi terhadap tanggungjawab sosial, kesejahteraan komuniti serta keselamatan masyarakat.

Sepanjang tiga hari pelaksanaan, para peserta didedahkan kepada pelbagai aktiviti berbentuk pembangunan diri, kerja berpasukan, kepimpinan, kesedaran kesihatan, pencegahan penyalahgunaan dadah serta kesedaran berkaitan ancaman keganasan dan keselamatan.

Program sebegini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara golongan belia dengan agensi kerajaan serta pertubuhan belia di peringkat daerah, di samping membuka ruang kepada peserta untuk membina jaringan persahabatan dan pengalaman baharu.

Melalui pelaksanaan Kem Belia Prihatin 2026, diharapkan para peserta dapat membawa pulang nilai-nilai positif yang diterapkan sepanjang program untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian, seterusnya menjadi belia yang berilmu, berdisiplin, prihatin, bertanggungjawab dan aktif menyumbang kepada masyarakat.









๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—š๐—”๐—ฌ๐—” ๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—• ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—จ๐——๐—” @ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ฅ ๐—š๐—”๐—๐—”๐—› ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒJASIN, 15 OGOS 2026 โ€“ Pejabat Belia dan Sukan Daerah...
15/08/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—š๐—”๐—ฌ๐—” ๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—• ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—จ๐——๐—” @ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ฅ ๐—š๐—”๐—๐—”๐—› ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

JASIN, 15 OGOS 2026 โ€“ Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Bandar Alor Gajah telah menganjurkan Program Gaya Hidup Kelab Rakan Muda @ Parlimen Alor Gajah Tahun 2026 bertempat di Taman Eco Rimba Bukit Batu Lebah, Jasin Melaka.

Program ini melibatkan seramai 43 orang belia Daerah Alor Gajah dan bertujuan memberikan pendedahan serta pengalaman kepada golongan belia berkaitan aspek kepimpinan, kelestarian alam sekitar dan aktiviti eksplorasi alam semula jadi.

Antara pengisian utama program ialah ceramah "Kepimpinan Dalam Organisasi" yang disampaikan oleh Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah. Para peserta turut mengikuti ceramah bertajuk "Kelestarian Alam Tanggungjawab Bersama" yang menekankan kepentingan peranan generasi muda dalam memelihara dan menjaga kelestarian alam sekitar.

Selain itu, peserta turut berpeluang menyertai Ekspedisi Jelajah Gua Bukit Batu Lebah yang dikendalikan oleh jurulatih daripada Benz Maju Services di bawah pengurusan Taman Eco Rimba Bukit Batu Lebah. Aktiviti tersebut memberikan pengalaman secara langsung kepada peserta menerusi aktiviti eksplorasi dan penghayatan alam semula jadi.

Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh YB Datuk Fairul Nizam bin Roslan, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital merangkap ADUN Asahan.

Turut hadir ialah Encik Mohd Remiezan bin Ibrahim, wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah; Encik Muhammad Haiqal bin Fairul Nizam, Pengerusi Kelab Rakan Muda Bandar Alor Gajah; Encik Mohd Aliff bin Baharuddin, Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Alor Gajah serta YBrs. Encik Nik Zaiman, Pengurus Eksekutif Taman Eco Rimba Bukit Batu Lebah.

Penganjuran program ini diharapkan dapat memperkukuh semangat kepimpinan, kerjasama dan kesukarelawanan dalam kalangan belia, di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar. Program seumpama ini juga menjadi platform kepada belia untuk membina keyakinan diri serta mengeratkan hubungan antara golongan belia dengan agensi dan pertubuhan belia setempat.

KBSMalaysia JBSNegara Taufiq Johari Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Ab Rauf Yusoh
VP Shanmugam
Zailani Siran






LANGKAH BERSAMA BIGGEST LOSER X LITTLE CALIPHS MERIAHKAN TAMAN BOTANIKALAYER KEROH, 15 Ogos 2026- Telah berlangsung Sesi...
15/08/2026

LANGKAH BERSAMA BIGGEST LOSER X LITTLE CALIPHS MERIAHKAN TAMAN BOTANIKAL

AYER KEROH, 15 Ogos 2026- Telah berlangsung Sesi 14 Program Intervensi Biggest Loser Peringkat Negeri Melaka X Sport Day Little Caliphs 2026 di Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka.

Program dimeriahkan dengan Aktiviti Senamrobik dan Briskwalk yang menghimpunkan peserta Biggest Loser serta Little Caliphs dalam suasana ceria, aktif dan penuh semangat.

Turut hadir memberikan sokongan YBrs. Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Jom bersama membudayakan gaya hidup sihat, aktif dan cergas dalam kalangan masyarakat.

Ayuh Melaka! Terus bergerak, terus sihat, terus cergas! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Taufiq Johari Mordi Bimol Ab Rauf Yusoh VP Shanmugam Zailani Siran jbsnegara KBSMalaysia





๐Ÿ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐๐’ ๐’๐€๐๐“๐”๐๐ˆ ๐๐„๐‹๐ˆ๐€ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐€๐Š๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‡๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐€ ๐“๐€๐Œ๐๐€๐‘ ๐Ÿ’ ๐๐„๐๐‰๐”๐‘๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”AYER KEROH, 15 Ogos 2026 โ€“ Menteri ...
15/08/2026

๐Ÿ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐๐’ ๐’๐€๐๐“๐”๐๐ˆ ๐๐„๐‹๐ˆ๐€ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐€๐Š๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‡๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐€ ๐“๐€๐Œ๐๐€๐‘ ๐Ÿ’ ๐๐„๐๐‰๐”๐‘๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

AYER KEROH, 15 Ogos 2026 โ€“ Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, telah meluangkan masa menyantuni komuniti belia menerusi Persahabatan Bola Tampar 4 Penjuru Belia Melaka 2026 yang berlangsung di Dewan Tertutup, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka, Ayer Keroh.
Pertandingan persahabatan ini melibatkan empat pasukan daripada:
๐Ÿ Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka
๐Ÿ Gerakan Belia 4B Tangga Batu
๐Ÿ Kelab Sukan Rekreasi Sempoi
๐Ÿ Sekretariat Rakan Muda (SRM) IPT Universiti Geomatika Melaka
Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan, kerja berpasukan dan persaingan sihat, malah menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan antara pertubuhan belia, institusi pendidikan dan komuniti setempat.
Kehadiran YB Dr. Mohammed Taufiq Johari turut memberi peluang kepada para peserta untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan kepimpinan Kementerian Belia dan Sukan, sekali gus menyuntik semangat kepada golongan belia untuk terus aktif dalam kegiatan sukan dan pembangunan komuniti.
Turut hadir ialah Presiden Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka, Datuk Khadirah Abu Zahar, dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Zailani bin Siran.
Semoga penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan bagi melahirkan generasi belia yang aktif, sihat, berdaya saing dan memiliki semangat kebersamaan yang tinggi.

KBSMalaysia JBSNegara belia.my
Taufiq Johari Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Kerajaan Negeri Melaka
Ab Rauf Yusoh
VP Shanmugam
Dira Abu Zahar
Zailani Siran
Majlis Gabungan Belia Melaka






*PULAI INDAH FUN WALK & RUN 4.0 KEMBALI LAGI!* ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃSempena Hari Sukan Negara 2026 Peringkat Daerah Jasin๐Ÿ“… Tarikh: *10/10/...
15/08/2026

*PULAI INDAH FUN WALK & RUN 4.0 KEMBALI LAGI!* ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ๐Ÿ“ฃ

Sempena Hari Sukan Negara 2026 Peringkat Daerah Jasin

๐Ÿ“… Tarikh: *10/10/2026 (Sabtu)*
๐Ÿ“ Lokasi: *Padang Taman Pulai indah*
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘ง Terbuka kepada SEMUA PERINGKAT UMUR

APA YANG MENARIK?
โœ… Baju berkualiti untuk semua peserta
โœ… Pingat untuk semua peserta
โœ… Bag untuk semua peserta
โœ… Cabutan bertuah & banyak hadiah menarik
โœ… HADIAH UTAMA: SEBUAH MOTOSIKAL MODENAS ๐Ÿ๏ธ

*JOM DAFTAR SEKARANG!*
๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ๐Ÿ”ฝ

https://toyyibpay.com/PULAI-INDAH-FUN-WALK-RUN-4-0-2026

๐Ÿ“ Pendaftaran dibuka pada :*15/8/2026*
Tarikh tutup pada : *6/9/2026*

Jom ajak family, kawan-kawan! Jom kita berpeluh sama-sama ๐Ÿ’ช

Sebarang pertanyaan sila hubungi;
Akil - *012-9310449*
Azizul - *012-6844216*
Syam - *017-3628473*

Tempat (map/location) akan diberi dalam group WhatsApp.

SUNTIKAN SEMANGAT TEAM E-SPORTS SUKMA MELAKA 2026AYER KEROH, 14 Ogos 2026 โ€“ Majlis Ramah Mesra Jabatan Angkat bersama Pa...
14/08/2026

SUNTIKAN SEMANGAT TEAM E-SPORTS SUKMA MELAKA 2026

AYER KEROH, 14 Ogos 2026 โ€“ Majlis Ramah Mesra Jabatan Angkat bersama Pasukan E-Sports SUKMA Melaka 2026 berlangsung meriah sebagai platform suai kenal serta menyuntik semangat kepada barisan jurulatih, pengurus pasukan dan atlet yang bakal menggalas cabaran negeri Melaka ke SUKMA Selangor 2026.

Majlis diserikan dengan kehadiran YBrs. Encik Mohd Hafidz bin Mohd Dain, Ketua Penolong Pegawai Daerah Alor Gajah, selaku wakil Jabatan Angkat Pasukan E-Sports SUKMA Melaka bersama YBrs. Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan YBrs. Encik Mohd Firdaus bin Idris, Timbalan Presiden Persatuan Sukan Elektronik Negeri Melaka.

Sebagai tanda sokongan dan motivasi kepada pasukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka turut menyampaikan sumbangan melalui Dana Sukan Komuniti (DSK) kepada Persatuan Sukan Elektronik Negeri Melaka bagi membantu persiapan menghadapi kejohanan.

Pasukan E-Sports SUKMA Negeri Melaka dibarisi 29 anggota YANG terdiri daripada seorang pengurus pasukan, enam jurulatih dan 22 atlet. Mereka akan berentap dalam acara E-Sports SUKMA Selangor 2026 yang dijadualkan berlangsung 19 hingga 23 Ogos 2026 di MPAJ Convention Centre, Ampang.

Seluruh warga Melaka mendoakan agar pasukan E-Sports SUKMA Negeri Melaka terus bersemangat, mempamerkan prestasi terbaik dan mengharumkan nama negeri di pentas SUKMA Selangor 2026.

Taufiq Johari Mordi Bimol Ab Rauf Yusoh KBSMalaysia jbsnegara Zailani Siran VP Shanmugam





KLINIK BOLA JARING : CUNGKIL BAKAT AKAR UMBIKOMBES Melaka, 14 Ogos 2026- Seramai 80 ahli Synergy Netball Club telah hadi...
14/08/2026

KLINIK BOLA JARING : CUNGKIL BAKAT AKAR UMBI

KOMBES Melaka, 14 Ogos 2026- Seramai 80 ahli Synergy Netball Club telah hadir menjalani latihan mingguan setiap hari jumaat bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Pengasas Synergy Netball Club, Puan Diana berkata objektif utama klinik bola jaring adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli tentang teknik asas sukan ini, memantapkan kemahiran taktikal, serta memupuk disiplin dan semangat berpasukan dalam kalangan peserta. Klinik bola jaring ini terbukti bukan sekadar platform rekreasi, malah menjadi batu lonjakan penting dalam membentuk generasi baharu atlet yang berilmu, berkemahiran tinggi, dan berdisiplin.

Terdahulu, pada hari ini semua ibu bapa turut hadir memberi sokongan kepada anak-anak untuk bersukan. Majlis diserikan dengan kehadiran YBrs. Encik Mohd Hafidz bin Mohd Dain, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah. Turut hadir, YBrs. Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.





KURSUS PENSIJILAN ORIENTEERING 0.1 ZON SELATAN TAHUN 2026 MELABUHKAN TIRAINYALENDU, 14 Ogos 2026 โ€“ Kursus Pensijilan Ori...
14/08/2026

KURSUS PENSIJILAN ORIENTEERING 0.1 ZON SELATAN TAHUN 2026 MELABUHKAN TIRAINYA

LENDU, 14 Ogos 2026 โ€“ Kursus Pensijilan Orienteering 0.1 Zon Selatan Tahun 2026 melabuhkan tirainya denga pelbagai aktiviti yang disusun bagi memastikan para peserta memperoleh pengalaman serta pengetahuan yang bermanfaat sepanjang program.

Para peserta mengikuti Persiapan Mini Pertandingan Sukan Orienteering melibatkan taklimat pertandingan dan rumusan sebagai persediaan kepada para peserta untuk memahami pelaksanaan pertandingan serta membuat penilaian terhadap aktiviti yang telah dijalankan.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Nizam Dawood, Penghulu Tertinggi DUN LENDU dan turut dihadir oleh Encik Sodikin Bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah serta (Encik Shaiful Nizam Abd Karim, Presiden Persatuan Sukan Orienteering Negeri Melaka.

Penganjuran program ini diharap dapat memberikan manfaat dan impak yang positif serta pengalaman bermakna dalam kalangan peserta dan dapat diteruskan serta diperkasakan pada masa akan datang demi melahirkan individu yang lebih berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

Taufiq Johari Mordi Bimol Ab Rauf Yusoh VP Shanmugam Zailani Siran KBSMalaysia jbsnegara





๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

Address

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka, Jalan Tasek Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6062345900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka:

Shortcuts

Share