Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Government Official, YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Aras 3, Blok Bendahara, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh.

03/09/2026
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KONVENSYEN REFORMASI KARENAH BIROKRASI (RKB) NEGERI MELAKA TAHUN 20263 September 2026 | Khamis ...
03/09/2026

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KONVENSYEN REFORMASI KARENAH BIROKRASI (RKB) NEGERI MELAKA TAHUN 2026

3 September 2026 | Khamis - YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka merasmikan penutupan Konvensyen Reformasi Karenah (RKB) Negeri Melaka Tahun 2026 yang turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Mazrina Mohamed Ibramsah, Timbalan Ketua Pengarah, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di Banda Hilir.

Konvensyen anjuran Kerajaan Negeri Melaka bersama MPC ini tertumpu kepada Pelaksanaan RKB Kecerdasan Buatan (AI) dengan mengetengahkan 20 projek daripada 14 jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Melaka. Pelaksanaan projek-projek ini merupakan usaha meningkatkan produktiviti perkhidmatan seterusnya daya saing negeri untuk manfaat rakyat dengan pentadbiran yang lebih cekap dan kondusif kepada perniagaan serta pelaburan.




03/09/2026

Warga Melaka, anda bersedia okay!

Love Food Fest bakal memeriahkan Konsert Jom Heboh sempena Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 dengan pelbagai pilihan makanan viral yang wajib dicuba!

๐Ÿ“… 4โ€“6 September 2026
โฐ 10.00 pagiโ€“11.00 malam
๐Ÿ“ Zon A, Dataran MITC, Melaka

Datang ramai-ramai, makan puas-puas dan nikmati kemeriahan bersama! Jumpa di sana! ๐Ÿ”๐Ÿ•๐ŸŒฎ๐Ÿง

MESYUARAT JAWATANKUASA TATAKELOLA PERINGKAT NEGERI MELAKA BIL. 2/20263 September 2026 | Khamis โ€“ Selaras dengan usaha me...
03/09/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA TATAKELOLA PERINGKAT NEGERI MELAKA BIL. 2/2026

3 September 2026 | Khamis โ€“ Selaras dengan usaha memperkukuh tatakelola perkhidmatan awam khususnya di negeri Melaka, YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola Peringkat Negeri Melaka Bil. 2 Tahun 2026.

Dalam memperkukuh budaya kerja berteraskan integriti dan akauntabiliti, seluruh ketua jabatan dan agensi di negeri Melaka diseru agar terus melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi serta memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, berkesan dan berorientasikan kepentingan rakyat.




03/09/2026
JELAJAH KETUA MENTERI MELAKA SAYANG RAKYAT 2026 DUN TABOH NANING3 September 2026 | Khamis โ€“ Selaras dengan penganjuran P...
03/09/2026

JELAJAH KETUA MENTERI MELAKA SAYANG RAKYAT 2026 DUN TABOH NANING

3 September 2026 | Khamis โ€“ Selaras dengan penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat DUN Taboh Naning, turut diadakan Jelajah Ketua Menteri Melaka Sayang Rakyat bagi menyantuni masyarakat setempat yang dihadiri YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka bersama pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Melaka.

Program ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam mendekati rakyat, mendengar pandangan serta memahami keperluan dan permasalahan masyarakat secara langsung bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus diberi perhatian.




03/09/2026

1 SEPTEMBER 2026 l AYER KEROH

๐ŸŽ‰๐ŸŒŠ FESTIVAL SENI SELAT & SUNGAI MELAKA 2026 ๐ŸŒŠ๐ŸŽ‰

Ayuh semua warga seni, pelancong dan pencinta budaya! ๐ŸŒบ

๐Ÿ˜ฑ Jom gegarkan Festival Seni Selat & Sungai Melaka 2026, sebuah program Pelancongan Budaya anjuran bersama Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) serta Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

โœจ Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! โœจ

๐Ÿ’ƒ Cabaran Joget & Zapin (Kategori Duo & Berkumpulan)
๐ŸŽผ Pertandingan Suara Raja Pop Dato' Jamal Abdillah
๐ŸŽค Bintang Irama Malaysia @ Selat Melaka
๐Ÿ‘‘ Pertandingan Ratu Kebaya Selat Melaka
โš“๏ธ Malam Budaya Tanjung Bidara
๐Ÿ’ƒ๐ŸปHimpunan 200 Kebaya dan busana etnik
๐Ÿ•Œ Majlis Selawat dan Tausiah Tanjung Bidara...dan banyak lagi!!

๐ŸŒŸ Suasana acara pesisir pantai, makanan sedap, seni budaya hebat - semua ada di sini!

๐Ÿ“ Tarikh: 18-20 September 2026
๐Ÿ“ Tempat: Tanjung Bidara, Melaka

๐ŸŽถ Jangan lepaskan peluang jadi sebahagian daripada festival seni paling berwarna-warni tahun ini! โค๏ธ

โ›ต๏ธ "Mulanya Di Sini, Pertemuan Budaya Dunia"

๐Ÿ’ฌ โ€œMana Lagi Kita... Melaka Ler!โ€















ZIARAH KASIH KE ATAS BALU KEPADA ALLAHYARHAM BEKAS SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA2 September 2026 | Rabu - YB Datu...
02/09/2026

ZIARAH KASIH KE ATAS BALU KEPADA ALLAHYARHAM BEKAS SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA

2 September 2026 | Rabu - YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka bersama pegawai-pegawai kanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka hadir menziarahi YBhg. Datin Wira Datuk Halimah binti Baba, balu kepada Allahyarham YBhg. Datuk Wira Haji Othman bin Mohamad, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bertempat di kediaman beliau di Ayer Molek.

Ziarah kasih ini sebagai tanda ingatan, keprihatinan dan penghargaan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka terhadap jasa serta sumbangan Allahyarham sepanjang berkhidmat kepada negeri dan rakyat Melaka. Semoga YBhg. Datin Wira Datuk Halimah binti Baba serta seluruh keluarga Allahyarham terus diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.




Address

YB Datuk Wira Salhah Binti Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Aras 3, Blok Bendahara, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Kompleks Seri Negeri
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 05:00

Telephone

+6063333333

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka:

Share