12/08/2026
๐น SELAMAT MEMULAKAN TUGAS, YB DATUK WIRA SALHAH BINTI SALLEH
Setinggi-tinggi tahniah dan selamat memulakan tugas diucapkan kepada YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, sempena hari pertama beliau secara rasminya memulakan amanah sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
Hari ini mencatat satu lagi detik bermakna apabila YB Datuk Wira memulakan hari pertama bertugas dengan rekod kehadiran, sebagai simbolik bermulanya sebuah perjalanan dan amanah baharu dalam menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.
Sesungguhnya, amanah dan tanggungjawab yang digalas ini merupakan satu penghormatan yang besar serta membawa harapan untuk terus memperkukuh kecemerlangan perkhidmatan awam negeri, memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta meneruskan agenda pembangunan Negeri Melaka yang progresif, berdaya saing dan sejahtera.
Semoga YB Datuk Wira sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebijaksanaan, kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam melaksanakan tanggungjawab serta memimpin seluruh warga pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka dengan penuh integriti, dedikasi dan kecemerlangan.
Seluruh warga Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) mendoakan agar kepimpinan YB Datuk Wira terus membawa inspirasi, mencetuskan pembaharuan serta memberi impak yang positif kepada perkhidmatan awam dan seluruh rakyat Negeri Melaka.
Selamat memulakan tugas, YB Datuk Wira.
Semoga setiap langkah dalam menggalas amanah ini sentiasa dipandu dengan kebijaksanaan dan dipermudahkan dalam mencapai kejayaan demi Negeri Melaka yang kita cintai. ๐น
Ikhlas daripada:
Pengurusan dan seluruh warga kerja
Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)
โค๏ธ