Balai Polis Kg Bharu L Manjung Perak

Balai Polis Kg Bharu L Manjung Perak FACEBOOK (PAGE) RASMI
BALAI POLIS KG BHARU (L)
IBU PEJABAT POLIS DAERAH MANJUNG, PERAK.

31/07/2026

Akses & langganan perisian AI 3 bulan percuma untuk belia





Anwar Ibrahim

31/07/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN 2026

YDH CP Dato' Mohd Alwi bin Zainal Abidin, Ketua Polis Perak mewakili seluruh warga PDRM Perak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2026 kepada semua pejuang negara.

Terima kasih Pahlawanku!!



๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ LAWATAN PEMANTAUAN PEGAWAI PERHUBUNGAN UNIVERSITI KE UNIKL MIMET๐Ÿ“… 28 Julai 2026๐Ÿ“ UniKL Malaysian Institute of Marin...
29/07/2026

๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ LAWATAN PEMANTAUAN PEGAWAI PERHUBUNGAN UNIVERSITI KE UNIKL MIMET

๐Ÿ“… 28 Julai 2026
๐Ÿ“ UniKL Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET)

Balai Polis Kampung Bharu (L) telah melaksanakan Lawatan Pemantauan Pegawai Perhubungan Unversiti antara PDRM ke UniKL MIMET bagi memperkukuh hubungan kerjasama antara pihak PDRM dan komuniti kampus.

Lawatan ini turut membincangkan aspek keselamatan kampus, pencegahan jenayah, keselamatan siber, penyalahgunaan dadah serta penipuan dalam talian. Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran warga kampus dan mewujudkan persekitaran yang selamat, harmoni dan kondusif.

Program telah berjalan dengan baik dan lancar.

โ€œPOLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADAโ€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ

PROGRAM TALK TO US BALAI POLIS KAMPUNG BHARU (L) BERSAMA KOMUNITI ๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ๐Ÿค๐Ÿป๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ๐Ÿ“… 29 Julai 2026๐Ÿ“ Takdir Kopi, Taman Nakho...
29/07/2026

PROGRAM TALK TO US BALAI POLIS KAMPUNG BHARU (L) BERSAMA KOMUNITI ๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ๐Ÿค๐Ÿป๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ

๐Ÿ“… 29 Julai 2026
๐Ÿ“ Takdir Kopi, Taman Nakhoda, Lumut, Perak

Balai Polis Kampung Bharu (L) telah melaksanakan Program Talk To Us bersama masyarakat setempat sebagai platform untuk mengeratkan hubungan antara pihak polis dan komuniti.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan termasuk penyampaian risalah pencegahan jenayah, khidmat nasihat keselamatan, penerangan berkaitan trend jenayah semasa serta modus operandi penipuan dalam talian (scammer).

Program ini turut menjadi ruang interaksi dan ramah mesra bagi meningkatkan kepercayaan serta kerjasama masyarakat dengan pihak polis dalam usaha mewujudkan persekitaran yang lebih selamat.

โ€œPolis dan Masyarakat Berpisah Tiadaโ€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ







KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2026 SK KAMPUNG BAHARU (L) KALI KE-67Kampung Baharu (L), 9 Julai 2026 โ€“ PDRM melalui Balai Po...
09/07/2026

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2026 SK KAMPUNG BAHARU (L) KALI KE-67

Kampung Baharu (L), 9 Julai 2026 โ€“ PDRM melalui Balai Polis Kampung Baharu (L) telah melaksanakan pemantauan keselamatan sempena Kejohanan Olahraga Tahunan 2026 Kali Ke-67 di Padang SK Kampung Baharu (L).

Kehadiran anggota PDRM bertujuan memastikan kelancaran program, keselamatan peserta serta mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak polis, warga sekolah dan komuniti setempat. Kejohanan ini turut dihadiri oleh wakil pemimpin masyarakat, pihak pentadbiran sekolah, guru-guru, ibu bapa serta murid-murid.

Program berlangsung dengan lancar dalam suasana yang selamat, teratur dan harmoni. PDRM akan terus komited memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan dan masyarakat selaras dengan slogan โ€œPolis dan Masyarakat Berpisah Tiada.โ€



PROGRAM โ€œTALK TO USโ€ BALAI POLIS KAMPUNG BHARU (L) BERSAMA KOMUNITIKampung Bharu (L), 9 Julai 2026 โ€“ Balai Polis Kampung...
09/07/2026

PROGRAM โ€œTALK TO USโ€ BALAI POLIS KAMPUNG BHARU (L) BERSAMA KOMUNITI

Kampung Bharu (L), 9 Julai 2026 โ€“ Balai Polis Kampung Bharu (L) telah melaksanakan Program โ€œTalk To Usโ€ bersama komuniti setempat di Kampung Telaga Nenas dan Kampung Teluk pada hari ini. Program berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 11.40 pagi dengan diketuai oleh Ketua Balai Polis Kampung Bharu (L), SM Mohd Nur Hafsham bin Mohd Wazir, bersama dua orang anggota Pasukan Rondaan Pencegahan Jenayah (PRP).

Program ini bertujuan memperkukuh hubungan silaturahim antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan masyarakat setempat, di samping meningkatkan kesedaran orang ramai berkaitan jenayah penipuan dalam talian (scammer). Turut disampaikan hebahan mengenai Talian Hotline 997 Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sebagai saluran tindakan segera bagi mangsa penipuan kewangan.

Selain itu, pihak polis turut menyampaikan nasihat berkaitan pematuhan undang-undang, berkongsi perkembangan isu-isu keselamatan semasa serta menggalakkan penduduk agar terus bekerjasama dengan pihak polis dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah. Kerjasama erat antara masyarakat dan PDRM amat penting dalam merealisasikan slogan โ€œPolis dan Masyarakat Berpisah Tiada.โ€

Program telah berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan serta maklum balas yang amat positif daripada komuniti setempat. Inisiatif seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memperkukuh jaringan kerjasama antara PDRM dan masyarakat demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti sentiasa terpelihara.


KEJAYAAN TANGKAPAN KES CURI KABEL OLEH ANGGOTA BALAI POLIS KG.BHARU (L) PERAK.Kampung Bharu (L), 30 jun 2026- Sepasukan ...
05/07/2026

KEJAYAAN TANGKAPAN KES CURI KABEL OLEH ANGGOTA BALAI POLIS KG.BHARU (L) PERAK.

Kampung Bharu (L), 30 jun 2026- Sepasukan anggota Polis Balai Polis Kampung Bharu (L), Perak telah berjaya menahan dan menangkap 1 lelaki india muslim yang mana sabjek terlibat dengan kes curi kabel Maxis di kawasan Kampung Bharu (L) dan rampas pelbagai jenis barang yang dicuri bersabit kampung Bharu repot.

Saspek kini sedang disiasat dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan/235 Akta Komunikasi Multimedia 1998. Tangkapan ini merupakan salah satu usaha PDRM dalam mengatasi masalah kegiatan jenayah di daerah Manjung Perak.

Pihak PDRM menasihatkan orang ramai agar menjadi mata dan telinga dengan menyalurkan sebarang maklumat jenayah dikawasan berdekatan tempat tinggal kepada Pihak Polis atau Balai Polis yang berhampiran.


(L)

16/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448 H / 2026 M

YDH CP Dato' Mohd Alwi bin Zainal Abidin, Ketua Polis Perak dan isteri, YBhg. Datin Wan Norazah binti Wanchik, Pengerusi PERKEP Kontinjen Perak mewakili seluruh warga kerja PDRM Kontinjen Perak mengucapkan Salam Maal Hijrah 1448 H / 2026 M kepada semua umat Islam terutamanya di negeri Perak.




16/06/2026

SALAM TAKZIAH BUAT SELURUH AHLI KELUARGA ALLAHYARHAM KPL 171849 NORHIZAM BIN SAHRUM

Dimaklumkan bahawa Kpl 171849 Norhizam bin Sahrum yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, telah kembali ke rahmatullah pada 13 Jun 2026 jam 10.45 malam.

YDH ACP Hasbullah bin Abd Rahman , Ketua Polis Derah Manjung, bersama isteri, Puan Intan Suhaida binti Ahmad, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Daerah Manjung, serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Manjung merakamkan ucapan salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah & Salam Takziah.

ุณู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู‡ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู {1} ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุฑูŽุจู‘ู ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู†ูŽ {2} ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู…ู {3} ู…ูŽุงู„ููƒู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงู„ุฏู‘ููŠู†ู {4} ุฅููŠู‘ูŽุงูƒูŽ ู†ูŽุนู’ุจูุฏู ูˆูŽุฅููŠู‘ูŽุงูƒูŽ ู†ูŽุณู’ุชูŽุนููŠู†ู {5} ุงู‡ู’ุฏูู†ูŽุง ุงู„ุตู‘ูุฑูŽุงุทูŽ ุงู„ู’ู…ูุณู’ุชูŽู‚ููŠู…ูŽ {6} ุตูุฑูŽุงุทูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุฃูŽู†ู’ุนูŽู…ู’ุชูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ุบูŽูŠู’ุฑู ุงู„ู’ู…ูŽุบู’ุถููˆุจู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ูˆูŽู„ุงูŽุงู„ุถู‘ูŽุขู„ู‘ููŠู†ูŽ {7}

16/06/2026

Salam Jumaat kepada semua Followers Page Facebook Rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM.

๐Ÿง UJI IQ SCAM ANDA! ๐Ÿง 

Adakah anda cukup bijak untuk mengenal pasti modus operandi (MO) scam yang semakin licik?

Cuba jawab soalan-soalan dalam poster ini dan lihat tahap kesedaran anda terhadap jenayah komersil.

โœ… 10 โ€“ 12 Betul : Tahap โ€œScam Hunterโ€
โœ… 7 โ€“ 9 Betul : Tahap โ€œScam Awareโ€
โš ๏ธ 4 โ€“ 6 Betul : Berisiko Menjadi Mangsa
๐Ÿšจ 0 โ€“ 3 Betul : Sasaran Mudah Scammer

Ingat, scammer sentiasa mencari mangsa yang leka dan kurang peka terhadap taktik penipuan terkini.

๐Ÿ”Ž SEMAK sebelum bertindak
โœ”๏ธ SAHKAN sebelum mempercayai
๐Ÿง  BERFIKIR sebelum klik
โš ๏ธ BERWASPADA setiap masa

Kongsikan skor anda di ruangan komen dan cabar ahli keluarga serta rakan-rakan untuk menguji tahap IQ Scam merekaโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ

Marilah sama- sama Test IQ kita๐Ÿ‘
Anda boleh memberikan jawapan di ruangan komenโ€ผ๏ธ

Jawapan yang tepat akan diberikan pada Jam 2359 hrsโ€ผ๏ธ









Address

Balai Polis Kg Bharu (L)
Ayer Tawar
32400

Telephone

+6056915222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Kg Bharu L Manjung Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Polis Kg Bharu L Manjung Perak:

Shortcuts

Share