TNC HEPA UMK RASMI

TNC HEPA UMK RASMI Education

14/07/2026
MAJLIS PERBARISAN ULUNG KOMANDAN BADAN BERUNIFORM UMK 202613 JULAI 2026Kelmarin saya bersama Komandan-Komandan Badan Ber...
14/07/2026

MAJLIS PERBARISAN ULUNG KOMANDAN BADAN BERUNIFORM UMK 2026
13 JULAI 2026

Kelmarin saya bersama Komandan-Komandan Badan Beruniform mengiringi YBhg. Dato’ Naib Canselor dalam Majlis Perbarisan Ulung Komandan Badan Beruniform UMK 2026 di UMK Bachok. Majlis pagi ini telah mengumpulkan semua badan beruniform UMK dalam perbarisan ini.

Penubuhan badan beruniform di universiti adalah untuk membentuk sahsiah dan jati diri mahasiswa agar lebih displin, semangat berpasukan, setiakawan dan seterusnya melahirkan pemimpin di masa hadapan. Pembentukan displin tinggi, pemupukan bakat kepimpinan dan semangat kerjasama berpasukan adalah elemen utama dalam penyertaan dalam badan beruniform.

Penyertaan mahasiswa dalam badan beruniform turut membuka peluang kepada peluang kerjaya dalam badan beruniform. Ini kerana mahasiswa yang menyertai PALAPES dan SUKSIS mempunyai peluang yang lebih tinggi kerana telah menjalani latihan-latihan asas sepanjang pengajian.

Terima kasih kepada Pusat Kokurikulum atas pengajuran dan saya harap perbarisan ini diadakan pada semester akan datang.




umk1hati1jiwa

[INFOGRAFIK] Kekurangan Kolej Kediaman di IPTA, Apa Langkah Yang Diambil KPT?Kredit Foto YBM: Jabatan Penerangan Malaysi...
13/07/2026

[INFOGRAFIK] Kekurangan Kolej Kediaman di IPTA, Apa Langkah Yang Diambil KPT?

Kredit Foto YBM: Jabatan Penerangan Malaysia

Kredit : FB Kementerian Pendidikan Tinggi

2 HARI SAHAJA LAGI! ⏳🔥Sedia semua? Tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum Baucar Buku Madani (BBM) 2026 dilancarkan secara r...
13/07/2026

2 HARI SAHAJA LAGI! ⏳🔥

Sedia semua? Tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum Baucar Buku Madani (BBM) 2026 dilancarkan secara rasmi.

Khas buat semua mahasiswa IPT dan IPTS di bawah KPT, adakah senarai bacaan anda sudah bersedia? Pastikan anda sudah survey judul buku ilmiah yang mahu dibeli di portal kami.

Siapa yang dah tak sabar nak tebus buku baru untuk semester ni? Cuba komen “SAYA” di bawah! 👇🎓

Kredit : FB Mysiswaplace

PROGRAM PEMERKASAAN USAHAWAN ASNAF MAYBANK ISLAMIC BERHAD X UMK12 JULAI 2016Kelmarin saya bersama Pengurusan Universiti ...
13/07/2026

PROGRAM PEMERKASAAN USAHAWAN ASNAF MAYBANK ISLAMIC BERHAD X UMK
12 JULAI 2016

Kelmarin saya bersama Pengurusan Universiti mengiringi YBhg. Dato’ Prof. dalam Program Pemerkasaan Usahawan Asnaf Maybank Islamic Berhad X UMK . Satu kerjasama strategik antara UMK dengan Maybank Islamic Berhad telah diadakan untuk menubuhkan Kafe NusuKopi di Pengkalan Chepa menerusi sumbangan zakat (tabung wakalah) Maybank Islamic Berhad berjumlah RM277,000. Setakat hari ini kafe ini telah berjaya merekodkan jualan melebihi RM20,000 dengan keuntungan hampir RM10,000 sejak mula pada Oktober 2025.

Program ini telah bermula dengan seramai 20 pelajar daripada golongan asnaf dan B40 telah dipilih untuk menyertai program bekerja sambil belajar yang membolehkan penuntut memperoleh pendapatan tambahan, malah memberi pendedahan kepada pengalaman bekerja sebelum mereka tamat pengajian.

Turut hadir ialah Pengarah Serantau Komuniti Perkhidmatan Kewangan Maybank Wilayah Pahang, Kelantan, dan Terengganu, En. Ahmad Bashir Azahari dan Pengarah Kanan Institut Keusahawanan UMK, Prof. Dr. Mohd. Nor Hakimin Yussof.




umk1hati1jiwa

Saya dengan rendah hati memohon mahasiswa dan staf Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk bersama-sama mendoakan agar ...
12/07/2026

Saya dengan rendah hati memohon mahasiswa dan staf Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk bersama-sama mendoakan agar Cik Raja Fadhilah binti Raja Ahmad diberikan kesembuhan dengan segera. Untuk makluman, Cik Raja Fadhilah telah mengalami kemalangan pada 3 Julai 2026 dan masih dalam rawatan.

Semoga dengan doa kita semua, beliau akan pulih dan dipermudahkan urusan. Amin.




umk1hati1jiwa

7 JULAI 2026💎 Melakar Sejarah, Membina Legasi: Pasukan Debat UMK Kini DigeruniAlhamdulillah, saya bersama YBhg. Dato’ Na...
08/07/2026

7 JULAI 2026

💎 Melakar Sejarah, Membina Legasi: Pasukan Debat UMK Kini Digeruni

Alhamdulillah, saya bersama YBhg. Dato’ Naib Canselor berpeluang bertemu mata dan bersembang santai meraikan Pasukan Debat UMK yang telah mengharumkan nama universiti dengan satu pencapaian yang amat membanggakan.

Sejak tahun 2024 hingga kini, Pasukan Debat UMK telah berjaya merangkul 12 kejuaraan, termasuk dua piala paling berprestij dalam arena debat universiti negara, iaitu Pertandingan Debat Diraja Antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) 2024 untuk kategori Bahasa Melayu dan Johan Keseluruhan Pertandingan Debat Alam Sekitar (DAS) antara Institut Pendidikan Tinggi (IPT) Ke-32 Tahun 2026

Lebih istimewa, kemenangan Juara pertandingan Debat Diraja Kategori Bahasa Melayu merupakan kejayaan sulung dalam sejarah penubuhan UMK. Sebuah pencapaian yang menjadi sejarah dan penanda aras baharu buat universiti.

Tidak terhenti di situ, Pasukan Debat UMK sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila untuk tahun ni kali pertama UMK menang Pertandingan Debat Alam Sekitar dengan memenangi Johan Keseluruhan, Saudara Haries dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik keseluruhan dan pendebat terbaik akhir.
Keputusan Johan, Pendebat Terbaik Keseluruhan dan Pendebat Terbaik Akhir dimenangi oleh orang yang sama hanya berlaku pada 12 tahun yang lepas, satu bukti bahawa kecemerlangan mereka bukanlah kebetulan, tetapi lahir daripada budaya kerja yang berdisiplin, latihan yang konsisten dan semangat untuk sentiasa menjadi yang terbaik.

Hari ini, UMK bukan lagi sekadar menyertai pertandingan. UMK telah muncul sebagai sebuah “kilang” yang melahirkan pendebat berkualiti, berkarisma dan berdaya saing sehingga mula digeruni oleh universiti-universiti awam lain. Nama UMK kini semakin dihormati setiap kali pertandingan debat berlangsung.

Kejayaan ini adalah hasil sinergi semua pihak. Di sebalik setiap piala yang dijulang, terdapat pengorbanan mahasiswa, komitmen jurulatih dan penasihat, pengurusan fakulti,sokongan padu pihak pengurusan universiti serta usaha tanpa jemu warga HEPA.

Suntikan semangat dan kata-kata nasihat daripada Dato’ Naib Canselor tentunya akan menaikkan lagi semangat barisan pendebat UMK.
Setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh mahasiswa, jurulatih, penasihat, alumni serta Pengarah TransLEAD yang telah bekerja keras membina legasi ini. Kejayaan ini adalah milik warga UMK.

Insya-Allah, semoga lebih banyak piala akan dibawa pulang, lebih banyak sejarah akan dilakar dan lebih ramai pemimpin masa depan akan lahir daripada pentas Debat UMK.

Tahniah Pasukan Debat UMK. Terus melakar sejarah. Terus mengangkat nama UMK.







[INFOGRAFIK] Pelajar Dari China Ramai Di Malaysia, Apa Sedang Berlaku?Kredit : FB Kementerian Pendidikan Tinggi
07/07/2026

[INFOGRAFIK] Pelajar Dari China Ramai Di Malaysia, Apa Sedang Berlaku?

Kredit : FB Kementerian Pendidikan Tinggi

[INFOGRAFIK] Pelajar Antarabangsa Di IPTA Malaysia: Apakah KPT ‘Khianati’ Anak Tempatan?
07/07/2026

[INFOGRAFIK] Pelajar Antarabangsa Di IPTA Malaysia: Apakah KPT ‘Khianati’ Anak Tempatan?

Address

Universiti Malaysia
Bachok
16300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TNC HEPA UMK RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to TNC HEPA UMK RASMI:

Shortcuts

Share