Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam

Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam Visi

”Membina organisasi yang berkualiti berteraskan warganegara yang berdisiplin, amanah dan beretika.”

PANTAI SENOK BAKAL DIPERKASA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN BACHOKBerita baik buat warga Bachok! Kementerian Pelancongan,...
12/08/2026

PANTAI SENOK BAKAL DIPERKASA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN BACHOK

Berita baik buat warga Bachok!

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) meneruskan komitmen memperkasa kemudahan pelancongan di Pantai Senok melalui perancangan projek menaik taraf kemudahan di bawah Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RP2, RMKe-13).

Lawatan kerja oleh Ketua Setiausaha MOTAC, YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, turut memberi tumpuan kepada aspek kualiti, keselesaan dan keselamatan kemudahan pengunjung.

Usaha ini pastinya menjadi perkembangan positif dalam memperkukuh potensi Pantai Senok sebagai salah satu destinasi pelancongan menarik di Bachok, di samping memberi manfaat kepada komuniti dan merancakkan ekonomi setempat. 🌴💚

📌 Bachok Bandar Pelancongan Islam
🌊 Memperkasa Destinasi, Memakmurkan Komuniti









BACHOK BIZ & FOOD FEST 2026 MERIAHKAN PASAR BANDAR BARU JELAWATBACHOK, 1 Ogos 2026 – Program Bachok Biz & Food Fest 2026...
12/08/2026

BACHOK BIZ & FOOD FEST 2026 MERIAHKAN PASAR BANDAR BARU JELAWAT

BACHOK, 1 Ogos 2026 – Program Bachok Biz & Food Fest 2026 telah berlangsung dengan meriah di Pasar Bandar Baru Jelawat, Bachok, sebagai satu platform bagi memperkukuh ekosistem keusahawanan, mempromosikan produk tempatan serta merancakkan aktiviti ekonomi masyarakat setempat.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YB Mejar (B) Dato’ Mohd Anizam bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan Negeri Kelantan.

Penganjuran Bachok Biz & Food Fest 2026 bukan sahaja memberi peluang kepada usahawan dan peniaga tempatan memperkenalkan produk serta perkhidmatan mereka, malah menjadi medium untuk memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, pemain industri dan komuniti.

Pelbagai aktiviti dan produk menarik turut diketengahkan sepanjang program, sekali gus memberikan pengalaman kepada pengunjung untuk membeli, menikmati dan menyokong produk tempatan.

Semoga penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan sebagai salah satu usaha menjadikan Bachok sebagai destinasi ekonomi dan keusahawanan yang lebih dinamik, selari dengan aspirasi Bachok Bandar Pelancongan Islam.

Beli Lokal • Sokong Usahawan • Semarak Ekonomi Bachok 💚









KENYATAAN SEBUT HARGA1. KERJA-KERJA PENANAMAN POKOK DAN PENCAHAYAAN BERKONSEPKAN “LAMAN SANTAI BAYU” DI PANTAI IRAMA, MA...
10/08/2026

KENYATAAN SEBUT HARGA

1. KERJA-KERJA PENANAMAN POKOK DAN PENCAHAYAAN BERKONSEPKAN “LAMAN SANTAI BAYU” DI PANTAI IRAMA, MAJLIS DAERAH BACHOK BANDAR PELANCONGAN ISLAM

OPERASI BERSEPADU MEMBANTERAS PERNIAGAAN TANPA LESEN (V**E) BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) DI KAWASAN MAJLIS DAERA...
30/07/2026

OPERASI BERSEPADU MEMBANTERAS PERNIAGAAN TANPA LESEN (V**E) BERSAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) DI KAWASAN MAJLIS DAERAH BACHOK

BACHOK, 28 Julai 2026 – Satu Operasi bersepadu Membanteras Perniagaan V**e dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Bachok BPI dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Kawasan Majlis Daerah Bachok. Operasi khas tersebut bermula dari jam 2.00 petang dan berakhir sepenuhnya pada jam 6.00 petang.

Operasi bersepadu yang dijalankan ini melibatkan kekuatan seramai 12 anggota penguatkuasa, gabungan mantap antara pegawai serta anggota polis dari IPD Bachok bersama pegawai penguat kuasa daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) MDBBPI.

Operasi ini merupakan sebahagian daripada tindakan berterusan pihak berkuasa tempatan dalam menguatkuasakan larangan terhadap penjualan/ pengedaran produk v**e selaras dengan arahan Kerajaan Negeri Kelantan yang mengharamkan sepenuhnya perniagaan v**e di semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.

Beberapa premis telah diperiksa dalam operasi tersebut dan Bahagian Penguatkuasaan MDBBPI turut mengeluarkan 2 kompaun atas kesalahan tiada lesen perniagaan di bawah peruntukan (UUK) 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian MDBBPI (Pindaan) 2025. Sebanyak 1095 kotak rokok elektronik, perasa, v**e dan catridge berjaya disita.

Pihak Majlis menegaskan bahawa operasi seperti ini akan dilaksanakan secara berkala dan berterusan bagi memastikan tiada pelanggaran peraturan serta demi memelihara kesejahteraan dan kesihatan masyarakat khususnya generasi muda.



**e

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Jom bersama-sama menjayakan Program Pengumpulan E-Waste & Minyak Masak Terpakai sempena Bachok Biz & Food Fest 2026! ♻️🌱...
28/07/2026

Jom bersama-sama menjayakan Program Pengumpulan E-Waste & Minyak Masak Terpakai sempena Bachok Biz & Food Fest 2026! ♻️🌱 Tukarkan barangan elektrik terpakai dan minyak masak kepada wang tunai. Ayuh kurangkan pencemaran, sokong ekonomi kitar semula dan pelihara alam sekitar.

1 Ogos 2026, Pasar Bandar Baru Jelawat. Jom sertai!

🎉 BACHOK BIZ & FOOD FEST 2026 KEMBALI MEMERIAHKAN BACHOK! 🎉Jom ramai-ramai bersama keluarga dan sahabat! 🍜🛍️🎶Pelbagai ju...
28/07/2026

🎉 BACHOK BIZ & FOOD FEST 2026 KEMBALI MEMERIAHKAN BACHOK! 🎉

Jom ramai-ramai bersama keluarga dan sahabat! 🍜🛍️🎶
Pelbagai jualan & pameran, makanan menarik, promosi istimewa, aktiviti keluarga serta hiburan kesenian tempatan menanti anda!

📅 29 Julai – 1 Ogos 2026 (Rabu – Sabtu)
⏰ 3.00 petang – 12.00 malam
📍 Pasar Bandar Baru Jelawat, Bachok

✨ TEROKAI • BELI • NIKMATI • SOKONG LOKAL

Ayuh datang beramai-ramai, sokong peniaga tempatan dan majukan ekonomi Bachok! ❤️

📣 SEMUA DIJEMPUT HADIR!

16 Julai 2026 - Bahagian Penguatkuasa Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDBBPI) telah melaksanakan Operasi ...
16/07/2026

16 Julai 2026 - Bahagian Penguatkuasa Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDBBPI) telah melaksanakan Operasi Menurunkan Iklan/Banner tanpa kebenaran di sekitar kawasan pentadbiran Majlis Daerah Bachok.

Operasi ini telah disertai oleh seramai tujuh (7) orang anggota penguat kuasa. Operasi dijalankan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan berkaitan pemasangan bahan iklan serta mengawal pemasangan banner tanpa kebenaran di kawasan awam.

Hasil operasi mendapati terdapat beberapa iklan/ banner yang dipasang tanpa kelulusan pihak majlis. Sebanyak enam puluh (60) keping iklan tanpa kebenaran telah berjaya diturunkan oleh pihak Majlis dibawah Undang - Undang Kecil 8 (1) Undang - Undang Kecil Iklan (MDBBPI) 2019

Bahagian Penguatkuasa MDBBPI akan meneruskan operasi pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan pentadbiran Majlis Daerah Bachok sentiasa teratur, bersih dan mematuhi peruntukan undang-undang kecil yang berkuat kuasa.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

14/07/2026
BACHOK- 12/7/2026, Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDBBPI) telah melaksanakan sat...
13/07/2026

BACHOK- 12/7/2026, Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDBBPI) telah melaksanakan satu operasi penguatkuasaan terhadap sebuah premis/kedai runcit yang beroperasi tanpa lesen dan ianya disyaki adalah milik warga asing di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus.

Hasil pemantauan mendapati premis berkenaan masih menjalankan aktiviti perniagaan tanpa memiliki lesen perniagaan yang sah daripada pihak majlis. Sebelum tindakan penguatkuasaan diambil, pemilik premis telah diberikan beberapa kali amaran lisan termasuk dikenakan kompaun sebanyak tiga (3) kali atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen. Walau bagaimanapun, pemilik premis masih gagal mematuhi arahan dan tidak mengambil tindakan untuk mendapatkan lesen perniagaan sebagaimana yang ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, pihak Unit Penguatkuasaan MDBBPI telah menjalankan tindakan sitaan dan rampasan terhadap barangan perniagaan di premis tersebut mengikut peruntukan undang-undang Kecil 3 Undang - Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian MDBBPI (Pindaan) 2025

Tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan bagi memastikan semua peniaga mematuhi peruntukan undang-undang serta syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDBBPI).

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

KENYATAAN SEBUT HARGA1.PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR(PPKB) PROGRAM BINA BAHARU RUMAH DI BANDAR FASA 2 TAHUN 2026 ...
01/07/2026

KENYATAAN SEBUT HARGA

1.PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR(PPKB) PROGRAM BINA BAHARU RUMAH DI BANDAR FASA 2 TAHUN 2026 BAGI HASNAH BINTI YACOB

2.PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR(PPKB) PROGRAM BINA BAHARU RUMAH DI BANDAR FASA 2 TAHUN 2026 BAGI NOR ELIZANEI BIN MAT NOR

Address

Majlis Daerah Bachok
Bachok
16300

Opening Hours

Monday 08:00 - 15:00
Tuesday 08:00 - 15:00
Wednesday 08:00 - 15:00
Thursday 09:00 - 13:00
Sunday 08:00 - 15:00

Telephone

+6097787636

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam:

Share