Ladang Rakyat DUN Tawang

Ladang Rakyat DUN Tawang aktiviti bersama rakyat

Selasa 25/8/26..Ajk ladang rakyat DUN Tawang telah mengadakan mesyuarat untuk program seterusnya.Kehadiran 100%Sempena b...
26/08/2026

Selasa 25/8/26..Ajk ladang rakyat DUN Tawang telah mengadakan mesyuarat untuk program seterusnya.Kehadiran 100%

Sempena bulan kelahiran junjungan besar saw kami iringi dengan selawat nabi

Moga program berjalan lancar seperti yang dirancang.





Isnin 24/8/26...Majlis usrah mingguan diganti dengan sambutan Maulidur rasul DUN Tawang yang mana penceramah jemputan ka...
26/08/2026

Isnin 24/8/26...Majlis usrah mingguan diganti dengan sambutan Maulidur rasul DUN Tawang yang mana penceramah jemputan kali ini Al fadhlil Ust Ilias bin Ahmad pensyarah Kias

Peserta ladang rakyat DUN Tawang telah menjadikan majlis itu sebagai sebahagian dari program tetap untuk setiap minggu

Disamping itu dapat juga kami menambahkan ilmu agama





17/08/2026

Sabtu 15/8/26...Bacaan yasin dan tahlil untuk insan tersayang yang telah tiada sebelum selawat nabi yang dipimpin oleh Adun Tawang YB ustaz Harun Ismail





Sabtu 15/8/26.... Pengerusi Bendahari dan Setiausaha ladang rakyat DUN Tawang bersama dengan adun Tawang YB Ustaz Harun ...
17/08/2026

Sabtu 15/8/26.... Pengerusi Bendahari dan Setiausaha ladang rakyat DUN Tawang bersama dengan adun Tawang YB Ustaz Harun Ismail pada majlis sambutan Maulidur rasul baru baru ni



Sabtu 15/8/26...YB Ustaz Harun Ismail telah menyampaikan saguhati kepada Timbalan Unit Keselamatan Sdr Ismail Yazid pada...
17/08/2026

Sabtu 15/8/26...YB Ustaz Harun Ismail telah menyampaikan saguhati kepada Timbalan Unit Keselamatan Sdr Ismail Yazid pada hari tersebut

Saguhati itu adalah sumbangan dari Pengarah Urusan dan moga pahala mengalir pada insan yang telah tiada




Sabtu 25/8/26.... Pengerusi Ladang Rakyat DUN Tawang telah menyampaikan cenderahati kepada YB Ustaz Harun Ismail sempena...
17/08/2026

Sabtu 25/8/26.... Pengerusi Ladang Rakyat DUN Tawang telah menyampaikan cenderahati kepada YB Ustaz Harun Ismail sempena sambutan Maulidur rasul




Sabtu 15/8/26...Ladang rakyat DUN Tawang telah mengadakan majlis sambutan Maulidur rasul merangkap Hari keluarga di Pant...
17/08/2026

Sabtu 15/8/26...Ladang rakyat DUN Tawang telah mengadakan majlis sambutan Maulidur rasul merangkap Hari keluarga di Pantai senok aka pulau Nami

Majlis diserikan dengan kehadiran YB Ust Harun Ismail bersama isteri.Majlis ini dimulai dengan ceramah Maulidur rasul yasin tahlil & selawat

Dengan sokongan padu dari peserta dan AJK ladang rakyat menjadikan majlis ini lebih meriah dan berjalan lancar disamping dapat mengeratkan hubungan antara semua peserta




Khamis 13/8/26....Antara ajk ladang rakyat Dun Tawang yang terlibat dalam gotong royong mempersiapkan tempat untuk majli...
13/08/2026

Khamis 13/8/26....Antara ajk ladang rakyat Dun Tawang yang terlibat dalam gotong royong mempersiapkan tempat untuk majlis sambutan Maulidur rasul nanti

Semua peserta ladang rakyat DUN Tawang dijemput hadir untuk sama ii memeriahkan sambutan itu nanti disamping dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kita

Untuk sambutan ini boleh diketogerikan sebagai Hari Keluarga ladang rakyat dun Tawang dan peserta digalakkan membawa pasangan dan anak masing ii





Isnin 10/8/26...Usrah mingguan tetap berjalan seperti biasa dengan penceramah bulanan iaitu Ustaz Dr Fakhrurazy Mohd Zin...
11/08/2026

Isnin 10/8/26...Usrah mingguan tetap berjalan seperti biasa dengan penceramah bulanan iaitu Ustaz Dr Fakhrurazy Mohd Zin dari lajnah tarbiah PAS Kelantan

Peserta ladang rakyat DUN Tawang selalu meluangkan masa dalam mencari ilmu keagamaan disamping dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara semua





Rabu 5/8/26....Sebagai menyantuni permohonan bantuan dari PKD DUN Jelawat peserta ladang rakyat DUN Tawang yang juga Set...
05/08/2026

Rabu 5/8/26....Sebagai menyantuni permohonan bantuan dari PKD DUN Jelawat peserta ladang rakyat DUN Tawang yang juga Setiausaha Sdr Amran Bin Hassan bersama kakitangan TNB kawasan membanting tulang sepanjang hari dalam gotong royong memotong pokok tumbang dan pokok ii yang berisiko di kg Tok Chong menghala ke SMK Teratak Pulai

Adun Jelawat YB Zameri Mat Nawang yang lebih mesra dengan sapaan Abe Yie juga turut turun padang dalam aktiviti pada hari ini

Peserta ladang rakyat DUN Tawang akan sama ii dalam misi kemasyarakatan tanpa mengira kawasan mana sekali.Bantuan tetap diberi selagi diperlukan





Address

Tawang
Bachok
16070

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ladang Rakyat DUN Tawang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ladang Rakyat DUN Tawang:

Shortcuts

Share