MARDI Bachok

MARDI Bachok MARDI Bachok merupakan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Ubi-Ubian di Malaysia (COE) yang terletak di Kg. Telong, Jalan Kandis.

Jaraknya ialah 12 km dari pekan Bachok dan 36 km dari Kota Bharu

Tel. 09-7787900

MARDI BERINOVASI

23/07/2026

LIVE : SEMINAR TEKNOLOGI PENGELUARAN TANAMAN DI TANAH BRIS (UBI-UBIAN DAN ROSEL) BERSEMPENA EKSPOTANI NEGERI KELANTAN 2026

PENCERAMAH : DR. ROSNANI BINTI ABDUL GHANI (PEGAWAI PENYELIDIK KANAN MARDI BACHOK)

23/07/2026

PERSEMBAHAN SILAT SEMPENA EKSPOTANI NEGERI KELANTAN

22/07/2026

📢 Jangan lupa janji temu kita! 23 Julai 2026,
Jam 11pagi!

Jom hadir ke Seminar Teknologi Pengeluaran Tanaman di Tanah BRIS dan tingkatkan pengetahuan bersama MARDI.

📌 Jika tidak berkesempatan hadir, Kami juga akan bersiaran LIVE di Facebook MARDI Bachok.

🎥 Saksikan perkongsian teknologi, tips serta ilmu bermanfaat secara langsung. Jangan lupa set peringatan dan ajak rakan-rakan untuk menonton bersama!

📅 Kami nantikan kehadiran anda. Jumpa di seminar atau di LIVE Facebook MARDI Bachok! ✨



22/07/2026

Saksikan demonstrasi secara langsung pelbagai teknologi pemprosesan makanan oleh MARDI.

Jom Singgah ke Reruai MARDI di Ekspo Tani Negeri Kelantan 2026!

📍Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu
🗓️22 - 25 Julai 2026

Jom singgah beramai-ramai!





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saudara kita, ...
16/07/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saudara kita, Muhammad Shahril Nizam bin Judin, warga MARDI Bachok, kini sedang menerima rawatan di Hospital Pakar USM, Kubang Kerian setelah disahkan menghidap penyakit kanser.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, mengangkat segala kesakitan yang ditanggung, memberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran kepada beliau serta ahli keluarga dalam menghadapi ujian ini.

Semoga segala urusan rawatan beliau dipermudahkan dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan ganjaran yang besar atas setiap ujian yang dihadapi serta mengembalikan beliau kepada kesihatan yang baik agar dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.

Marilah kita bersama-sama mendoakan:

"Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah penyakit ini, sembuhkanlah beliau. Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penyembuhan melainkan penyembuhan daripada-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit."

Semoga Allah SWT menerima segala doa dan amal kebajikan kita serta mengurniakan kesembuhan dan rahmat-Nya kepada saudara Muhammad Shahril Nizam bin Judin.




16/07/2026

EKSPO TANI DATANG LAGI!📢📢

Jom Singgah ke Reruai MARDI di Ekspo Tani Negeri Kelantan 2026!

📍Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu
🗓️22 - 25 Julai 2026
⏰10.00 pagi - 11.00 malam

Antara pengisian yang ada:

✨Pameran Teknologi Terkini daripada MARDI
👩🏼‍🍳Demonstrasi Teknologi Pemprosesan Makanan
📠Jualan produk MARDI, anak pokok durian, ubi
keledek, bawang merah MARDI & banyak lagi!
🎮Permainan interaktif untuk seisi keluarga
🐥Jualan anak ayam Saga (terhad 1,000 ekor)

Jumpa kami di Reruai MARDI!





LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMBAI, MELAKA KE MA...
02/07/2026

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMBAI, MELAKA KE MARDI BACHOK

Rabu; 1 Julai 2026 | MARDI Bachok telah menerima lawatan sambil pelajar Program Pendidikan Khas Intergrasi SMK Sungai Rambai, Melaka di bawah Kursus Agro Inspire Road to Kelantan - AIRtoKe ke MARDI Bachok.

Lawatan yang disertai oleh 29 orang pelajar, Seorang Guru Penolong Kanan dan 11 orang guru pengiring, PPM serta ibu bapa ini bertujuan di bawah Kursus Agro Inspire Road to Kelantan (AIRtoKe) . Rombongan mengambil peluang ke Plot Tanaman Ubi-ubian dan Tanaman Bawang Merah di MARDI Bachok, para pelajar didedahkan dengan pelbagai aspek agronomi iaitu kaedah penanaman, penjagaan tanaman, penyakit dan kawalan serangga, lepas tuai dan mekanisasi ladang.

Semoga lawatan ringkas dan padat ini dapat memberi nilai tambah kepada semua pelajar dan guru yang terlibat. Bagi pihak pengurusan MARDI Bachok, kami mengucapkan terima kasih kepada penganjur yang memilih Stesen MARDI Bachok sebagai lokasi lawatan sesi pembelajaran.








02/07/2026
Malaysia berjaya menghasilkan sejumlah 135.29 tan metrik bawang merah kecil sepanjang 2024 hingga 2025 dalam usaha untuk...
30/06/2026

Malaysia berjaya menghasilkan sejumlah 135.29 tan metrik bawang merah kecil sepanjang 2024 hingga 2025 dalam usaha untuk meningkatkan pengeluaran tempatan dan mengurangkan kebergantungan import
Tanaman ini





Malaysia berjaya menghasilkan sejumlah 135.29 tan metrik bawang merah kecil sepanjang 2024 hingga 2025 dalam usaha untuk meningkatkan pengeluaran tempatan dan mengurangkan kebergantungan import tanaman tersebut.


Address

Kg. Aur Telong, Jalan Kandis
Bachok
16310

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097787900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MARDI Bachok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share