Derma Organ

Call Directions Website Contact the organization

Derma Organ Pusat Transplan Kebangsaan (National Transplan Centre) Kementerian Kesihatan Malaysia Derma organ demi kehidupan.

Pusat Sumber Transplan Nasional (PSTN) ditubuhkan khas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan sokongan dan kerjasama Bahagian Perkembangan Perubatan bagi menyebarkan maklumat yang tepat, serta mempertingkatkan kesedaran dikalangan masyarakat mengenai pendermaan organ di Malaysia.

22/09/2026
𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍: “𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐊𝐔, 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓𝐈 𝐈𝐊𝐑𝐀𝐑𝐊𝐔”- 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐...
21/09/2026

𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍: “𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐊𝐔, 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓𝐈 𝐈𝐊𝐑𝐀𝐑𝐊𝐔”- 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
YBhg. Dato’ Dr. Mohd Azman bin Yacob, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), mewakili Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Minggu Kesedaran dan Pendermaan Organ (MKPO) Peringkat Kebangsaan 2026 di Mayang Mall, Terengganu.
Penganjuran MKPO 2026 bertemakan “Warisku, Hormati Ikrarku” membawa mesej bahawa hasrat seseorang untuk menderma organ selepas kematian merupakan satu ikrar kemanusiaan yang wajar dihormati dan dizahirkan melalui sokongan serta kefahaman keluarga.
Pemilihan Terengganu sebagai tuan rumah bukan sahaja mencerminkan komitmen KKM untuk memperluas kesedaran mengenai pendermaan organ ke seluruh negara, malah mengiktiraf pencapaian positif Terengganu yang menunjukkan peningkatan dan konsistensi dalam aktiviti pendermaan organ dan tisu sepanjang tahun 2026 sehingga kini.
Penganjuran ini merupakan antara usaha berterusan KKM dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendermaan organ, tisu dan sel sebagai satu bentuk sumbangan kemanusiaan yang mampu memberikan harapan, menyelamatkan nyawa dan meningkatkan kualiti kehidupan pesakit yang memerlukan pemindahan organ.
Data terkini International Registry on Organ Donation and Transplantation (IRODaT) merekodkan peningkatan jumlah penderma organ selepas kematian daripada 46 kes pada tahun 2024 kepada 48 kes pada tahun 2025.
Data IRODaT juga menunjukkan bahawa Malaysia telah berjaya melaksanakan 94 pemindahan buah pinggang, 9 pemindahan hati dan 1 pemindahan jantung daripada penderma selepas kematian pada tahun 2025.
KKM berharap agar semua pihak di setiap peringkat termasuk Pengarah Hospital, Ketua Jabatan, pakar klinikal serta semua pemegang taruh termasuk agensi seperti BOMBA, PDRM, JAKIM, Institusi Pendidikan, Badan Bukan Kerajaan, Pertubuhan dan lain- lain pihak agar menjadi ejen perubahan dalam membudayakan kesedaran pendermaan organ dan tisu di Malaysia.
Masyarakat diseru agar melihat pendermaan organ dan tisu bukan semata-mata sebagai keputusan peribadi, tetapi sebagai satu amanah kemanusiaan yang boleh memberikan peluang kehidupan baharu kepada mereka yang sedang menanti pemindahan organ.
Turut hadir YBrs. Dr. Nor Hayati binti Ibrahim, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM, YBhg. Dato’ Dr. Wan Abdul Rahim bin Wan Muhammad, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, merangkap Pengerusi Bersama Minggu Kesedaran Pendermaan Organ (MKPO) Peringkat Kebangsaan 2026, YBrs. Dr. Izzuna Mudla binti Mohamed Ghazali, Timbalan Pengarah, Bahagian Perkembangan Perubatan, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Minggu Kesedaran Pendermaan Organ (MKPO) Peringkat Kebangsaan 2026 dan YBrs. Dr. Mohd Syafiq Ismail bin Azman, Pengarah Pusat Transplan Nasional (NTC).

21/09/2026

Berita Al-Hijrah

Address

Bagan Lalang

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+601800889080

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Derma Organ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Derma Organ:

Shortcuts

Share