05/06/2026
05 Jun 2026 I 19 Zulhijjah 1447H
Menara FELDA
FELDA & ENCORP Jalin Kerjasama Projek Perumahan Kakitangan
FELDA dan ENCORP telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi melaksanakan projek perumahan kakitangan FELDA. Melalui kerjasama ini, ENCORP akan bertindak sebagai kontraktor utama untuk merekabentuk dan membina kediaman yang moden, selesa dan berkualiti, sekali gus meningkatkan kesejahteraan serta produktiviti warga kerja FELDA.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi FELDA; Yang Berbahagia Dato’ Dr. Suzana Idayu Osman, Pengarah Besar FELDA; Yang Berusaha Encik Yusmadi Mohd Yusoff, Pengerusi Encorp Berhad; serta barisan Ahli Lembaga, pengurusan kanan dan pegawai kanan FELDA, Encorp Berhad serta syarikat-syarikat kumpulan FELDA.
Kerjasama ini turut memanfaatkan pengalaman dan rekod prestasi ENCORP dalam pembangunan hartanah bagi memastikan pelaksanaan projek yang berkesan dan mampan.