14/08/2026
π° BERITA IPN: CERAMAH KEROHANIAN "IBRAH PERJALANAN DARI UJIAN KE KEMENANGAN" SUNTIK INSPIRASI WARGA IPN
SABAK BERNAM, 14 Ogos 2026 β Pagi yang penuh barakah pada hari Jumaat ini telah diimarahkan dengan penganjuran majlis ilmu, Ceramah Kerohanian bertajuk "Ibrah Perjalanan Dari Ujian Ke Kemenangan" anjuran Unit Pembangunan Kerohanian IPN.
Program yang berlangsung di Auditorium Sekendi, Blok B bermula jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi tadi telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga IPN.
Sesi perkongsian yang penuh bermakna ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Tn. Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Sepanjang dua jam sesi berlangsung, beliau telah mengupas secara mendalam tentang hikmah di sebalik setiap ujian yang diturunkan, dan bagaimana ketabahan menghadapi cabaran tersebut mampu memandu kita ke arah kejayaan dan kemenangan sejati, baik dalam kehidupan peribadi mahupun ketika menggalas amanah di tempat kerja.
Pihak pengurusan IPN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tn. Haji Jamali atas suntikan rohani yang sangat bermanfaat ini, serta tahniah kepada semua warga IPN yang hadir memberikan sokongan.
Semoga segala ilmu dan ibrah yang dikongsikan pada hari ini menjadi asbab kebaikan dan pencetus semangat untuk kita semua terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.