Perpustakaan Awam Bagan Serai

Perpustakaan Awam Bagan Serai Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perpustakaan Awam Bagan Serai, Library, Bagan Serai.

Perpustakaan Awam Bagan Serai merupakan salah satu daripada perpustakaan di bawah perbadanan kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan yang ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak Bil. 4 pada 22 Sept 1977 - pindaan Julai 2005

Buku Apa Lagi Kurangnya Aku di Mata Mereka membincangkan kesan hubungan yang tidak sihat antara ibu bapa dan anak, terut...
25/07/2026

Buku Apa Lagi Kurangnya Aku di Mata Mereka membincangkan kesan hubungan yang tidak sihat antara ibu bapa dan anak, terutama yang melibatkan sikap narsisistik. Penulis menerangkan bagaimana pengalaman tersebut boleh menjejaskan emosi, keyakinan diri dan kehidupan seseorang.

Bahasa yang digunakan mudah difahami dan disertakan dengan contoh situasi yang dekat dengan kehidupan. Selain menjelaskan masalah, penulis turut berkongsi cara untuk membina semula keyakinan diri dan mewujudkan hubungan yang lebih sihat.

Secara keseluruhannya, buku ini sesuai dibaca oleh remaja dan orang dewasa kerana memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan emosi serta menghargai diri sendiri.

JOM SINGGAH ke Perpustakaan Awam Cawangan Bagan Serai dan DAPATKAN BUKU INI !




Keceriaan terpancar di wajah kanak-kanak sepanjang aktiviti dijalankan.  Kanak-kanak berpeluang membuat aktiviti kreatif...
15/07/2026

Keceriaan terpancar di wajah kanak-kanak sepanjang aktiviti dijalankan. Kanak-kanak berpeluang membuat aktiviti kreatif dan interaktif!

Eksplorasi Warna : Seni Pasir Berwarna
Anak-anak menghasilkan karya seni menggunakan pasir berwarna dengan penuh teliti, aktiviti dapat meningkatkan koordinasi tangan dan mata serta merangsang daya imaginasi. Hasilnya, setiap karya yang dihasilkan unik dan penuh warna.

Ciptaan Ceria : Kraf tangan kreatif
Melalui pinggan dan cawan kertas , kanak-kanak berjaya menghasilkan kraf yang comel dan kreatif. Aktiviti ini menggalakkan mereka berfikir secara kreatif dan mengasah kemahiran motor halus kanak-kanak.

Misi Eksplorasi : Safari Mini Tersembunyi
Kanak-kanak teruja mencari dan mengenal pasti haiwan pada papan permainan. Aktiviti ini melatih daya pemerhatian , kemahiran menyelesaikan dalam suasana yang menyeronokkan !

Semoga setiap aktiviti yang dijalankan dapat memberi manfaat , pengalaman yang bermakna dan kenangan indah buat adik-adik.

TAHUKAH ANDA ... ?Rabu - 1 Julai  2026, 1 fakta untuk semua ..Fakta Hebat Library Of Congress- Kepanjangan rak buku: Jik...
01/07/2026

TAHUKAH ANDA ... ?

Rabu - 1 Julai 2026, 1 fakta untuk semua ..

Fakta Hebat Library Of Congress

- Kepanjangan rak buku: Jika semua rak buku di dalam perpustakaan ini disambung, panjangnya dianggarkan mencecah 838 batu 9 (sekitar 1,348 kilometer) iaitu hampir menyamai jarak pemanduan dari Johor Bahru sehingga ke Padang Besar, Perlis dan berpatah balik !!

-Bukan sekadar buku : Daripada ratusan juta koleksi tersebut, ianya merangkumi lebih 41 million buku bercetak , 75 juta manuskrip, 5.6 juta peta, dan berjuta-juta rakaman audio serta gambar sejarah .

Makluman penutupan sementara Perpustakaan Awam Cawangan Bagan Serai  pada 25 Jun 2026 (Khamis) sempena Majlis Anugerah P...
24/06/2026

Makluman penutupan sementara Perpustakaan Awam Cawangan Bagan Serai pada 25 Jun 2026 (Khamis) sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasa Dikenang Budi Disanjung Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk).

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARAπŸ“’πŸ“’Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih. 😊
16/06/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARAπŸ“’πŸ“’

Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih. 😊

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ke Taski Abim Bagan Serai, di Taski ABIM Az Zahra🌸AKTIVITI 1:PROJEK MINI KREATIF :...
11/06/2026

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan ke Taski Abim Bagan Serai, di Taski ABIM Az Zahra

🌸AKTIVITI 1:PROJEK MINI KREATIF : MENGHASILKAN BEG MINI

πŸ“š AKTIVITI 2: AKTIVITI LITERASI AWAL: Menghasilkan Penanda Buku Kreatif

Anak-anak telah berjaya menyiapkan aktiviti menghasilkan Beg Mini dengan penuh semangat dan kreativiti. Aktiviti ini memberi peluang kepada mereka untuk menghias, melipat dan menghasilkan beg mengikut idea serta imaginasi sendiri.

Anak-anak turut menyertai aktiviti menghasilkan Penanda Buku yang menarik dan berwarna-warni. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah dapat memupuk minat terhadap bahan bacaan sejak usia awal.

Melalui aktiviti ini, anak-anak dapat:
🌼 Mengembangkan kemahiran motor halus melalui aktiviti melipat beg kertas & menghias.
🌼 Meningkatkan koordinasi mata dan tangan semasa menggunakan bahan dan peralatan alat tulis dan bahan kraf.
🌼 Memupuk daya kreativiti dan imaginasi dalam menghasilkan karya yang menarik.
🌼 Melatih fokus, kesabaran dan keyakinan diri untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
🌼 Menggalakkan sikap berdikari dan bekerjasama bersama rakan-rakan.
🌟 Memupuk minat membaca dan menghargai buku sebagai sumber ilmu.
🌟 Melatih anak-anak supaya lebih teliti, fokus dan sabar dalam menyiapkan tugasan.

Syabas dan tahniah kepada semua anak-anak yang telah memberikan usaha terbaik!

Semoga aktiviti seperti ini dapat terus memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna buat anak-anak.

06/06/2026

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak mengucapkan Selamat Hari Pustakawan kepada Pustakawan dan warga perpustakaan di seluruh Malaysia.

Pernahkan kita membayangkan bagaimana rasanya hidup dalam ketakutan setiap hari? Bunyi letupan menjadi kebiasaan , kehil...
04/06/2026

Pernahkan kita membayangkan bagaimana rasanya hidup dalam ketakutan setiap hari? Bunyi letupan menjadi kebiasaan , kehilangan orang tersayang menjadi sebahagian daripada kehidupan, dan keselamatan hanyalah sebuah harapan.

Karya ini bukan sahaja menceritakan konflik, tetapi sebuah jendela yang membawa pembaca melihat sendiri penderitaan, keberanian dan ketabahan. Sebuah bacaan yang mampu membangkitkan rasa syukur, empati dan kesedaran dalam diri setiap pembaca.

Apa yang menjadikan buku ini istimewa adalah kemampuannya menyentuh hati tanpa perlu menggunakan bahasa yang berat. Ia sesuai dibaca oleh remaja mahupun orang dewasa.

"Kadangkala satu buku mampu mengubah cara kita melihat dunia. Penentang Penjajah adalah salah satunya ".




MAKLUMAN PENUTUPAN PERPUSTAKAANβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆPERPUSTAKAAN AWAM CAWANGAN BAGAN SERAI AKAN BEROPERASI...
30/05/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN PERPUSTAKAAN

β‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆβ‰ˆ
PERPUSTAKAAN AWAM CAWANGAN BAGAN SERAI AKAN BEROPERASI SEMULA SEPERTI BIASA
PADA : HARI RABU, 3 JUN 2026

πŸ“’ MAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI

Dimaklumkan bahawa Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak akan ditutup sempena Sambutan Hari Wesak dan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong seperti yang dinyatakan dalam hebahan.

Perkhidmatan yang akan dibuka pada 2 Jun 2026 (Selasa) adalah seperti berikut:
πŸ“ PK AEON Taiping
πŸ“ PK AEON Station 18
πŸ“ PK AEON Manjung
πŸ“ PK Klebang Ipoh

⏰ Waktu Operasi: 10.00 pagi – 7.00 petang

Segala kesulitan amat dikesali dan terima kasih atas kerjasama anda.

Address

Bagan Serai
34300

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Friday 09:00 - 12:15
14:45 - 17:30
Saturday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30

Telephone

+60102389505

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Awam Bagan Serai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category