APM Kerian

Call Directions Contact the organization

APM Kerian Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from APM Kerian, Public & Government Service, Pejabat APM Kerian, Bagan Serai.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Daerah Kerian
KSM 3(C), Jalan Taiping, 34300 Bagan Serai, Perak
(pejabat kami dibelakang Pejabat Pos, Bagan Serai, Perak)
05-7210426
[email protected]

SESI LIBAT URUS DAN PENARAFAN PASUKAN INSTITUSI PERTAHANAN AWAM (PISPA) TINGKATAN 6📅 Tarikh : 28hb Okt 2026 (Rabu)📍 Temp...
28/10/2026

SESI LIBAT URUS DAN PENARAFAN PASUKAN INSTITUSI PERTAHANAN AWAM (PISPA) TINGKATAN 6

📅 Tarikh : 28hb Okt 2026 (Rabu)
📍 Tempat : SMK Alang Iskandar, Bagan Serai, Perak

Sesi Libat Urus dan Penarafan PISPA Tingkatan 6 ini diadakan bagi membincangkan aspek pengurusan pasukan, modul latihan, pelaksanaan latihan, tahap kesiapsiagaan, kelengkapan serta pencapaian pasukan.

Sesi ini turut menjadi platform untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi serta merangka langkah penambahbaikan bagi memperkukuh pelaksanaan PISPA di sekolah.

Diharapkan kerjasama berterusan antara APM dengan pihak sekolah dapat melahirkan pegawai kadet yang berdisiplin, berkemahiran dan sentiasa bersedia menghadapi situasi kecemasan.

"SEDIA PANTAS BERINTEGRITI"..............................................................
Komuniti Kerian,
Jika anda menghadapi sebarang musibah, kecemasan, kemalangan, kecelakaan, bencana dan sebagainya segera hubungi talian kecemasan 999 atau hotline kami Pusat Kawalan Operasi Daerah Kerian +05-7210426.
Klik link tiktok APM Kerian di https://www.tiktok.com/ dan Jangan lupa follow page https://www.facebook.com/share/19owL7TSf4/?mibextid=wwXIfr
Zahid Hamidi
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Negeri Perak












27/10/2026
🚤 LATIHAN PENGENDALIAN BOT DAN KESELAMATAN DI AIR BERSAMA AGENSI PENGURUSAN BENCANA DAERAH KERIAN 🌊📅 26 Oktober 2026 (Is...
26/10/2026

🚤 LATIHAN PENGENDALIAN BOT DAN KESELAMATAN DI AIR BERSAMA AGENSI PENGURUSAN BENCANA DAERAH KERIAN 🌊

📅 26 Oktober 2026 (Isnin)
📍 Tasik Bukit Merah, Gunung Semanggol, Perak

Latihan ini dilaksanakan dengan kerjasama agensi keselamatan dan pengurusan bencana daerah, melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kerian.

🚨 OBJEKTIF LATIHAN
✅ Meningkatkan kemahiran pengendalian bot dan operasi menyelamat di air.
✅ Memperkukuh koordinasi dan kerjasama antara agensi.
✅ Meningkatkan kesiapsiagaan anggota dalam menghadapi bencana banjir.
✅ Memastikan operasi pemindahan dan penyelamatan mangsa dilaksanakan dengan cekap, selamat dan berkesan.

📢 SERUAN KEPADA KOMUNITI

Masyarakat setempat diseru agar sentiasa berwaspada, peka terhadap keadaan cuaca dan mematuhi arahan pihak berkuasa, khususnya ketika musim hujan dan banjir. Pastikan keselamatan diri serta keluarga sentiasa diutamakan, elakkan memasuki kawasan berbahaya dan jangan mengambil risiko di kawasan air deras atau banjir.

Marilah kita bersama-sama membudayakan kesiapsiagaan bencana, memperkukuh semangat kejiranan dan memainkan peranan sebagai komuniti yang prihatin serta bertanggungjawab. Keselamatan merupakan tanggungjawab bersama!

Semoga latihan ini dapat melahirkan anggota yang kompeten, berdisiplin dan sentiasa bersedia memberikan khidmat terbaik demi keselamatan masyarakat.

"SEDIA PANTAS BERINTEGRITI"..............................................................
Komuniti Kerian…
Jika anda menghadapi sebarang musibah, kecemasan, kemalangan, kecelakaan, bencana dan sebagainya segera hubungi talian kecemasan 999 atau hotline kami Pusat Kawalan Operasi Daerah Kerian +05-7210426.
Klik link tiktok APM Kerian di https://www.tiktok.com/ dan Jangan lupa follow page https://www.facebook.com/share/19owL7TSf4/?mibextid=wwXIfr
Zahid Hamidi
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Negeri Perak












26/10/2026
🚨 PROGRAM GENERASI MADANI (KITA) BERSAMA APM DAERAH KERIAN 🚨Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kerian berbes...
24/10/2026

🚨 PROGRAM GENERASI MADANI (KITA) BERSAMA APM DAERAH KERIAN 🚨

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kerian berbesar hati untuk terlibat dalam Program Generasi MADANI (KITA) anjuran Unit Kokurikulum SK Teluk Medan. 🇲🇾

📅 Tarikh: 24 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Tempat: Dewan SK Teluk Medan

💪 Aktiviti yang dijalankan:
🔥 Latihan Kawad Kaki
🧯 Latihan Kebakaran
🩹 Latihan Bantu Mula (CPR dan bantuan kecemasan)

Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada murid tentang ilmu keselamatan, kemahiran menyelamat dan pertolongan cemas, di samping memupuk keyakinan diri, disiplin serta semangat kerjasama dalam kalangan murid.

Semoga program ini dapat melahirkan generasi muda yang berilmu, berdisiplin, berdaya tahan dan sentiasa bersedia menghadapi situasi kecemasan.

"SEDIA PANTAS BERINTEGRITI"..............................................................
Komuniti Kerian…
Jika anda menghadapi sebarang musibah, kecemasan, kemalangan, kecelakaan, bencana dan sebagainya segera hubungi talian kecemasan 999 atau hotline kami Pusat Kawalan Operasi Daerah Kerian +05-7210426.
Klik link tiktok APM Kerian di https://www.tiktok.com/ dan Jangan lupa follow page https://www.facebook.com/share/19owL7TSf4/?mibextid=wwXIfr
Zahid Hamidi
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Negeri Perak












UJIAN KECERGASAN FIZIKAL (UKF) 2026 ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA DAERAH KERIAN BAGAN SERAI | 16 OKTOBER 2026 | JUMA...
16/10/2026

UJIAN KECERGASAN FIZIKAL (UKF) 2026 ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA DAERAH KERIAN
BAGAN SERAI | 16 OKTOBER 2026 | JUMAAT: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kerian telah mengadakan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) bertempat diperkarangan Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kerian.

Tujuan latihan ini dilakukan adalah untuk memastikan semua pegawai dan anggota berada dalam keadaan cergas, sihat serta berkemahiran sepanjang perkhidmatan bersama APM.

Terima kasih kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat.
"SEDIA PANTAS BERINTEGRITI"..............................................................
Komuniti Kerian...
Jika anda menghadapi sebarang musibah, kecemasan, kemalangan, kecelakaan, bencana dan sebagainya segera hubungi talian kecemasan 999 atau hotline kami Pusat Kawalan Operasi Daerah Kerian +05-7210426.
Klik link tiktok APM Kerian di https://www.tiktok.com/ dan Jangan lupa follow page https://www.facebook.com/share/19owL7TSf4/?mibextid=wwXIfr
Zahid Hamidi
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Negeri Perak












SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS 🧡Pihak Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Daerah (APM) Kerian dengan penuh sukacita ingi...
05/10/2026

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS 🧡

Pihak Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Daerah (APM) Kerian dengan penuh sukacita ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan selamat datang dan selamat bertugas kepada:
LT.M (PA) MUHAMMAD AIDIL ASRAF BIN ISMAIL

Semoga pelantikan beliau akan memberi semangat dan nafas baharu kepada pasukan serta dapat memperkasakan lagi penyampaian perkhidmatan pertahanan awam di daerah Kerian.

Seluruh warga APM Kerian bersedia memberikan sokongan penuh kepada Lt.M (PA) Muhammad Aidil Asraf.
Selamat berkhidmat demi kecemerlangan pasukan dan kesejahteraan komuniti! 💪

Ikhlas daripada:
Kapt. (PA) Mohd Zaki Bin Sueb
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kerian & Seluruh Warga APM Kerian.

"SEDIA PANTAS BERINTEGRITI"..............................................................
Komuniti Kerian…
Jika anda menghadapi sebarang musibah, kecemasan, kemalangan, kecelakaan, bencana dan sebagainya segera hubungi talian kecemasan 999 atau hotline kami Pusat Kawalan Operasi Daerah Kerian +05-7210426.
Klik link tiktok APM Kerian di https://www.tiktok.com/ dan Jangan lupa follow page https://www.facebook.com/share/19owL7TSf4/?mibextid=wwXIfr
Zahid Hamidi
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Negeri Perak












KUALA KURAU | 29 SEPTEMBER 2026 (SELASA)Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) telah menerima 1x panggilan kecemasan melalu...
29/09/2026

KUALA KURAU | 29 SEPTEMBER 2026 (SELASA)

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) telah menerima 1x panggilan kecemasan melalui NG 999 pada jam 07.06 pagi berhubung kes Kemalangan Jalan Raya (KJR) di Parit Haji Manan, Kuala Kurau.

Seramai 2x anggota LLP bersama 1x kenderaan CA 207 telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan tindakan bantuan kecemasan.

Setibanya di lokasi, anggota telah memberikan bantuan yang diperlukan dan seterusnya membawa 1x lelaki dewasa berbangsa Melayu ke Hospital Parit Buntar untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Status: Mangsa telah dibawa ke Hospital Parit Buntar.

"SEDIA PANTAS BERINTEGRITI"..............................................................
Komuniti Kerian…
Jika anda menghadapi sebarang musibah, kecemasan, kemalangan, kecelakaan, bencana dan sebagainya segera hubungi talian kecemasan 999 atau hotline kami Pusat Kawalan Operasi Daerah Kerian +05-7210426.
Klik link tiktok APM Kerian di https://www.tiktok.com/ dan Jangan lupa follow page https://www.facebook.com/share/19owL7TSf4/?mibextid=wwXIfr
Zahid Hamidi
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Negeri Perak












🇲🇾 PERKHEMAHAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT KADET SEKOLAH PERTAHANAN AWAM (UKP KASPA) DAERAH KERIAN TAHUN 2026 🇲🇾Telah berlang...
28/09/2026

🇲🇾 PERKHEMAHAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT KADET SEKOLAH PERTAHANAN AWAM (UKP KASPA) DAERAH KERIAN TAHUN 2026 🇲🇾

Telah berlangsung Perkhemahan Ujian Kenaikan Pangkat Kadet Sekolah Pertahanan Awam (UKP KASPA) Daerah Kerian Tahun 2026 pada 25 dan 26 September 2026 (Jumaat & Sabtu) bertempat di SMK Agama Kerian, Simpang Empat Semanggol, Perak.

Program ini melibatkan seramai 97 orang kadet KASPA dan dianjurkan oleh SMK Agama Kerian dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kerian.

Pelaksanaan UKP KASPA ini bertujuan untuk melahirkan kadet yang berdisiplin, berkemahiran, berdaya tahan, berkepimpinan serta mempunyai pengetahuan dan kecekapan dalam melaksanakan tugas asas Pertahanan Awam.

Sepanjang perkhemahan, para kadet diberikan pendedahan serta diuji dalam pelbagai kemahiran asas termasuk pengetahuan Pertahanan Awam, pertolongan cemas, kemahiran menyelamat, kawad kaki, ikatan dan simpulan, kecergasan fizikal, kepimpinan, kerjasama berkumpulan serta aspek keselamatan.

Program ini turut menjadi platform dalam membina keyakinan diri, semangat berpasukan, sikap bertanggungjawab dan disiplin dalam kalangan kadet KASPA sebagai persediaan untuk melaksanakan tugasan dengan lebih cekap dan berkesan.

👏 Tahniah dan syabas kepada semua kadet KASPA yang telah menyertai UKP KASPA Daerah Kerian Tahun 2026. Semoga segala ilmu, pengalaman dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta menjadi bekalan dalam membentuk generasi yang berdisiplin, cekap dan sentiasa bersedia membantu masyarakat.

"SEDIA PANTAS BERINTEGRITI"..............................................................
Komuniti Kerian…
Jika anda menghadapi sebarang musibah, kecemasan, kemalangan, kecelakaan, bencana dan sebagainya segera hubungi talian kecemasan 999 atau hotline kami Pusat Kawalan Operasi Daerah Kerian +05-7210426.
Klik link tiktok APM Kerian di https://www.tiktok.com/ dan Jangan lupa follow page https://www.facebook.com/share/19owL7TSf4/?mibextid=wwXIfr
Zahid Hamidi
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Negeri Perak












🏥 MAJLIS PERASMIAN HOSPITAL PARIT BUNTAR22 September 2026 | Hospital Parit Buntar, Perak Darul RidzuanSatu detik berseja...
22/09/2026

🏥 MAJLIS PERASMIAN HOSPITAL PARIT BUNTAR

22 September 2026 | Hospital Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan

Satu detik bersejarah telah berlangsung sempena Majlis Perasmian Hospital Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan, yang telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Turut berangkat Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim, serta Duli Yang Amat Mulia Raja Di-Hilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’Fifullah Shah.

Majlis turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia, dan YAB Dato’ Haji Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Perak, pegawai-pegawai kanan kerajaan serta tetamu jemputan.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kerian turut dijemput hadir bagi bersama-sama menyaksikan dan memeriahkan majlis perasmian yang penuh bermakna ini.

Perasmian Hospital Parit Buntar ini menjadi satu detik penting buat masyarakat Daerah Kerian dan kawasan sekitarnya, khususnya dalam memperkukuhkan kemudahan serta akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih menyeluruh.

Semoga Hospital Parit Buntar terus menjadi sebuah institusi kesihatan yang memberikan perkhidmatan berkualiti serta manfaat kepada seluruh masyarakat, selaras dengan usaha mempertingkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.

Daulat Tuanku.
Dirgahayu Tuanku. 👑🏥🇲🇾

"SEDIA PANTAS BERINTEGRITI"..............................................................
Komuniti Kerian…
Jika anda menghadapi sebarang musibah, kecemasan, kemalangan, kecelakaan, bencana dan sebagainya segera hubungi talian kecemasan 999 atau hotline kami Pusat Kawalan Operasi Daerah Kerian +05-7210426.
Klik link tiktok APM Kerian di https://www.tiktok.com/ dan Jangan lupa follow page https://www.facebook.com/share/19owL7TSf4/?mibextid=wwXIfr
Zahid Hamidi
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Negeri Perak












Address

Pejabat APM Kerian
Bagan Serai
34300

Telephone

05-7210439

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Kerian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to APM Kerian:

Shortcuts

Share

Nearby government services