POLIS Daerah Kerian

POLIS Daerah Kerian Supt. Jafri Bin Md Zain - Ketua Polis Daerah Kerian

21/08/2026

🏆⚽ KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA KPD KERIAN 2026 ⚽🏆

SATU PADANG • SATU SEMANGAT • SATU KELUARGA

Alhamdulillah, tirai Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Daerah Kerian 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh meriah dan semangat kesukanan. 🔥

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang bertanding atas semangat juang, disiplin dan sportiviti yang ditunjukkan sepanjang kejohanan. 👏⚽

🏆 JUARA: Bravo Siera FC
🥈 NAIB JUARA: Logistik FC
🥈 KETIGA : Buntar Cops Reborn

Lebih daripada sekadar mengejar kemenangan, kejohanan ini menjadi medan untuk mengeratkan ukhuwah, silaturahim dan semangat kekitaan dalam kalangan warga IPD Kerian.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini — urus setia, pegawai dan anggota, pengadil, pasukan bertanding serta semua penyokong yang hadir memberikan sokongan. 🙌

Menang atau kalah adalah adat pertandingan. Yang kekal adalah persahabatan dan semangat kekeluargaan. ❤️

🔥 SATU PADANG, SATU SEMANGAT, SATU KELUARGA! 🔥





NOTIS PENUTUPAN PENUH LALUAN FT147 (JALAN BAGAN SERAI – ALOR PONGSU – SELAMA)⛔️Perhatian kepada semua pengguna jalan ray...
18/08/2026

NOTIS PENUTUPAN PENUH LALUAN FT147 (JALAN BAGAN SERAI – ALOR PONGSU – SELAMA)

⛔️Perhatian kepada semua pengguna jalan raya!

Makluman mengenai penutupan penuh jalan bagi memberi laluan kepada Kerja-Kerja Pemasangan Bailey Bridge di Jambatan Sungai Ijok, Daerah Larut Matang dan Selama.

Maklumat penutupan adalah seperti berikut:

▶️Laluan Terjejas: Jalan Persekutuan FT147 (Jalan Bagan Serai – Alor Pongsu – Selama)

▶️Sektor/Jajaran: Dari Persimpangan Kubu Gajah hingga ke Persimpangan Jalan Changkat Lobak / Alor Pongsu

▶️Tarikh Berkuat Kuasa: 27 Ogos 2026 hingga 7 September 2026

▶️Jenis Penutupan: Penutupan Penuh (Semua Jenis Kenderaan)

⚠️ARAHAN & NASIHAT KEPADA PENGGUNA:

-Orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal.

-Sila gunakan laluan alternatif yang telah disediakan sepanjang tempoh penutupan ini.

-Patuhi semua papan tanda arah serta arahan petugas di lokasi kejadian.

-Segala kesulitan amatlah dikesali. Terima kasih atas kerjasama anda semua!

BRAVO SIERA FC DINOBATKAN JUARA KEJOHANAN BOLA SEPAK  PIALA KETUA POLIS DAERAH KERIAN 2026KERIAN, 16 Ogos 2026 – Kejohan...
16/08/2026

BRAVO SIERA FC DINOBATKAN JUARA KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA KETUA POLIS DAERAH KERIAN 2026

KERIAN, 16 Ogos 2026 – Kejohanan Bola Sepak IPD Kerian 2026 melabuhkan tirai dengan penuh meriah menerusi aksi perlawanan akhir antara Bravo Siera FC (Balai Polis Bagan Serai) dan Logistik FC (Bahagian Logistik IPD Kerian) yang berlangsung di Padang SMK Abu Bakar Al Baqir, petang tadi.

Perlawanan akhir berlangsung sengit dan penuh semangat kesukanan apabila kedua-dua pasukan mempamerkan aksi terbaik serta semangat juang yang tinggi dalam usaha merebut kejuaraan. Sokongan padu daripada warga IPD Kerian dan para penyokong turut memeriahkan suasana sepanjang kejohanan.

Hasil kejohanan menyaksikan Bravo Siera FC (Balai Polis Bagan Serai) berjaya dinobatkan sebagai Juara, manakala Logistik FC (Bahagian Logistik IPD Kerian) muncul sebagai Naib Juara. Buntar Cops Reborn FC (Balai Polis Parit Buntar) p**a berjaya menduduki tempat Ketiga.

Majlis penyampaian hadiah turut diserikan dengan kehadiran YDH Supt Jafri bin Md Zain - Ketua Polis Daerah Kerian, YDH DSP Wan Abdullah bin Wan Said - Timbalan Ketua Polis Daerah Kerian, Puan Masda binti Othman - Pengetua SMK Abu Bakar Al Baqir, Encik Nazirul Jamaluddin - Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bagan Serai, Tuan Haji Tajul Hasnan bin Omar - Setiausaha Kehormat PAFA mewakili Dato’ Sham bin Mat Sahat serta Puan Norma binti Che Ahmad - Pengerusi PERKEP Kerian.

Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat dan meningkatkan tahap kecergasan warga kerja, malah turut memperkukuhkan semangat setiakawan, kerjasama, disiplin dan ukhuwah dalam kalangan warga IPD Kerian.

Tahniah diucapkan kepada Bravo Siera FC (Balai Polis Bagan Serai) atas kejayaan bergelar juara. Syabas juga kepada Logistik FC (Bahagian Logistik IPD Kerian) dan Buntar Cops Reborn FC (Balai Polis Parit Buntar), serta semua pasukan yang telah memberikan komitmen dan saingan terbaik sepanjang kejohanan.

Menang dengan bergaya, kalah dengan bermaruah — semangat kesukanan terus menjadi budaya warga IPD Kerian.

"POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA"

SCAM ALERT | WASPADA PINJAMAN ATAS TALIAN TIDAK WUJUDDaerah Kerian merekodkan 2 kes penipuan pinjaman atas talian bagi t...
14/08/2026

SCAM ALERT | WASPADA PINJAMAN ATAS TALIAN TIDAK WUJUD

Daerah Kerian merekodkan 2 kes penipuan pinjaman atas talian bagi tempoh 03 hingga 09 Ogos 2026, melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM6,730.

Modus operandi melibatkan tawaran pinjaman mudah melalui media sosial dan aplikasi komunikasi sebelum mangsa diminta membuat bayaran pendahuluan, caj pemprosesan atau bayaran tambahan.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, membuat semakan sebelum membuat sebarang bayaran dan tidak berkongsi maklumat perbankan dengan pihak tidak dikenali.

Jika menjadi mangsa, bertindak segera:
• Hubungi NSRC di talian 997
• Hubungi pihak bank
• Buat laporan polis
• Simpan semua bukti transaksi dan perbualan

SEMAK SEBELUM PERCAYA. BERHENTI SEBELUM BAYAR.

HEBAHAN ORANG HILANGMohon kerjasama dan perhatian orang ramai.Pihak Polis Daerah Kerian sedang mengesan seorang remaja p...
12/08/2026

HEBAHAN ORANG HILANG

Mohon kerjasama dan perhatian orang ramai.

Pihak Polis Daerah Kerian sedang mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dan tidak p**ang ke rumah.

Nama: LEESANTHINI A/P PRAKASH
Umur: 17 Tahun 11 Bulan

Kali terakhir dilihat berada di kawasan Stesen Minyak BHP Simpang Lima, Perak pada 16 Mei 2026 sekitar jam 9.16 malam.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta menghubungi:

IPD Kerian : 05-7215222
Sjn Danny Anak Nong (Pegawai Penyiasat) : 012-3437797

Sebarang maklumat daripada orang ramai amat dihargai bagi membantu siasatan polis.

Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan semua.



SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KERIANKES ROGOL MELIBATKAN ADIK KANDUNGTindakan telah diambil dan OKT telah dihadapkan k...
11/08/2026

SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KERIAN

KES ROGOL MELIBATKAN ADIK KANDUNG

Tindakan telah diambil dan OKT telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Parit Buntar pada 11 Ogos 2026.

PDRM memandang serius kesalahan seksual dan akan terus mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat berkaitan mangsa.

PERAK QURAN HOURS 2026  - IPD KERIAN Kerian, 10 Ogos 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian telah melaksanakan Pro...
10/08/2026

PERAK QURAN HOURS 2026 - IPD KERIAN

Kerian, 10 Ogos 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian telah melaksanakan Program Perak Quran Hours 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, IPD Kerian.

Program ini turut dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Kerian, YDH Supt Jafri Bin Md Zain, Timbalan Ketua Polis Daerah Kerian, YDH DSP Wan Abdullah Bin Wan Said, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai serta pegawai dan warga IPD Kerian.

Program penghayatan Al-Quran bertemakan Surah Ar-Rahman ini bertujuan memperkasakan penghayatan Al-Quran serta memperkukuh nilai kerohanian dan integriti dalam kalangan warga PDRM.

“Memperkasa Rohani, Memperkukuh Integriti Bersama Al-Quran”





07/08/2026

NSRC DI BAWAH KDN PERKUKUH TINDAKAN PANTAS LINDUNGI MANGSA PENIPUAN DALAM TALIAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh usaha membanteras jenayah penipuan kewangan dalam talian menerusi National Scam Response Centre (NSRC) yang kini berada di bawah seliaan KDN. Melalui kerjasama strategik bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia, institusi kewangan dan agensi berkaitan, tindakan pantas dilaksanakan bagi mengesan, menyekat serta membekukan aliran dana mangsa sebelum wang dipindahkan atau dikeluarkan oleh sindiket.

“Setiap minit amat berharga dalam menangani penipuan kewangan dalam talian. Orang ramai perlu segera menghubungi talian 997 sebaik sahaja menyedari menjadi mangsa agar tindakan segera dapat diambil dalam tempoh golden hour.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri

Pendekatan golden hour, iaitu tempoh kritikal dalam 24 jam pertama selepas mangsa menyedari mereka telah diperdaya, menjadi elemen utama dalam meningkatkan keberkesanan tindakan NSRC. Dalam tempoh ini, penyelarasan pantas antara agensi membolehkan aliran dana dikesan dan dibekukan dengan lebih cepat, sekali gus meningkatkan peluang untuk mendapatkan semula wang mangsa.

KDN turut menggesa masyarakat supaya sentiasa berwaspada dengan membuat semakan terhadap setiap transaksi kewangan, tidak mudah terpedaya dengan tawaran yang terlalu lumayan atau mencurigakan serta bertindak segera dengan menghubungi talian 997 sekiranya menjadi mangsa penipuan kewangan dalam talian.

Kerajaan akan terus memperkukuh mekanisme pencegahan dan penguatkuasaan secara berterusan selaras dengan perubahan modus operandi sindiket penipuan, demi memastikan keselamatan kewangan rakyat sentiasa terpelihara.

Sumber:
Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Negara, Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas, 21 Julai 2026.

#997

HEBAHAN KESEDARAN JENAYAH KOMERSIL (SCAM) DAERAH KERIAN Minggu Kajian: 27 Julai 2026 – 2 Ogos 2026Sepanjang tempoh kajia...
05/08/2026

HEBAHAN KESEDARAN JENAYAH KOMERSIL (SCAM) DAERAH KERIAN

Minggu Kajian: 27 Julai 2026 – 2 Ogos 2026

Sepanjang tempoh kajian ini, Polis Daerah Kerian telah merekodkan:

• 2 kes Jenayah Komersil (Scam)
• Jumlah kerugian: RM6,565.00

Kategori kes:
• Penipuan Pelaburan
• Job Scam (Penipuan Tawaran Pekerjaan)

Nasihat Polis Daerah Kerian:
• Sentiasa berwaspada ketika berurusan secara dalam talian.
• Jangan mudah percaya dengan tawaran keuntungan yang terlalu lumayan.
• Berhati-hati dengan tawaran pekerjaan yang menjanjikan pendapatan tinggi dengan syarat yang meragukan.
• Lakukan semakan nombor telefon dan akaun bank sebelum membuat sebarang pembayaran.
• Jangan sesekali berkongsi maklumat perbankan atau kod TAC/OTP kepada mana-mana pihak.

Ingat:
• Semak sebelum percaya.
• Fikir sebelum membuat pembayaran.
• Pencegahan adalah benteng terbaik daripada menjadi mangsa scam.

Sebarkan hebahan ini kepada keluarga dan rakan-rakan agar lebih ramai masyarakat terhindar daripada jenayah komersil.






KUNJUNGAN HORMAT AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK) DAERAH KERIAN KE IBU PEJABAT POLIS DAERAH KERIAN (IPD KERIAN)KERIAN,...
05/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK) DAERAH KERIAN KE IBU PEJABAT POLIS DAERAH KERIAN (IPD KERIAN)

KERIAN, 5 Ogos 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kerian yang diketuai oleh Encik Akhtar Bazlan Bin Mohd Saimi, Ketua AADK Daerah Kerian, di Pejabat Ketua Polis Daerah Kerian.

Kunjungan hormat tersebut telah disambut oleh YDH Supt Jafri Bin Md Zain, Ketua Polis Daerah Kerian, bersama DSP Wan Abdullah Bin Wan Said, Timbalan Ketua Polis Daerah Kerian serta ASP Loganathan A/L Krishnan, KBSJND Kerian.

Sesi pertemuan memberi fokus kepada pengukuhan kerjasama strategik antara PDRM dan AADK dalam aspek pencegahan penyalahgunaan dadah, perkongsian maklumat, pelaksanaan program kesedaran serta usaha memperkasakan keselamatan komuniti. Turut hadir ialah wakil Penasihat Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Daerah Kerian.

Semoga jalinan kerjasama yang erat ini dapat terus diperkukuhkan demi mewujudkan masyarakat yang lebih selamat, sejahtera dan bebas daripada ancaman dadah.





Address

Batu 10 Bagan Serai
Bagan Serai
34300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when POLIS Daerah Kerian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share