JPS Daerah Kerian

JPS Daerah Kerian Jabatan Pengairan Dan Saliran Dearah Kerian. Merupakan sebuah organisasi kerajaan dalam menguruskan

-Latar Belakang JPS Daerah Kerian

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kerian terletak di Jalan Matang Buluh, Bagan Serai, Kerian, Perak Darul Ridzuan. Jabatan ini telah ditubuhkan pada tahun 1932 dan bertanggungjawab untuk melaksanakan projek-projek pembangunan sumber air khususnya dalam bidang Pengairan, Saliran dan Kejuruteraan Sungai. Operasi JPS meliputi penilaian sumber air, perancangan dan

rekabentuk kejuruteraan, pembinaan dan pengendalian dan penyenggaraan projek-projek berkaitan penggunaan air. Pada tahun 1986, tanggungjawab JPS dperluaskan kepada fungsi Kejuruteraan Pantai dan pada tahun 1992, JPS juga meliputi bidang Hidrologi dan Tebatan Banjir.


-Objektif JPS Kerian

Menyediakan dan membekalkan perkhidmatan kejuruteraan yang tidak berupaya dilaksanakan oleh golongan sasaran persendirian dan seterusnya menjamin pembangunan penggunaan tanah secara optimum dan pengurusan sumber air negara lebih cekap bagi memperbaiki kedudukan sosio ekonomi dan meninggikan pendapatan penduduk luar bandar, terutama pekebun-pekebun kecil dengan :-

Menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan dalam bidang pengairan dan saliran bagi membolehkan daya pengeluaran sawah-sawah dan pekebun-pekebun kecil ditingkatkan. Menyediakan kerja-kerja tebatan banjir dan mengurangkan kerosakan banjir di kawasan luar bandar dan melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir di kawasan bandar bagi pihak kerajaan tempatan. Memelihara sungai-sungai supaya berkeadaan sempurna dari segi mengekalkan kecekapan hidraulik sungai-sungai dan tebatan banjir . Mengumpul data-data hidrologi serta menilai sumber-sumber air dan mengedarkan data tersebut kepada pihak yang terlibat dalam bidang memaju dan menguruskan sumber-sumber air bagi tujuan masing-masing.

- Visi JPS Kerian

Menjadi sebuah organisasi bertaraf dunia menjelang 2010

- Misi JPS Kerian

Mengurus sumber air lembangan sungai, risiko banjir dan zon pantai bagi mencapai kelestarian alam sekitar dan peningkatan kualiti hidup

- Fungsi-fungsi Utama JPS Kerian

1) Pengairan dan Saliran Pertanian
2) Kejuruteraan Sungai
3) Kejuruteraan Pantai
4) Rancangan Tebatan Banjir
5) Saliran Bandar (MSMA)

Status Semasa Empangan Bukit MerahPesawah dinasihatkan untuk sentiasa mengunakan air dengan berhemah dan berjimat-cermat...
22/08/2026

Status Semasa Empangan Bukit Merah

Pesawah dinasihatkan untuk sentiasa mengunakan air dengan berhemah dan berjimat-cermat.

Notis Kesiapsiagaan Banjir daripada JPS Daerah Kerian bagi bulan Ogos 2026Warga Daerah Kerian disarankan untuk peka deng...
31/07/2026

Notis Kesiapsiagaan Banjir daripada JPS Daerah Kerian bagi bulan Ogos 2026

Warga Daerah Kerian disarankan untuk peka dengan keadaan cuaca semasa dan mengambil perhatian dengan notis yang dikeluarkan oleh agensi- agensi kerajaan yang berkaitan.

Notis Kesiapsiagaan Banjir daripada JPS Daerah Kerian bagi bulan Julai 2026Warga Daerah Kerian disarankan untuk peka den...
16/07/2026

Notis Kesiapsiagaan Banjir daripada JPS Daerah Kerian bagi bulan Julai 2026

Warga Daerah Kerian disarankan untuk peka dengan keadaan cuaca semasa dan mengambil perhatian dengan notis yang dikeluarkan oleh agensi- agensi kerajaan yang berkaitan.

16 Julai 2026 – Satu sesi taklimat berhubung status semasa Empangan Bukit Merah telah diadakan bersama Agensi Pengurusan...
16/07/2026

16 Julai 2026 – Satu sesi taklimat berhubung status semasa Empangan Bukit Merah telah diadakan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Malaysia.
​Sesi ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah NADMA Malaysia, YBhg. Dato' Meor Ismail bin Meor Akim. Pembentangan taklimat p**a telah disampaikan oleh Jurutera Daerah, Ts. Mohd Nor Hafiz bin Noor Azmi, bersama Jurutera, Ir. Ts. Mohamad Syamsul Hizham bin Sablee.
​Turut hadir ke sesi taklimat ini adalah Ketua Bahagian Sumber Air dan Hidrologi dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak, serta barisan wakil daripada Pusat Empangan Negara dan Bahagian Sumber Air dan Hidrologi, JPS Malaysia.
​Pada majlis yang sama, ucapan penghargaan turut dirakamkan kepada YBhg. Dato' Ketua Pengarah NADMA serta semua agensi yang terlibat atas keprihatinan dan kerjasama dalam menjayakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di kawasan tadahan Kolam Bukit Merah.

7 Jun 2026 - Kesan daripada sikap tidak bertanggungjawab pembakaran terbuka telah menyebabkan kerosakan dan ancaman kepa...
07/06/2026

7 Jun 2026 - Kesan daripada sikap tidak bertanggungjawab pembakaran terbuka telah menyebabkan kerosakan dan ancaman kepada masyarakat dan harta benda awam. Kebakaran telah berlaku telah menyebabkan kawasan hutan berhampiran struktur Alur Limpah Utara hangus disambar api. Orang awam diingatkan untuk individu yang melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.00 dan penjara maksima 5 tahun atau keduanya sekali mengikut Seksyen 29(A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Orang awam juga diingatkan, struktur-struktur empangan adalah sangat sensitif dan sekiranya berlaku kegagalan struktur ianya boleh mengakibatkan kemusnahan besar kepada kawasan yang lebih besar. Bersama-sama kita cakna dan sentiasa peka dalam memelihara kawasan ini demi kepentingan bersama.


16 Mei 2026 - Kesan limpahan air pasang besar luar biasa telah berlaku menyebabkan banjir di kawasan berhampiran Sungai ...
16/05/2026

16 Mei 2026 - Kesan limpahan air pasang besar luar biasa telah berlaku menyebabkan banjir di kawasan berhampiran Sungai Kurau. Antara kawasan penempatan yang terlibat adalah Kg Keramat, Kg Teluk, Ladang Jin Seng dan Kg Nibong Hangus. JPS daerah Kerian melalui taskforce bencana proaktif menyedia dan memasang sand bag bagi langkah sementara mengelakkan limpah berulang berlaku. Dijangkakan air pasang besar masih berlaku sehingga 21 Mei 2026. Orang awam disarankan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan

16/05/2026

Notis Kesiapsiagaan Banjir daripada JPS Daerah Kerian bagi bulan Mei 2026

Warga Daerah Kerian disarankan untuk peka dengan keadaan cuaca semasa dan mengambil perhatian dengan notis yang dikeluarkan oleh agensi- agensi kerajaan yang berkaitan.

04/05/2026

Address

Jalan Matang Buluh
Bagan Serai
34300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

05-7211715

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPS Daerah Kerian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share