Perpustakaan Kolej Komuniti Jempol

Perpustakaan Kolej Komuniti Jempol Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perpustakaan Kolej Komuniti Jempol, Government Organization, Taman Industri Mahsan, Bahau.

Perpustakaan Kolej Komuniti Jempol kini melangkah ke hadapan dengan penggunaan Sistem Keselamatan Keluar-Masuk (Barrier ...
24/07/2026

Perpustakaan Kolej Komuniti Jempol kini melangkah ke hadapan dengan penggunaan Sistem Keselamatan Keluar-Masuk (Barrier Gate) baharu yang menggantikan sistem terdahulu. Selain meningkatkan tahap keselamatan, sistem pintar ini turut berfungsi sebagai platform pengumpulan data strategik yang komprehensif bagi menyokong pengurusan perpustakaan berasaskan data.

Melalui sistem ini, pelbagai analisis dan laporan dapat dijana secara automatik, antaranya statistik penggunaan perpustakaan mengikut hari dan waktu puncak, kategori pelanggan, corak serta tingkah laku penggunaan, kadar kehadiran, dan trend kunjungan. Data yang diperoleh membolehkan pihak perpustakaan membuat keputusan yang lebih tepat dalam merancang perkhidmatan, mengoptimumkan penggunaan ruang, menambah baik pengalaman pengguna, serta merangka program dan inisiatif yang lebih berimpak sejajar dengan keperluan warga kolej.

Bagi memastikan sistem beroperasi dengan sempurna, Pengarah Kolej Komuniti Jempol, En. Amalulkhair bin Sarbini, bersama Timbalan Pengarah Pengurusan, Puan Nor Azawati binti Abu Talib telah melaksanakan sesi ujian pengoperasian (test run) sebaik sahaja proses pemasangan selesai. Ujian ini bertujuan mengesahkan setiap fungsi sistem beroperasi dengan lancar, memenuhi spesifikasi yang ditetapkan, serta bersedia untuk digunakan sepenuhnya oleh warga kolej.

Melangkah setapak lagi kehadapan...
24/07/2026

Melangkah setapak lagi kehadapan...

Program Jom Membaca Bersama 10 Minit peringkat kebangsaan merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan bagi memupuk budaya...
23/04/2026

Program Jom Membaca Bersama 10 Minit peringkat kebangsaan merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. Melalui program ini, peserta di seluruh negara meluangkan masa selama 10 minit untuk membaca bahan pilihan masing-masing secara serentak. Pelaksanaan aktiviti ini bertujuan menyemarakkan amalan membaca sebagai budaya harian, di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan ilmu dalam kehidupan.
Bagi tahun 2026, program yang bertemakan “Membaca Membina Bangsa” telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan seluruh warga Kolej Komuniti Jempol. Penganjuran program ini bertujuan memperkukuh budaya membaca serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan ilmu dalam kalangan pensyarah, kakitangan dan pelajar.
Antara pengisian utama program ialah aktiviti resensi buku. Melalui aktiviti ini, peserta dikehendaki membaca sebuah buku dan seterusnya menghasilkan ulasan ringkas berkaitan kandungan, tema serta pengajaran yang diperoleh. Aktiviti ini bukan sahaja membantu meningkatkan kefahaman terhadap bahan bacaan, malah turut mengasah kemahiran berfikir secara kritis serta keupayaan menyampaikan idea secara tersusun. Selain itu, perkongsian resensi buku memberi peluang kepada peserta lain untuk mengenali bahan bacaan baharu yang bermanfaat.
Turut diadakan ialah aktiviti sampingan seperti Teka Muka Surat Buku dan kuiz dalam talian yang berjaya menarik penyertaan aktif warga kolej.
Sesi pembacaan selama 10 minit telah dilaksanakan di Perpustakaan Kolej Komuniti Jempol dengan penglibatan para pelajar dan pensyarah bersama Timbalan Pengarah (Akademik), Ts. Jasman bin Esmon.

Lawatan khidmat nasihat dari Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan (BKNP) Perpustakaan Negara Malaysia 27 January 202...
28/01/2026

Lawatan khidmat nasihat dari Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan (BKNP) Perpustakaan Negara Malaysia

27 January 2026 Selasa
Jam : 11.30 pagi

Pegawai :
1. Encik Mohd. Fairuz bin Zakaria (Penolong Pengarah Kanan)
2.Puan Nur Dalila binti Zainal (Penolong Pustakawan)
3. Puan Nurulhiza Binti Jip (Pembantu Pustakawan)

*Terima Kasih kepada Timbalan Pengarah Pengurusan KKJNS Puan Hajah Nor Azawati Binti Abu Talib atas kesudian menyantuni lawatan ini bersama pegawai Perpustakaan Kolej Komuniti Jempol.

-Semoga dengan jalinan ini akan lebih memberi peransang untuk menambah baik perkhidmatan..

19 Disember 202528 Jamadilakhir 1447 Hijri
19/12/2025

19 Disember 2025
28 Jamadilakhir 1447 Hijri

Salam Jumaat 🌙

Orang yang benar-benar hebat ialah mereka yang tetap tabah menghadapi ujian, walaupun kelihatan tenang di mata orang lain. Semoga hari Jumaat ini menjadi ruang untuk kita memperkukuh iman, memperbanyak doa dan saling mendoakan kebaikan.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan hati sentiasa diberi ketenangan.





Address

Taman Industri Mahsan
Bahau
72100

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Kolej Komuniti Jempol posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Kolej Komuniti Jempol:

Shortcuts

Share