Wanita UMNO Jempol

Wanita UMNO Jempol Berbakti utk Agama, Bangsa dan Negara bagi kesinambungan kecemerlangan perpaduan Masyarakat Majmuk Malaysia.

03/08/2026

Di sebalik sebuah kemenangan, tersimpan ribuan langkah perjuangan.

Bermula dengan Jelajah Media Wanita, gerak kerja Jalinan Rakyat, kajian sikap pengundi, mesyuarat, program kemasyarakatan, ceramah, ziarah, perjumpaan dan pelbagai lagi usaha yang dilaksanakan tanpa mengenal penat dan lelah.

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, segala pengorbanan masa, tenaga dan keringat akhirnya membuahkan hasil apabila gabungan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional berjaya memperoleh kemenangan dua pertiga di Negeri Sembilan.

Kemenangan ini bukan milik individu, tetapi milik seluruh jentera, petugas, sukarelawan, penyokong dan para pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada BN/PN.

Terima kasih kepada semua yang bertungkus-lumus dari hari pertama sehingga hari pengundian. Semoga amanah yang diberikan oleh rakyat akan dipikul dengan penuh integriti, keikhlasan dan tanggungjawab demi kemajuan Negeri Sembilan.

Perjuangan tidak berakhir di sini. Kemenangan ini adalah permulaan kepada amanah yang lebih besar.
Tahniah BN/PN! Terus berkhidmat untuk agama, bangsa, negeri dan negara.

🤲 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.Majlis Bacaan Yaasin dan Tazkirah anjuran Wanita UMNO Bahagian Jempol telah ...
31/07/2026

🤲 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.

Majlis Bacaan Yaasin dan Tazkirah anjuran Wanita UMNO Bahagian Jempol telah berlangsung dengan penuh keberkatan di PDM Kg Serting Tengah.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato' Nik Noraini binti Nik Yahya, bonda kepada YBhg. Datuk Dr. Asyraf Wadji bin Dato' Hj Dusuki, selaku Tetamu Jemputan Kehormat.
Turut hadir isteri calon Perikatan Nasional DUN Serting bersama wanita-wanita UMNO cawangan dalam DUN Serting yang memberikan komitmen dan sokongan padu terhadap penganjuran majlis ilmu ini.

Sepanjang hampir dua jam, para hadirin kekal setia di tempat duduk mengikuti bacaan Yaasin, zikir dan tazkirah dengan penuh khusyuk dan tertib. Semoga setiap ayat suci yang dibacakan, setiap zikir yang dilafazkan dan setiap ilmu yang disampaikan menjadi asbab turunnya rahmat, keberkatan serta petunjuk daripada Allah SWT.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuhkan dan segala usaha kita sentiasa dipermudahkan oleh Allah SWT.

"Ilmu Menyempurnakan Iman."

31/07/2026
🤲🌸 Majlis Bacaan Yassin Perdana & Doa Munajat Akifi 🌸🤲Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kelancaran Majlis B...
31/07/2026

🤲🌸 Majlis Bacaan Yassin Perdana & Doa Munajat Akifi 🌸🤲

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kelancaran Majlis Bacaan Yassin Perdana & Doa Munajat Akifi anjuran bersama Wanita Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YB Dato' Noraini - Ketua Wanita UMNO Malaysia, Menteri Perladangan dan Komoditi, Ketua Muslimat PAS Malaysia bersama barisan jawatankuasanya. Turut hadir YBhg. Datin Seri Utama Anggraini, isteri kepada Tan Sri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua-ketua Wanita Bahagian, Ahli Jawatankuasa serta ahli-ahli wanita dari pelbagai cawangan.

Semoga bacaan Yassin, doa munajat dan ikatan ukhuwah yang terjalin menjadi asbab turunnya rahmat, keberkatan dan pertolongan Allah SWT. Moga segala usaha yang dilaksanakan dipermudahkan, dipelihara daripada segala fitnah serta dikurniakan kejayaan yang membawa manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

"Dan bertolong-tolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa." (Surah Al-Ma'idah: 2)
Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita dan mengurniakan keberkatan buat semua.

🌸 Hi Tea Wanita PN & BN: Kukuhkan Perpaduan, Menang Bersama! 🌸Alhamdulillah, program Hi Tea Wanita PN & BN telah berlang...
30/07/2026

🌸 Hi Tea Wanita PN & BN: Kukuhkan Perpaduan, Menang Bersama! 🌸

Alhamdulillah, program Hi Tea Wanita PN & BN telah berlangsung dalam suasana penuh harmoni, mesra dan semangat kekeluargaan.

Program ini menghimpunkan Ketua-ketua Muslimat PAS di peringkat daerah dan negeri, Ketua Wanita UMNO Bahagian Jempol, Ahli Jawatankuasa Wanita serta Ketua-ketua Wanita Cawangan UMNO Bahagian Jempol.

Pertemuan ini menjadi wadah untuk mengeratkan ukhuwah, membina persefahaman serta memperkukuhkan kerjasama antara Wanita UMNO dan Muslimat PAS di pelbagai peringkat demi matlamat yang sama.

Semoga jalinan silaturahim yang terjalin akan terus diperkukuhkan dan menjadi asas kepada kesatuan yang lebih utuh, seterusnya membawa kejayaan bersama.

"Bersatu • Berkhidmat • Menang Bersama"

Ketua Wanita UMNO Bhgn Jempol bersama dlm Program Ramah Mesra Hawa Malaysia bersama Wanita PDM Taman Jaya.Tetamu jemputa...
29/07/2026

Ketua Wanita UMNO Bhgn Jempol bersama dlm Program Ramah Mesra Hawa Malaysia bersama Wanita PDM Taman Jaya.
Tetamu jemputan Ybhg Datin Seri Hjh Hamidah - isteri kepada TPM. Turut bersama Ybhg Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil - Pengerusi Hawa Malaysia.

Antara pengisiannya adalah Ziarah Kasih - melawat penghuni yg kurang sihat.

Sempat juga beliau ke Palong 1 untuk sama2 mengacau ponganan.

Terima kasih Bonda dan Tok Jat krn sudi beramah mesra dgn warga DUN Jeram Padang.

Majlis Perasmian Konvensyen Pekebun Kecil Risda Peringkat Zon Tengah Tahun 2026.Dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad...
28/07/2026

Majlis Perasmian Konvensyen Pekebun Kecil Risda Peringkat Zon Tengah Tahun 2026.

Dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi. Timbalan Perdana Menteri yg juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah.

Tahniah kepada penerima anugerah.

Address

Wisma UMNO
Bahau
72100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita UMNO Jempol posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Wanita UMNO Jempol:

Shortcuts

Share