Pas Kawasan Pagoh

Pas Kawasan Pagoh Membangun bersama Islam. Laman ini diwujudkan untuk memberi maklumat kepada pengundi-pengundi di kawasan Pagoh P 143 khasnya dan seluruh rakyat Malaysia umumnya

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พKemerdekaan bukan sekadar bebasnya sebuah tanah air, tetapi amanah untuk kita terus...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Kemerdekaan bukan sekadar bebasnya sebuah tanah air, tetapi amanah untuk kita terus mempertahankan agama, kedaulatan negara dan keharmonian rakyat.

Semoga Malaysia terus dikurniakan keamanan, kesejahteraan dan keberkatan buat seluruh rakyat. ๐Ÿคฒ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

ุงู„ุฅูุณู’ู„ูŽุงู…ู ู‚ููŠูŽุงุฏูŽุฉูŒุŒ ุงู„ุฃูู…ูŽู‘ุฉู ูˆูŽุงุญูุฏูŽุฉูŒุŒ ู…ูŽุงู„ููŠุฒููŠูŽุง ู…ูุจูŽุงุฑูŽูƒูŽุฉูŒ
Islam Memimpin, Ummah Bersatu, Malaysia Berkat

Selamat Hari Kemerdekaan!
Daripada PAS Kawasan Pagoh ๐Ÿ’š๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

MUNGKIN KITA TIDAK MAMPU MENYUMBANG BESAR, tetapi jangan pandang kecil sebuah infaq yang Allah pandang besar. ๐Ÿ’šAlhamduli...
27/08/2026

MUNGKIN KITA TIDAK MAMPU MENYUMBANG BESAR, tetapi jangan pandang kecil sebuah infaq yang Allah pandang besar. ๐Ÿ’š

Alhamdulillah, usaha untuk memiliki Bangunan Pejabat PAS Kawasan Pagoh kini semakin hampir menjadi kenyataan.

Tinggal sedikit lagi! ๐Ÿคฒ

Kami merayu sahabat-sahabat, ahli, penyokong dan seluruh masyarakat untuk bersama-sama membantu melengkapkan dana pembelian bangunan ini.

Insya-Allah, setiap ringgit yang diinfaqkan akan dimanfaatkan bagi memperkukuhkan gerak kerja dakwah, kebajikan dan khidmat kepada masyarakat.

๐Ÿฆ Dana Pembangunan Wakaf Tanah & Kompleks Pagoh
Agro Bank
No. Akaun: 1007-5720-0000-0560
๐Ÿ“ Remarks: InfaqBangunan

๐Ÿ“ฒ Slip transaksi boleh dihantar kepada:
Ustazah Fariza โ€“ 017-732 1241

Tak mampu banyak, sedikit pun sangat bermakna.
RM10, RM20, RM50โ€ฆ bila kita bersama, insya-Allah kita mampu menyempurnakannya.

๐Ÿ’š Sedikit daripada kita, besar manfaatnya untuk perjuangan ummah.

Jom INFAQ & SHARE. Semoga menjadi saham akhirat dan sedekah jariah buat kita semua. ๐Ÿคฒ

24/08/2026
Alhamdulillah. Pagoh juga hadir.
16/08/2026

Alhamdulillah. Pagoh juga hadir.

LIQA FIQRI SIRI 2 | MEMPERTEGUH KEPIMPINAN ULAMA: MENDEPANI CABARAN BERNEGARA8 OGOS 2026Alhamdulillah, PAS Kawasan Pagoh...
08/08/2026

LIQA FIQRI SIRI 2 | MEMPERTEGUH KEPIMPINAN ULAMA: MENDEPANI CABARAN BERNEGARA
8 OGOS 2026

Alhamdulillah, PAS Kawasan Pagoh berkesempatan bersama dalam sesi taujihat dan pembentangan kertas kerja oleh Presiden PAS, YB Tan Sri Datoโ€™ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang serta Naib Presiden PAS, YB Datuk Ustaz Haji Idris Ahmad sempena Program Liqa Fiqri Siri 2 yang berlangsung di Hotel Tenera, Bangi.

Kehadiran hampir 2,000 pimpinan PAS dari seluruh kawasan membuktikan bahawa PAS terus subur dengan gerakan tarbiah, pengukuhan fikrah serta usaha membina kesatuan pemikiran antara pimpinan dan ahli.

Liqa Fiqri yang diadakan setiap tahun menjadi medan penting untuk mencambah pemikiran, memperkukuh kefahaman serta membincangkan isu dan permasalahan semasa melalui pembentangan dan perkongsian pimpinan utama parti.

Insya-Allah, segala dapatan, pandangan dan penyelesaian yang dibincangkan akan dibawa pulang untuk diperluaskan ke peringkat kawasan dan cawangan.

Kesatuan fikrah melahirkan kesatuan amal.
Faham bersama, bergerak bersama, istiqamah bersama.





MESYUARAT AJK PAS KAWASAN PAGOH๐Ÿ“… 5 Ogos 2026 (Rabu)Alhamdulillah, selesai Mesyuarat AJK PAS Kawasan Pagoh malam ini.Sele...
05/08/2026

MESYUARAT AJK PAS KAWASAN PAGOH
๐Ÿ“… 5 Ogos 2026 (Rabu)

Alhamdulillah, selesai Mesyuarat AJK PAS Kawasan Pagoh malam ini.

Selepas masing-masing bertungkus-lumus bertugas sepanjang PRN-16 Johor dan membantu PRN-16 Negeri Sembilan, semangat perjuangan tetap subur. Tiada istilah penat dalam berkhidmat untuk Islam dan masyarakat.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kekuatan, keikhlasan dan istiqomah kepada seluruh saf kepimpinan serta para petugas dalam memikul amanah ini.

Bekerja kerana Allah, berkhidmat untuk ummah.

BERKAT PRIHATIN SEJAHTERA

01/08/2026

11 Calon. Satu Tekad. Demi Negeri Sembilan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Semoga ALLAH SWT mengurniakan kekuatan, keikhlasan dan kemenangan kepada seluruh calon Perikatan Nasional yang akan membawa amanah rakyat dalam PRN Negeri Sembilan 2026. Barisan 11 calon PN telah diumumkan bagi menghadapi pilihan raya negeri yang berlangsung hari ini.

Insya-Allah, pilihlah calon yang berintegriti, berkhidmat untuk rakyat serta membawa politik yang bersih, prihatin dan beramanah.

Undilah Perikatan Nasional.
Bersama kita bina Negeri Sembilan yang lebih sejahtera, makmur dan diberkati.

Selamat mengundi kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan.
Semoga ALLAH SWT mempermudahkan segala urusan dan mengurniakan keputusan yang terbaik buat agama, bangsa dan tanah air.

01/08/2026

Esok, rakyat Negeri Sembilan akan membuat pilihan.

Ia bukan sekadar hari untuk memilih calon, tetapi hari untuk menentukan arah tuju negeri bagi tempoh lima tahun akan datang.

Gunakanlah hak mengundi dengan penuh tanggungjawab dan kebijaksanaan. Setiap undi yang diberikan adalah amanah yang akan membentuk corak pentadbiran, memacu pembangunan ekonomi serta menentukan kesejahteraan rakyat pada masa hadapan.

Saya mendoakan agar proses pengundian berjalan dengan lancar, aman dan harmoni.

Insha-Allah, dengan tekad dan muafakat, Perikatan Nasional bersama rakan-rakan Muafakat Nasional bersedia memikul amanah untuk menerajui sebuah pentadbiran yang berintegriti, stabil, berwawasan serta sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.

Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah dan mengurniakan yang terbaik buat Negeri Sembilan.



Address

Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pas Kawasan Pagoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pas Kawasan Pagoh:

Shortcuts

Share