Angkatan Muda Keadilan - Cabang Bera

Angkatan Muda Keadilan - Cabang Bera This is the official page of Angkatan Muda KEADILAN Negeri Pahang Cabang Bera KEPERCAYAAN DAN RUANG KEPADA ANAK MUDA UNTUK MENYUMBANG MELALUI KEADILAN.

Sebelum bertukar nama menjadi Angkatan Muda Keadilan sayap pemuda ini bergerak dengan nama Pemuda Keadilan Nasional dan dilancarkan pada masa yang sama Parti Keadilan Nasional dilancarkan iaitu pada 4 April 1999 oleh Presiden Parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di Hotel Reinassance, Kuala Lumpur. Ketua Pemuda yang pertama merupakan Sdr. Ezam Mohd Nor dan pada peringkat awalnya, Pemuda Keadilan

mengambil peranan sebagai penggerak, penyedar, dan pendesak perubahan terhadap kepincangan sistem penghakiman dan ketidakadilan atas penghukuman penjara Dato Seri Anwar Ibrahim. Pemuda Keadilan pada masa itu mengambil langkah agresif, meluahkan perasaan melalui demonstrasi jalanan, ceramah penerangan dan pelbagai cara untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penghukuman politik dan fitnah ke atas Bekas Timbalan Perdana Menteri pada masa itu. Pemuda Keadilan juga konsisten menganjurkan demonstrasi jalanan bersama Gerakan Bebas Anwar (GBA) pada 14 April setiap tahun untuk memperingati tarikh Dato Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan. Demonstrasi yang lebih dikenali dengan nama “Black 14” berjaya mengumpulkan puluhan ribu rakyat Malaysia berbilang bangsa dan umur untuk mendesak kebebasan Dato Seri Anwar Ibrahim. Pada siri demonstrasi “Black 14” tahun 2000, kerajaan telah melakukan tangkapan ke atas beberapa pimpinan Pemuda Keadilan untuk melemahkan semangat sayap pemuda ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pada tahun 2004, hasil penggabungan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia yang mempunyai kesinambungan perjuangan dengan perjuangan kemerdekaan progresif tanah air menerusi AMCJA-PUTERA, sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat diberi nama Angkatan Muda Keadilan. Selain itu, keanggotaan AMK adalah automatik kepada semua anggota parti, lelaki mahupun wanita, bawah 40 tahun. KEADILAN dan AMK mendapat suntikan semangat dengan pembebasan Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun yang sama. Tiga tahun kemudian Sdr. Shamsul Iskandar Md Akin dipilih menjadi Ketua AMK. Sdr. Shamsul telah menumpukan ke arah pembinaan akar umbi AMK selepas Sdr. Ezam meninggalkan KEADILAN. Hasil proses ini, pada pilihan raya umum 2008, ramai calon-calon AMK daripada pelbagai kaum dan latarbelakang menjadi wakil rakyat. KEADILAN telah meluluskan pindaan Perlembagaan parti pada Kongres Khas 2010 di mana had umur AMK diturunkan daripada 40 kepada 35 tahun untuk dilaksanakan dalam pemilihan parti yang berikutnya. Pada pilihan raya 2013, Ketua AMK telah menewaskan mantan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dan menjadi Ahli Parlimen Bukit Katil. Pada pemilihan parti 2014 yang memakai had umur baru, Sdr. Nik Nazmi Nik Ahmad dipilih menjadi Ketua AMK. Barisan kepimpinan AMK baru menekankan isu kepimpinan pelbagai bakat, latihan akar umbi dan AMK sebagai suara rakyat. AMK telah memainkan peranan utama dalam kempen Rakyat Hakim Negara untuk kes fitnah 2 Dato Seri Anwar dan yang menuntut pembebasan Anwar, Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak berundur dan pemansuhan cukai GST.

14/08/2026
10/08/2026

Selamat Hari Lahir Boss. Terus kuat demi Negara Tercinta! We Love You Mr. President Anwar Ibrahim

Selamat menyambut HARI KEADILAN RAKYAT diucapkan kepada seluruh anggota yang teguh setia bersama perjuangan parti sejak ...
03/08/2026

Selamat menyambut HARI KEADILAN RAKYAT diucapkan kepada seluruh anggota yang teguh setia bersama perjuangan parti sejak hari pertama hinggalah hari ini.

Semoga sambutan ulang tahun ke-23 ini terus mengeratkan ikatan perpaduan kita di semua peringkat parti, seterusnya menjadi obor kejayaan pada masa mendatang.


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bera, Pahang turut hadir memberikan sokongan penuh kepada calon Pakatan Harapan DUN N...
27/06/2026

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bera, Pahang turut hadir memberikan sokongan penuh kepada calon Pakatan Harapan DUN N14 Bukit Naning, Saudara Md Ysahrudin Kusni, sempena Majlis Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Kehadiran ini melambangkan semangat solidariti, kebersamaan dan komitmen seluruh jentera KEADILAN dalam mengangkat aspirasi rakyat serta meraikan pesta demokrasi. Semoga kempen berlangsung dengan penuh semangat, harmoni dan berintegriti.

Johor Kedepan, Undi HARAPAN.

Salam Awal Muharam 1448HSempena kedatangan Tahun Baharu Islam 1448 Hijrah, marilah kita bersama-sama memperbaharui azam,...
17/06/2026

Salam Awal Muharam 1448H

Sempena kedatangan Tahun Baharu Islam 1448 Hijrah, marilah kita bersama-sama memperbaharui azam, memperkukuhkan keimanan serta memperbanyakkan amal kebajikan demi kesejahteraan ummah.

Semoga tahun yang baharu ini membawa keberkatan, rahmat dan kejayaan buat kita semua dalam kehidupan, keluarga serta masyarakat.

"Madani Dihayati, Ummah Diberkati"

Selamat Menyambut Awal Muharam 1448H.

Norafiza Ahmad Zaidi
Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Bera

📍 Kg. Bukit Rok, Bera | 3 Jun 2026Pada hari ini, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bera yang diketuai oleh Puan Norafiza sela...
03/06/2026

📍 Kg. Bukit Rok, Bera | 3 Jun 2026

Pada hari ini, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bera yang diketuai oleh Puan Norafiza selaku Ketua AMK Bera bersama Ketua Ranting, En. Hazli Rani serta AJK Cabang dan AJK AMK cabang telah turun padang menyantuni beberapa penduduk di Kg. Bukit Rok, Bera.

Dalam program ziarah dan santunan ini, turut disampaikan sedikit sumbangan ikhlas daripada Ketua Cabang KEADILAN Bera, Tuan Bob Manolan Mohamad, sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada penduduk yang memerlukan.

Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat meringankan beban serta mengeratkan hubungan silaturahim antara parti dan masyarakat setempat.

KEADILAN sentiasa bersama rakyat, mendengar denyut nadi masyarakat dan berusaha membantu sedaya upaya.




Selamat ulang tahun kelahiran Saudara Kamil Munim.Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan yang berteru...
29/04/2026

Selamat ulang tahun kelahiran Saudara Kamil Munim.
Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan yang berterusan serta kejayaan dalam setiap perjuangan.
Ikhlas daripada seluruh warga Angkatan Muda Keadilan Bera.

Address

Bakri

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Muda Keadilan - Cabang Bera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share