31/08/2026
Kemerdekaan tidak boleh sekadar dinilai daripada keindahan kibaran Jalur Gemilang atau pengumuman gula-gula politik semasa sambutan tahunan.
Kemerdekaan yang hakiki menuntut pembebasan sebenar daripada penyalahgunaan kuasa, ketidaksaksamaan ekonomi, dan himpitan hidup yang kian menghakis nilai asal pembentukan negara ini.
โSebagai sebuah negara Persekutuan, kematangan demokrasi Malaysia tidak terletak pada kepatuhan politik secara semberono, tetapi pada keberanian kita mempertahankan keadilan institusi dan menghormati mandat rakyat di segenap peringkat.
Masa depan tanah air ini tidak boleh lagi dibiarkan bergantung kepada retorik lama yang sekadar memukau seketika.
โMalaysia memerlukan satu gelombang pembaharuan yang jelas menerusi gagasan 'Reset' nasional yang berteraskan integriti, keteguhan prinsip, dan keberanian untuk berdiri mempertahankan kebenaran biarpun berdepan pelbagai tekanan.
Kita mesti membina semula kestabilan negara menerusi keadilan federalisme yang menghormati setiap negeri, serta penyatuan yang benar-benar memayungi seluruh rakyat tanpa sebarang diskriminasi.
โAmanah membela nasib rakyat dan menyuarakan kebenaran sentiasa menjadi tiang kekuatan utama untuk membuktikan bahawa kepimpinan berprinsip berupaya menawarkan pentadbiran yang jauh lebih bersih, telus, dan berwawasan.
โSelamat Menyambut Kemerdekaan yang ke-69!
YB Wan Saiful Wan Jan
Ahli Parlimen Tasek Gelugor
Naib Presiden Parti Wawasan Negara
Ketua Bahagian Tasek Gelugor
30 Ogos 2026
#๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ธ๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ก๐ฎ๐๐ถ๐ผ๐ป๐ฎ๐น