Majlis Perbandaran Kajang

Majlis Perbandaran Kajang No Telefon Untuk Dihubungi :

Menara MPKj - 0387377899

Hotline Aduan:1-800-88-6755

Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan. No Tel: 87377899
No Faks: 87377897
[email protected]
Hotline Aduan:1-800-88-6755

15/07/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พLogo Malaysia MADANI kekal sebagai logo rasmi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia sehingga tahun hadapan.

๐Ÿ“ฒ Layari Merdeka360.my untuk memuat turun logo rasmi, lagu patriotik dan pelbagai bahan promosi bagi menyemarakkan lagi semangat kebangsaan kita!




15/07/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Jata Negara, Lambang Kedaulatan Malaysia ๐Ÿ›ก๏ธ

โœจ Sempena Hari Kebangsaan 2026, hayatilah makna di sebalik Jata Negara yang melambangkan kedaulatan, perpaduan dan identiti negara.

โค๏ธ Bersama-sama kita semarakkan semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia.




15/07/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐ง๐œ๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐Š๐ข๐›๐š๐ซ ๐‰๐š๐ฅ๐ฎ๐ซ ๐†๐ž๐ฆ๐ข๐ฅ๐š๐ง๐  ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“… 19 Julai 2026 (Ahad)
๐Ÿ•™ 10.00 pagi
๐Ÿ“ Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah (ILKKM SAS), Perak

๐Ÿ“บ Ikuti siaran langsung menerusi RTM dan BERNAMA serta Facebook Live Merdeka360, Kementerian Komunikasi dan Jabatan Penerangan Malaysia.

โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’› Kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan semangat patriotisme dan hayati Bulan Kebangsaan 2026.

๐ŸŒ Layari Merdeka360.my untuk memuat turun logo rasmi, lagu patriotik dan pelbagai bahan promosi bagi menyemarakkan semangat kebangsaan.




MAJLIS TAMAT LATIHAN KURSUS ASAS PENGUAT KUASA SIRI 3/2026KAJANG, 14 JULAI 2026 - YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dip...
14/07/2026

MAJLIS TAMAT LATIHAN KURSUS ASAS PENGUAT KUASA SIRI 3/2026

KAJANG, 14 JULAI 2026 - YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) hadir dan menyempurnakan Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Penguat Kuasa Siri 3/2026 pada Selasa bertempat di Dewan Komuniti Semenyih.

Hadir sama Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta, Timbalan Yang Dipertua MPKj dan Encik Zahari Shukri bin Zainal, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPKj bersama-sama para pengarah dan ketua unit MPKj.

Kursus Asas Penguat Kuasa kali ini telah disertai oleh seramai 17 orang peserta yang terdiri daripada dua orang Pegawai Penguat Kuasa KP 9 dan 15 orang Pembantu Penguat Kuasa KP 1.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para Pelatih Kursus Asas Penguat Kuasa Siri 3/2026 yang telah berjaya menamatkan latihan dengan penuh dedikasi, disiplin dan semangat yang tinggi sepanjang tempoh latihan yang bermula pada 20 April hingga 14 Julai 2026.

Berikut senarai anugerah khas telah disampaikan kepada pelatih yang menunjukkan prestasi terbaik dalam bidang masing-masing:
1. Anugerah Komitmen Terbaik: Encik Mohamad Alifh Aiman bin Mohammad Rosman
2. Anugerah Kawad Terbaik: Encik Muhammad Akmal bin Mohd Isa
3. Anugerah Akademik Terbaik: Encik Muhammad Hijaz bin Mohd Azhar
4. Anugerah Keseluruhan Terbaik: Encik Mohamad Zahin bin Zainuddin


KUNJUNG HORMAT WANITA BERDAYA SELANGOR KE ATAS YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KAJANGKAJANG, 13 JULAI 2026 โ€“ YBrs. Tuan...
14/07/2026

KUNJUNG HORMAT WANITA BERDAYA SELANGOR KE ATAS YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

KAJANG, 13 JULAI 2026 โ€“ YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Wanita Berdaya Selangor (WBS) yang diketuai oleh Puan Rusni binti Tajari, Pengurus Kanan, Jabatan Strategi dan Dasar bersama-sama Puan Hidayah binti Abdullah, Cik Dayang Atiqah binti Awang Sallehal Bahar serta Cik Amalia Huda binti Ahmad Shukri pada Isnin bertempat di Menara MPKj. Turut hadir ialah Tuan Haji Kamarul Izlan bin Sulaiman, Pengarah, Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat MPKj serta Puan Hezreen Mazura binti Jamel.

Sesi kunjung hormat tersebut diadakan bagi membincangkan cadangan kerjasama dalam pelaksanaan Program Belanjawan Responsif Gender (BRG) bersama-sama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor. Program ini bertujuan memastikan agihan sumber dan peruntukan belanjawan dilaksanakan secara saksama kepada semua golongan wanita dan lelaki di samping menjamin peluang yang sama rata kepada semua lapisan masyarakat.

Selain itu, matlamat utama program untuk mengintegrasikan perspektif gender dalam setiap dasar, pelan, program dan penyediaan belanjawan PBT seterusnya pelibatan pegawai PBT dalam Bengkel Asas BRG sebagai persediaan ke arah pelaksanaan inisiatif tersebut. Semoga kunjung hormat ini diharapkan menjadi titik permulaan kepada kerjasama strategik antara MPKj dan WBS dalam memperkukuh amalan tadbir urus yang lebih inklusif, responsif dan mampan demi kesejahteraan masyarakat.

MAJLIS MAKAN MALAM BERSEMPENA DENGAN LANGKAH KASIH PUSPANITA KEBANGSAAN 2026 KE NEGERI SELANGORSHAH ALAM, 13 JULAI 2026 ...
13/07/2026

MAJLIS MAKAN MALAM BERSEMPENA DENGAN LANGKAH KASIH PUSPANITA KEBANGSAAN 2026 KE NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM, 13 JULAI 2026 - YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bersama-sama isteri Puan Rozana binti Yaacob hadir ke Majlis Makan Malam bersempena dengan Langkah Kasih PUSPANITA Kebangsaan 2026 ke Negeri Selangor pada Isnin bertempat di Doubletree Hilton, i-City Shah Alam.

YBhg. Puan Sri Datin Sri Hajah Maheran binti Jamil, Pengerusi PUSPANITA Kebangsaan hadir menyerikan majlis sambil diiringi oleh YBhg. Datin Syarmila binti Yahaya, Pengerusi PUSPANITA Negeri Selangor dan YB Dato' Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor merangkap Penasihat PUSPANITA Negeri Selangor.

Majlis bertemakan warna biru muda dan putih itu turut menghimpunkan barisan pegawai kanan Negeri Selangor, pengerusi daerah dan ahli jawatankuasa PUSPANITA.

MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN BIL. 6/2026Tarikh: 13 Julai 2026 (Isnin)Masa: 11.00 pagiTempat: Bilik Mesyuarat Tingkat ...
13/07/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN BIL. 6/2026
Tarikh: 13 Julai 2026 (Isnin)
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Tingkat 7, Menara MPKj
Pengerusi: YBrs. Tuan Nazli bin Md. Taib (Yang Dipertua MPKj)

MESYUARAT JAWATANKUASA PERKHIDMATAN & TEKNOLOGI MAKLUMAT BIL.6/2026Tarikh: 13 Julai 2026 (Isnin)Masa: 9.00 pagiTempat: B...
13/07/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PERKHIDMATAN & TEKNOLOGI MAKLUMAT BIL.6/2026
Tarikh: 13 Julai 2026 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Tingkat 7, Menara MPKj
Pengerusi: YBrs. Tuan Nazli bin Md. Taib (Yang Dipertua MPKj)

LARIAN OBOR SUKMA XXII DAN PARA SUKMA SELANGOR 2026 MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (MPKj)KAJANG, 2 JULAI 2026 - Yang Berusaha...
13/07/2026

LARIAN OBOR SUKMA XXII DAN PARA SUKMA SELANGOR 2026 MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (MPKj)

KAJANG, 2 JULAI 2026 - Yang Berusaha Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), telah menerima Obor SUKMA XXII dan PARA SUKMA Selangor 2026 daripada kontinjen Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang diketuai oleh Yang Berusaha Ts. Haji Hasrolnizam bin Shaari, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Penyerahan obor ini melambangkan kesinambungan perjalanan Jelajah Larian Obor SUKMA XXII dan PARA SUKMA Selangor 2026 serta menjadi simbol sokongan padu seluruh pihak berkuasa tempatan terhadap penganjuran temasya sukan dwitahunan terbesar di Negeri Selangor.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat, Tuan Najwan bin Halimi, EXCO Belia, sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana SUKMA XXII dan PARA SUKMA Selangor 2026,Yang Berbahagia, Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Selangor merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA XXII dan PARA SUKMA Selangor 2026,Yang Berusaha, Tuan Mohamad Nizam bin Marjugi, Ketua Pegawai Operasi (COO) Sekretariat SUKMA Selangor,Yang Berhormat, Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi@azmi, Ketua Kontinjen SUKMA Negeri Selangor,Yang Berusaha, Puan Sabrina binti Adnan, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Merangkap Timbalan Ketua Kontinjen II SUKMA Negeri Selangor,Yang Berusaha, Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang,Yang Bahagia, Tuan Haji Zainudin Mohd Daud, Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta ketua-ketua agensi Daerah Hulu Langat.

Dalam kesinambungan Program Jelajah Larian Obor SUKMA XXII dan PARA SUKMA Selangor 2026, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menjadi lokasi persinggahan kelapan sebelum obor diserahkan kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sebagai lokasi persinggahan kesembilan bagi meneruskan jelajah ke destinasi seterusnya.

MPKj turut diberi kepercayaan apabila dilantik sebagai Rakan Strategik Kemudahan (Fasiliti) Sukan bagi penganjuran SUKMA XXII dan PARA SUKMA Selangor 2026. Selaras dengan peranan tersebut, Dewan Seri Cempaka, Saujana Impian, Kajang telah dipilih sebagai venue rasmi bagi acara Angkat Berat sempena SUKMA XXII Selangor 2026.

Selain itu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang berada dalam kawasan pentadbiran MPKj, turut dilantik sebagai Rakan Strategik Kemudahan (Fasiliti) Sukan dengan menjadi venue rasmi bagi acara Gimrama/Gimnastik, Sofbol, Kriket, Bola Sepak Lelaki dan Tinju sempena SUKMA XXII Selangor 2026.

Program Jelajah Larian Obor SUKMA XXII dan PARA SUKMA Selangor 2026 di Majlis Perbandaran Kajang mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan dianggarkan seramai 600 peserta. Mereka terdiri daripada warga MPKj, wakil agensi kerajaan, pasukan keselamatan, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), komuniti setempat serta orang awam.

Program ini menampilkan larian santai berkonsepkan Fun Run sejauh 3 kilometer yang berjaya menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana penuh semangat dan muhibah. Penyertaan yang memberangsangkan ini mencerminkan semangat kebersamaan, perpaduan serta komitmen semua pihak dalam menyokong kejayaan penganjuran SUKMA XXII dan PARA SUKMA Selangor 2026. Pada masa yang sama, program ini turut menyemarakkan budaya hidup sihat dan memupuk semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat.

Majlis Perbandaran Kajang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor, Sekretariat SUKMA Selangor, Majlis Perbandaran Ampang Jaya serta semua agensi dan pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini.Diharapkan semangat yang dibawa oleh Obor SUKMA akan terus menyatukan seluruh rakyat Selangor dalam merealisasikan penganjuran SUKMA XXII dan PARA SUKMA Selangor 2026 yang cemerlang, gemilang dan membanggakan









Address

Balakong

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60387377899

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perbandaran Kajang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Perbandaran Kajang:

Shortcuts

Share