Balai Bomba Dan Penyelamat Seri Balik Pulau

Balai Bomba Dan Penyelamat Seri Balik Pulau Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau, Pulau Pinang
Talian Balai : 048661495
NG MERS : 999

13 Julai 2026 - Lawatan Kerja Lawatan ramah mesra daripada Dato Haji Mohd Tuah Bin Ismail Pegawai Penyelaras Kadun Pulau...
13/07/2026

13 Julai 2026 - Lawatan Kerja

Lawatan ramah mesra daripada Dato Haji Mohd Tuah Bin Ismail Pegawai Penyelaras Kadun Pulau Betong ke Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau dan disambut oleh Ketua Balai PKPgB Mohd Faiz Bin Helmi, Pemangku Penyelia Pasukan dan pasukan bertugas.

10 Julai 2026 - Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Pulau Pinang.Kenaikan Pangkat :Setinggi-...
13/07/2026

10 Julai 2026 - Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Pulau Pinang.

Kenaikan Pangkat :
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ketua Balai Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Faiz Bin Helmi di atas kenaikan pangkat ke Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) TBK. Semoga setiap langkah dipermudahkan, dipenuhi kejayaan dan menjdi inspirasi kepada seluruh warga kerja khususnya Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau.

Penghargaan :
Sekalung tahniah diucapkan kepada PB Mohd Khairul Asry Bin Abdullah dan PB Muhammad Syazwan Bin Md Razi di atas kejayaan menyumbangkan emas semasa mewakili JBPM Pulau Pinang dalam Pertandingan Kawad Kecekapan JBPM tahun 2026. Pencapaian ini membuktikan bahawa usaha, disiplin dan komitmen yang tinggi sentiasa membuahkan hasil. Semoga terus cemerlang dalam kebombaan !

Ramai nampak kami bila ada kebakaran, kemalangan atau kecemasan. Tapi di sebalik itu, setiap hari kami menjalani rutin y...
10/06/2026

Ramai nampak kami bila ada kebakaran, kemalangan atau kecemasan. Tapi di sebalik itu, setiap hari kami menjalani rutin yang penuh disiplin panggilan baris, pemeriksaan peralatan, kelas, latihan fizikal (PT) dan pelbagai latihan kemahiran. Semua ini bukan sekadar rutin, tetapi persediaan untuk memastikan setiap anggota sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi. Kerana bagi seorang bomba, latihan hari ini adalah keselamatan masyarakat pada hari esok. 🚒🔥💪

Follow tiktok rasmi kami : Bomba Seri Pulau

10/06/2026

🗓️10 JUN 2026 - LAWATAN DARIPADA TADIKA ISLAM AD DINIAH

🧑🏻‍🚒 CHARLIE

Lawatan tadika ke balai bomba merupakan aktiviti pendidikan yang bermanfaat kerana dapat meningkatkan pengetahuan keselamatan, memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan serta memupuk nilai keberanian, disiplin dan kepedulian terhadap keselamatan diri dan masyarakat.

Sekian, terima kasih.

Follow tiktok rasmi kami : Bomba Seri Pulau

09/06/2026

“Fire Fit- High Performance Tactical Training bukan sekadar latihan, tapi persediaan mental dan fizikal untuk setiap kemungkinan. Siap siaga setiap masa.”

Follow tiktok rasmi kami : Bomba Seri Pulau

Pagi dimulakan dengan Physical Training untuk menguji stamina dan ketahanan diri.Tetapi dalam dunia bomba, tiada istilah...
08/06/2026

Pagi dimulakan dengan Physical Training untuk menguji stamina dan ketahanan diri.
Tetapi dalam dunia bomba, tiada istilah “selesai awal”. Selepas PT, kami teruskan dengan pembersihan balai kerana kesiapsiagaan bukan hanya di medan tugas, tetapi juga bermula dari tempat kami berkhidmat setiap hari.
Disiplin bukan sekadar arahan, tetapi budaya yang kami pegang bersama.

Follow tiktok rasmi kami : Bomba Seri Pulau

Pasukan A telah melaksanakan aktiviti pembersihan dan pengemasan balai pada pagi tadi bagi memastikan persekitaran kerja...
06/06/2026

Pasukan A telah melaksanakan aktiviti pembersihan dan pengemasan balai pada pagi tadi bagi memastikan persekitaran kerja sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan kondusif.

Bukan sekadar padam api dan selamatkan nyawa, kami juga jaga disiplin—termasuk memastikan balai bomba sentiasa bersih, kemas dan bersedia setiap masa 💪🚒

Follow tiktok rasmi kami : Bomba Seri Pulau

Pagi belum panas, kami sudah berpeluh 🔥PT(Physical Training) bukan sekadar latihan… ini disiplin, ini jiwa bomba 💪🚒Badan...
04/06/2026

Pagi belum panas, kami sudah berpeluh 🔥
PT(Physical Training) bukan sekadar latihan… ini disiplin, ini jiwa bomba 💪🚒
Badan kena kuat, sebab tanggungjawab bukan kecil.

Rutin Harian Anggota Bomba Setiap Pagi.

UPDATE OPERASI SAR GUNUNG BATU PUTIH📍 Gunung Batu Putih, Tapah, Perak🗓️ 01 Jun 2026 | 🕛 1200 HrsOperasi Mencari dan Meny...
01/06/2026

UPDATE OPERASI SAR GUNUNG BATU PUTIH
📍 Gunung Batu Putih, Tapah, Perak
🗓️ 01 Jun 2026 | 🕛 1200 Hrs

Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa hilang, Jaslinda binti Saludin, masih diteruskan dengan penglibatan pelbagai agensi keselamatan dan penyelamatan.

🔹 Sehingga jam 1000 hrs, seramai 8 anggota pasukan penyelamat masih berada di sektor pencarian dari Kem Sukaneka menuju ke Gunung Rayu.

🔹 Seramai 24 anggota pasukan penyelamat terlibat dalam operasi hari ini yang terdiri daripada:
• JBPM – 8 anggota
• Jabatan Perhutanan/MGP – 8 anggota
• PGA – 8 anggota

🔹 Pada jam 1120 hrs, seramai 6 anggota penyelamat terdiri daripada JBPM (2), PGA (3) dan Perhutanan (1) telah diterbangkan ke Kem Kantoi menggunakan pesawat MI-17 bagi mengambil keluar pasukan penyelamat seramai 8 orang yang berada di kawasan tersebut serta membawa turun kamera pelindung yang ditempatkan di sekitar puncak Gunung Rayu.

🔹 Komunikasi dengan pasukan penyelamat di lapangan masih terputus berikutan faktor bentuk muka bumi yang berbukit dan berada di kawasan lembah yang menghalang liputan komunikasi.

🔹 Aktiviti pencarian masih diteruskan di sektor Kem Kantoi hingga ke Gunung Rayu oleh anggota JBPM, Jabatan Perhutanan/MGP dan PGA Batalion 3. Sebarang perkembangan akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan maklumat yang diperoleh termasuk hasil penelitian rakaman kamera pelindung yang dibawa turun.

Semoga segala urusan pasukan penyelamat dipermudahkan dan mangsa dapat ditemui dengan selamat.










Sumber & Kredit : Bomba Perak Official

Address

Jalan KAMPUNG TERANG
Balik Pulau
11020

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba Dan Penyelamat Seri Balik Pulau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Bomba Dan Penyelamat Seri Balik Pulau:

Shortcuts

Share

Category