Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Barat Daya Pulau Pinang

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Barat Daya Pulau Pinang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) DBD Pulau Pinang β€” barisan hadapan yang memastikan sistem pengairan dan saliran di daerah ini sentiasa terjaga!

PROGRAM PEMULIHARAAN SUNGAI UNTUK MENGURANGKAN RISIKO BANJIR SUNGAI-SUNGAI  DI DALAM DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG
20/08/2026

PROGRAM PEMULIHARAAN SUNGAI UNTUK MENGURANGKAN RISIKO BANJIR SUNGAI-SUNGAI DI DALAM DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG

🦺 KURSUS KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP) JPS Daerah Barat Daya  πŸ’πŸš’Telah berlangsung pada hari ini Kursus Kese...
13/08/2026

🦺 KURSUS KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP) JPS Daerah Barat Daya πŸ’πŸš’

Telah berlangsung pada hari ini Kursus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang melibatkan warga kerja Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Barat Daya (JPS DBD).

πŸ“š Sesi pagi dimulakan dengan ceramah bertajuk β€œPengurusan Ergonomik di Tempat Kerja” yang disampaikan oleh Pegawai daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang iaitu Puan Norehan Binti Ismail.

Ceramah ini memberi pendedahan kepada warga kerja mengenai kepentingan amalan ergonomik yang betul di tempat kerja bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, selesa dan sihat. πŸ’ͺ🏻

🚨 Sesi petang p**a diteruskan dengan Latihan Pengungsian Bangunan yang dikendalikan oleh Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau.

Latihan ini bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan warga kerja dalam menghadapi situasi kecemasan serta memastikan prosedur pengungsian bangunan dapat dilaksanakan dengan teratur dan selamat. πŸ”₯πŸš’

Terima kasih diucapkan kepada pihak JKKP Pulau Pinang dan Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau atas perkongsian ilmu dan kerjasama yang diberikan. 🀝

β€œKeselamatan Tanggungjawab Bersama” 🦺

πŸ“ LAWATAN TAPAK YB TIMBALAN MENTERI MITI KE RUMAH PAM IPING 1 & 2Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pulau Pinang...
12/08/2026

πŸ“ LAWATAN TAPAK YB TIMBALAN MENTERI MITI KE RUMAH PAM IPING 1 & 2

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pulau Pinang telah menerima kunjungan YB Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) merangkap Ahli Parlimen Bayan Baru dalam satu lawatan tapak ke Rumah Pam Iping 1 dan 2, Batu Maung pada 10 Ogos 2026.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pulau Pinang, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Ooi Soon Lee, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Banjir (BPB), Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrik (BPME) Jurutera Daerah Barat Daya serta pegawai-pegawai JPS Pulau Pinang.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan penggunaan skru pam yang dilaksanakan di Rumah Pam Iping 1 dan 2, khususnya dalam membantu meningkatkan keupayaan sistem saliran serta pengurusan air di kawasan berkenaan. πŸŒŠβš™οΈ

Lawatan turut memberi peluang kepada pihak berkaitan untuk melihat sendiri operasi dan keberkesanan sistem tersebut serta membincangkan aspek penyelenggaraan dan penambahbaikan pada masa akan datang. 🀝🌿








06/08/2026
02/08/2026

Send a message to learn more

02/08/2026

Game Charades @ Teka Perkataan Tanpa Suara

🌿✨ TEAM BUILDING JPS DAERAH BARAT DAYA 2026 βœ¨πŸŒΏπŸ“… 31 Julai – 1 Ogos 2026πŸ“ White Resort Camp, Balik PulauAlhamdulillah, Pro...
02/08/2026

🌿✨ TEAM BUILDING JPS DAERAH BARAT DAYA 2026 ✨🌿

πŸ“… 31 Julai – 1 Ogos 2026
πŸ“ White Resort Camp, Balik Pulau

Alhamdulillah, Program Team Building JPS Daerah Barat Daya 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama warga pejabat, malah menjadi platform untuk memperkukuh semangat kerja berpasukan serta meningkatkan kefahaman terhadap proses kerja di setiap unit.

🎯 Sorotan Hari Pertama | 31 Julai 2026

🧊 Ice Breaking
πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈ Aktiviti Outdoor
🍲 Makan Malam Steamboat
🎲 Games Santai
πŸŽ‚ Sambutan Hari Lahir bagi bulan Mei, Jun, Julai dan Ogos.

---

🎯 Sorotan Hari Kedua | 1 Ogos 2026

πŸ“‚ Sesi MyPortfolio
Peserta dibahagikan mengikut kump**an berdasarkan Penolong Jurutera (PJ) masing-masing. Setiap kump**an diberi tugasan untuk menyediakan dua (2) proses kerja di bawah unit masing-masing dalam bentuk carta alir sebelum membentangkan hasil perbincangan kepada semua peserta.

πŸ† Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para peserta dan seterusnya Majlis Penutupan yang telah disempurnakan oleh Jurutera Daerah (JD).

🀝 Terima kasih kepada seluruh warga JPS Daerah Barat Daya yang telah memberikan komitmen sepanjang program ini berlangsung.

Apakah itu Rizab Sungai?
26/07/2026

Apakah itu Rizab Sungai?





πŸš€ FRESH GRADUATE? JOM SERTAI KAMI! πŸ‘·πŸ»β€β™‚οΈπŸ‘·πŸ»β€β™€οΈJabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri  Pulau Pinang kini membuka pelua...
22/07/2026

πŸš€ FRESH GRADUATE? JOM SERTAI KAMI! πŸ‘·πŸ»β€β™‚οΈπŸ‘·πŸ»β€β™€οΈ

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pulau Pinang kini membuka peluang kepada graduan baharu yang berminat untuk menyertai Program PROTÉGÉ.

πŸ“Œ Kekosongan Jawatan
πŸŽ“ 3 Γ— ProtΓ©gΓ© – Civil Engineering
πŸŽ“ 1 Γ— ProtΓ©gΓ© – Quantity Surveying (QS)

🌟 Mulakan kerjaya anda bersama JPS dan bina pengalaman dalam projek pembangunan infrastruktur serta pengurusan sumber air.

πŸ“’ Mohon sekarang dan kongsikan kepada rakan-rakan yang sedang mencari peluang pekerjaan!

πŸ† SEKALUNG TAHNIAH πŸ†Tahniah dan syabas diucapkan kepada  Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 dari ...
22/07/2026

πŸ† SEKALUNG TAHNIAH πŸ†

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 dari JPS Daerah Barat Daya atas pengiktirafan yang diterima.

Address

Jalan Sungai Burong
Balik Pulau
11000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6048666700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Barat Daya Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share