Pejabat Daerah & Tanah Barat Daya, Pulau Pinang

Pejabat Daerah & Tanah Barat Daya, Pulau Pinang " Ke Arah Pentadbiran Yang Unggul Dan Penggerak Utama Pembangunan Daerah "

Pejabat Daerah Dan Tanah
Daerah Barat Daya
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
Tel : 04-8689400
Fax : 04-8661593

"Menjunjung Teras Perkhidmatan Berintegriti"

04/09/2026

bit.ly/jalansantai2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿšถ๐Ÿปโ€โ™€๏ธ๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธJALAN SANTAI PULAU BETONG (5KM) ๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธ๐Ÿšถ๐Ÿปโ€โ™€๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAyuh seluruh warga Barat Daya dan kawasan sekitarnya! Jom kita ber...
01/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿšถ๐Ÿปโ€โ™€๏ธ๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธJALAN SANTAI PULAU BETONG (5KM) ๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธ๐Ÿšถ๐Ÿปโ€โ™€๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ayuh seluruh warga Barat Daya dan kawasan sekitarnya! Jom kita beramai-ramai memeriahkan aktiviti *Jalan Santai Pulau Betong* sempena Festival Penang2030 Daerah Barat Daya 2026: Menyusur Warisan Menyemai Budaya!

๐Ÿ“… Sabtu, 12 September 2026, 7.00 pg
๐Ÿ“ SK Tan Sri Awang Had Salleh, Pulau Betong

Dengan yuran pendaftaran *hanya RM10*, pelbagai hadiah menarik *bernilai RM30++* menanti anda!

๐ŸŽ TIKET CABUTAN BERTUAH (hadiah keseluruhan bernilai RM16,000++)
๐Ÿถ *TYESO SLIM 8706B 600ML ORIGINAL* BERNILAI RM30
๐Ÿฐ KUIH MUIH
โ˜•๏ธ AIR MINUMAN
๐Ÿฅค AIR MINERAL
โœ‰๏ธ E-SIJIL

Daftar sekarang di sini:
https://bit.ly/jalansantai2026

DAFTAR SEGERA! Hanya untuk 500 orang TERAWAL sahaja. Lambat melepasโ€ฆ.

Selain Jalan Santai, ada juga aktiviti sukan rakyat, pertandingan, dan lain-lain :

๐ŸŽ Jualan Rahmah
๐Ÿช Gerai Jualan Makanan
๐ŸŒ Pameran dan Demonstrasi Agensi Kerajaan

๐ŸŽจ PERTANDINGAN MEWARNA
๐ŸฆŠ MUSANG BERJANGGUT
๐ŸŽฑ CONGKAK
๐Ÿšฒ LUMBA BASIKAL LAMBAT
๐Ÿ TARIK UPEH
๐ŸŽณ BOLING KELAPA
โšฝ๏ธ PENALTI SARONG
๐Ÿ€ NETBALL SHOOT OUT
๐ŸŽค PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK
๐Ÿ‘— PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM

Ayuh semua!

Bawa bersama keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Mari beramai-ramai kita memeriahkan Jalan Santai dan Festival Penang2030 ini dengan berpakaian tradisional dan bawa semangat patriotik, perpaduan dan cinta kepada warisan dan budaya negara! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ



๐ŸฃProgram ini adalah anjuran Pejabat Daerah Barat Daya bersama-sama MPKK Pulau Betong๐Ÿ‘ฎโ€โ™€๏ธ

Wah, segak bergaya warga PDTBD di Padang Kota Lama! ๐Ÿ˜๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ31 OGOS 2026 (ISNIN) โ€” Syabas dan tahniah buat 60 anggota kontinj...
31/08/2026

Wah, segak bergaya warga PDTBD di Padang Kota Lama! ๐Ÿ˜๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

31 OGOS 2026 (ISNIN) โ€” Syabas dan tahniah buat 60 anggota kontinjen termasuk urus setia Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya (PDTBD) yang telah turun padang memeriahkan Perbarisan & Perarakan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Pulau Pinang!

Tampil kemas mengenakan baju korporat berkonsepkan fusion batik tradisional dan kontemporari moden, langkah sederap kontinjen kita diketuai oleh En. Muhamad Syazwi bin Mohamad Jaffar, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat.

Semangat Merdeka kami bukan sekadar pada perarakan, tetapi tersemat kukuh pada moto ini:
โœจ "Integriti di hati, khidmat dedikasi. PDT Barat Daya nadi penggerak Malaysia Madani, mencetus kelestarian agar kesejahteraan dinikmati." โœจ

Terima kasih pasukan PDTBD atas komitmen jitu anda semua. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 & HARI MALAYSIA 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พMenjelang sambutan kemerdekaan negara yang ke-69, ayu...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 & HARI MALAYSIA 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Menjelang sambutan kemerdekaan negara yang ke-69, ayuh kita hayati tema tahun ini: โ€œMalaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmatiโ€.

Semangat kebersamaan dan perpaduan adalah kunci utama untuk kita terus membina sebuah negara bangsa yang lebih cemerlang dan gemilang. Marilah kita, khususnya seluruh warga daerah Barat Daya, terus mengekalkan keharmonian dan saling menyantuni antara satu sama lain.

Semoga Malaysia sentiasa mekar dalam keamanan, kemakmuran, dan kesejahteraan. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ikhlas daripada:
Pegawai Daerah dan seluruh warga kerja,
Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Mantap & Bersemangat! ๐Ÿ”ฅKontinjen PDT Barat Daya selesai bersiap siaga pagi ini dalam Raptai Perbarisan Hari Kebangsaa...
29/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Mantap & Bersemangat! ๐Ÿ”ฅ

Kontinjen PDT Barat Daya selesai bersiap siaga pagi ini dalam Raptai Perbarisan Hari Kebangsaan ke-69 Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Derapan langkah yang kemas demi memastikan persembahan terbaik untuk sambutan 31 Ogos nanti! ๐Ÿ™Œ

๐Ÿ“… 29 Ogos 2026 (Sabtu)
๐Ÿ“ Padang Kota Lama, George Town

28/08/2026

Warga Pulau Pinang! Sempena hujung minggu menjelang Hari Kebangsaan, ayuh bersama-sama menjayakan Program MADANI Kita (PMK).

Gunakan peluang ini untuk dapatkan perkhidmatan terus daripada agensi Kerajaan serta nikmati pelbagai pengisian menarik untuk semua lapisan umur.

๐Ÿ“… Tarikh: Sabtu, 29 Ogos 2026
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Besar, UiTM Kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang

Jangan lupa set reminder dan ajak ramai-ramai singgah sabtu ini!

26/08/2026
SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ๐ŸŒ™โœจ12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026Alhamdulillah, Kontinjen Pejabat Daerah dan Tanah Barat D...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ๐ŸŒ™โœจ

12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026

Alhamdulillah, Kontinjen Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya (PDTBD) telah tampil dengan penuh semangat bagi memeriahkan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang pada hari ini!

Perarakan kontinjen PDTBD yang diketuai oleh Penolong Jurutera, Encik Muhammad Ihsan bin Rosli ini, adalah sebagai tanda menzahirkan rasa cinta yang mendalam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Suasana perarakan turut bergema dengan laungan slogan penuh bermakna:
๐ŸŽ™๏ธ "Menjunjung Sunnah Rasulullah, Aspirasi Malaysia Madani"

Semoga sambutan hari kelahiran insan teragung ini menyuntik semangat kita untuk terus mengamalkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian dan urusan kerja. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. ๐Ÿคฒ๐Ÿ•Œ

Salam Maulidur Rasul 1448H buat seluruh umat Islam, khususnya warga Daerah Barat Daya yang dikasihi.Marilah kita mengamb...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H buat seluruh umat Islam, khususnya warga Daerah Barat Daya yang dikasihi.

Marilah kita mengambil keberkatan hari mulia ini untuk memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta menjadikan akhlak Baginda sebagai panduan utama dalam kehidupan kita.

"Allahumma salli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad" ๐Ÿ“ฟ

Ikhlas daripada,
Dato' Rosli bin Halim
Pegawai Daerah dan Tanah Barat Daya
Dan Seluruh Warga Kerja PDTBD

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MAJLIS PERHIMPUNAN & PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN PDTBD ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พJumaat (21 Ogos 2026), telah berlangsungnya dengan meriah Ma...
24/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MAJLIS PERHIMPUNAN & PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN PDTBD ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Jumaat (21 Ogos 2026), telah berlangsungnya dengan meriah Majlis Perhimpunan Bersama Pegawai Daerah Barat Daya Bilangan 3 Tahun 2026.

Lebih istimewa, perhimpunan kali ini dijalankan serentak dengan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang yang telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg. Dato' Pegawai Daerah.

Majlis yang bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya (PDTBD) ini telah dihadiri oleh seluruh warga kerja PDTBD dengan penuh semangat patriotik!

Selain menyemarakkan lagi bahang kemerdekaan, perhimpunan ini turut diserikan dengan acara-acara berikut:

โœจ Sekalung Budi, Setulus Ingatan: Meraikan pegawai-pegawai PDTBD yang bertukar jabatan dan bersara. Jutaan terima kasih diucapkan atas segala khidmat bakti dan dedikasi yang telah dicurahkan. Selamat maju jaya!

๐Ÿ† Pengiktirafan Cemerlang: Penyampaian Sijil Pegawai Terbaik Bulanan bagi menghargai komitmen dan prestasi kerja yang cemerlang. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para penerima!

Semoga semangat kemerdekaan ini terus mekar dalam sanubari warga PDTBD untuk terus berdedikasi memberikan perkhidmatan yang terbaik. Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Pejabat SUK Pulau Pinang

Address

Balik Pulau
11000

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00

Telephone

048689400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah & Tanah Barat Daya, Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah & Tanah Barat Daya, Pulau Pinang:

Shortcuts

Share

Category