AADK Barat Daya Penang

AADK Barat Daya Penang AADK Daerah Barat Daya
Jalan Sungai Pinang 11000 Balik Pulau,Pulau Pinang
(1)

PAMERAN ANTIDADAH & MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PENGIKTIRAFAN TEKADPada 22 Ogos 2026, AADK Daerah Barat Daya telah menerima ...
22/08/2026

PAMERAN ANTIDADAH & MAJLIS PENYERAHAN SIJIL PENGIKTIRAFAN TEKAD

Pada 22 Ogos 2026, AADK Daerah Barat Daya telah menerima jemputan untuk mengadakan Pameran Antidadah serta Majlis Penyerahan Sijil Pengiktirafan TEKAD kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Barat Daya sempena Karnival Pendidikan Madani yang berlangsung di SMK Pondok Upeh.

Program telah dirasmikan oleh YB Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) merangkap Ahli Parlimen Bayan Baru, Pulau Pinang.

Dalam majlis tersebut, Sijil Pengiktirafan TEKAD telah disampaikan oleh Pengarah AADK Negeri Pulau Pinang, Puan Roswati Binti Apin, diiringi Ketua Daerah AADK Daerah Barat Daya, Puan Nabihah Binti Mohd Saber, kepada Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Barat Daya, Dr. Mohd Siroj Bin Abdul Lathiff, serta disaksikan oleh YB Sim Tze Tzin.

Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen PPD Barat Daya dalam mewujudkan persekitaran kerja yang sihat, selamat dan bebas daripada penyalahgunaan dadah. Usaha sedemikian bukan sahaja memberi manfaat kepada warga organisasi, malah turut menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada masyarakat.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga pengiktirafan tersebut menjadi pemangkin kepada lebih banyak organisasi untuk menyertai Program Pensijilan TEKAD serta bersama-sama membudayakan persekitaran tempat kerja yang bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Bersama Membina Tempat Kerja Bebas Dadah! 🤝✨




Pada 22 Ogos 2026, AADK Daerah Barat Daya telah menerima jemputan untuk mengadakan Pameran Antidadah sempena Karnival Ma...
22/08/2026

Pada 22 Ogos 2026, AADK Daerah Barat Daya telah menerima jemputan untuk mengadakan Pameran Antidadah sempena Karnival Mahabbah Komuniti Surau Al-Mubarak, Kampung Baru Sungai Ara yang bertempat di perkarangan Surau Al-Mubarak, Kampung Baru Sungai Ara. Program ini turut diserikan dengan aktiviti permainan interaktif bersama komuniti sebagai usaha meningkatkan kesedaran serta pengetahuan masyarakat berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah.

AADK Daerah Barat Daya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Surau Al-Mubarak Kampung Baru Sungai Ara atas jemputan, kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkukuhkan usaha membentuk komuniti yang sihat, sejahtera dan bebas daripada ancaman dadah.




Pada 21 Ogos 2026, AADK Daerah Barat Daya telah melaksanakan Program SCL (Sihat Cergas Langsing) yang bertempat di Seaga...
21/08/2026

Pada 21 Ogos 2026, AADK Daerah Barat Daya telah melaksanakan Program SCL (Sihat Cergas Langsing) yang bertempat di Seagate, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Program ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan warga kerja mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, aktif dan seimbang. Pelbagai aktiviti kecergasan dan kesihatan dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kecergasan fizikal serta mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang lebih baik.

Program SCL bukan sekadar membentuk tubuh badan yang lebih sihat, malah menjadi platform untuk memupuk semangat kebersamaan, disiplin dan motivasi dalam kalangan warga kerja.





21/08/2026

Rasulullah SAW bersabda, “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada bapanya, anaknya dan seluruh manusia.” — Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Hadis ini mengingatkan kita bahawa kecintaan kepada Rasulullah SAW bukan sekadar ungkapan, tetapi perlu diterjemahkan melalui penghayatan sunnah, akhlak mulia dan kehidupan yang berlandaskan ajaran Baginda.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan meneladani sifat, akhlak dan perjuangan Baginda dalam membentuk masyarakat yang beriman, berakhlak dan saling menyayangi.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Shamsul Anuar Nasarah





PROGRAM PESANAN ANTIDADAH 20 Ogos 2026 | PASAR MALAM | AADK Daerah Barat Daya telah mengadakan program Pesanan Antidadah...
20/08/2026

PROGRAM PESANAN ANTIDADAH
20 Ogos 2026 | PASAR MALAM | AADK Daerah Barat Daya telah mengadakan program Pesanan Antidadah ( PESADA ) di Pasar Malam Mahsuri , Bayan Lepas Pulau Pinang.

Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya penyalahgunaan dadah dan menyediakan maklumat serta sokongan yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang sihat dan bebas dadah.

Semoga program ini memberi manfaat kepada semua yang terlibat dan memperkukuhkan usaha bersama untuk membina komuniti yang lebih kuat dan bebas dari dadah.





20/08/2026





Address

Jalan Sungai Pinang
Balik Pulau
11000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Barat Daya Penang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share