Pejabat Pertanian Daerah Barat Daya / Timur Laut

Pejabat Pertanian Daerah Barat Daya / Timur Laut Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Pertanian Daerah Barat Daya / Timur Laut, Government Organization, Balik Pulau.

πŸ“’ **PELAWAAN PERMOHONAN SEWAAN PREMIS**Pejabat Pertanian Daerah Barat Daya/Timur Laut mempelawa individu dan usahawan ya...
23/07/2026

πŸ“’ **PELAWAAN PERMOHONAN SEWAAN PREMIS**

Pejabat Pertanian Daerah Barat Daya/Timur Laut mempelawa individu dan usahawan yang berminat untuk memohon sewaan premis di:

πŸ“ **Pusat Jualan & Zon Pemprosesan Makanan (ZPM)**
Pejabat Pertanian Daerah Barat Daya/Timur Laut

πŸ—ΊοΈ **Lokasi premis:**
https://maps.app.goo.gl/ajYZhEjb4mhAvruv6

Permohonan terbuka kepada:

βœ… Usahawan makanan
βœ… Pengusaha produk berasaskan pertanian
βœ… Individu atau syarikat yang mempunyai perniagaan berdaftar
βœ… Pemohon yang serius untuk mengembangkan perniagaan

Antara kelebihan premis ini ialah lokasi yang strategik, potensi pasaran yang baik, persekitaran kondusif serta bimbingan dan sokongan daripada Jabatan Pertanian.

πŸ“… **Tarikh tutup permohonan: 31 Julai 2026**
πŸ“… **Tarikh temuduga: 12 Ogos 2026**

πŸ“ **Isi borang permohonan melalui pautan berikut:**
https://form.jotform.com/262028557280458

☎️ **Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:**

β€’ En. Fahmi: 019-476 7979
β€’ En. Shahruddin: 017-410 6272
β€’ En. Hamid: 017-481 5944

Jangan lepaskan peluang untuk mengembangkan perniagaan anda bersama Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang!

TAKLIMAT PENANAMAN SECARA FERTIGASI MEJA**πŸ“… 18 Jun 2026 (Khamis)πŸ“ SJKC Pulau Betong, Balik PulauPejabat Pertanian Daerah...
24/06/2026

TAKLIMAT PENANAMAN SECARA FERTIGASI MEJA**

πŸ“… 18 Jun 2026 (Khamis)
πŸ“ SJKC Pulau Betong, Balik Pulau

Pejabat Pertanian Daerah Barat Daya telah mengadakan Taklimat Penanaman Secara Fertigasi Meja pada 18 Jun 2026 bertempat di SJKC Pulau Betong, Balik Pulau. Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknologi fertigasi meja sebagai kaedah penanaman moden yang lebih sistematik, menjimatkan ruang dan berpotensi meningkatkan hasil pengeluaran tanaman.

Program ini telah dihadiri oleh 40 orang peserta yang mewakili 10 organisasi terdiri daripada komuniti, pejabat kerajaan dan sekolah, dengan setiap organisasi diwakili oleh empat orang peserta. Sepanjang sesi taklimat, peserta telah diberikan penerangan berkaitan konsep fertigasi meja, penyediaan sistem, pengurusan tanaman, pembajaan serta penyelenggaraan asas bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan projek fertigasi.

Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh melalui program ini dapat dimanfaatkan oleh peserta untuk melaksanakan projek fertigasi di organisasi masing-masing serta menggalakkan amalan pertanian moden ke arah meningkatkan keterjaminan makanan dan kelestarian komuniti.

PENILAIAN PERTANDINGAN ANUGERAH KUMPULAN WANITA TERBAIK (AKWT) 2026πŸ“… 23 Jun 2026Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) Pulau...
24/06/2026

PENILAIAN PERTANDINGAN ANUGERAH KUMPULAN WANITA TERBAIK (AKWT) 2026

πŸ“… 23 Jun 2026
Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang telah menerima kunjungan panel penilai sempena Penilaian Pertandingan Anugerah Kumpulan Wanita Terbaik (AKWT) Peringkat Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026.
Program penilaian ini bertujuan menilai pencapaian, penglibatan serta kejayaan kumpulan wanita dalam melaksanakan aktiviti ekonomi dan pembangunan komuniti yang memberi impak positif kepada ahli serta masyarakat setempat.

Sepanjang sesi penilaian, panel telah diberikan taklimat mengenai perjalanan dan pencapaian KPW Pulau Betong, selain berpeluang meninjau pelbagai produk yang diusahakan oleh ahli-ahli kumpulan. KPW Pulau Betong turut berkongsi pengalaman serta usaha berterusan dalam memperkasakan wanita luar bandar melalui aktiviti keusahawanan dan penjanaan pendapatan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh ahli KPW Pulau Betong atas komitmen, kerjasama dan dedikasi yang ditunjukkan dalam menjayakan sesi penilaian ini. Semoga segala usaha yang dilaksanakan akan terus membuahkan kejayaan dan menjadi inspirasi kepada kumpulan wanita lain.

27/02/2026

🌳✨ Musim Durian Balik Pulau Bermula Dengan Mekarnya Bunga! ✨🌼

Alhamdulillah, ketika ini dusun-dusun durian di Balik Pulau sudah mula berbunga 🌼🌿. Bunga-bunga kecil yang mekar di dahan menjadi petanda awal bahawa musim durian bakal tiba tidak lama lagi.

Inilah fasa penting yang menentukan hasil beberapa bulan akan datang πŸƒ. Para pekebun kini giat membuat pemantauan dan penjagaan rapi bagi memastikan bunga berkembang menjadi buah yang berkualiti tinggi πŸ› οΈπŸŒ±.

Jika cuaca mengizinkan β˜€οΈπŸŒ§οΈ dan semuanya berjalan lancar, pertengahan tahun nanti kita akan dapat menikmati durian Balik Pulau yang terkenal dengan rasa lemak manis, aroma kuat dan isi yang tebal πŸ˜‹πŸ‘‘.

Sama-sama kita doakan agar musim kali ini dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan hasil yang melimpah ruah kepada semua pengusaha durian di Balik Pulau πŸ€²πŸ’›.

Tak lama lagi, peminat durian dari dalam dan luar negara boleh mula merancang perjalanan ke Balik Pulau untuk merasai pengalaman makan durian segar terus dari dusun πŸš—πŸŒ³πŸˆ.






6 Nov 2025 - Seminar Pengurusan Rintangan Racun Makhluk Perosak Bersama Pekebun Buah-Buahan Anjuran Malaysian Croplife &...
18/12/2025

6 Nov 2025 - Seminar Pengurusan Rintangan Racun Makhluk Perosak Bersama Pekebun Buah-Buahan Anjuran Malaysian Croplife & Public Healt Association (MCPA) Dengan Kerjasama Penang Fruits Farmers Association Dan Pejabat Pertanian Daerah Barat Daya/Timur Laut

Address

Balik Pulau

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6048668429

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pertanian Daerah Barat Daya / Timur Laut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share