Seangkatan Balik Pulau

Seangkatan Balik Pulau SEANGKATAN BALIK PULAU

Diterajui oleh Pasukan SEANGKATAN Balik Pulau

Innalillahiwainnailaihirajiun...Balik Pulau kehilangan sebutir mutiara.Dukacita dimaklumkan Al Marhumah Hamidah Pawan Ch...
17/09/2024

Innalillahiwainnailaihirajiun...

Balik Pulau kehilangan sebutir mutiara.

Dukacita dimaklumkan Al Marhumah Hamidah Pawan Chik.

Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Ya Allah Ya Tuhanku..
ampunilah dia,
rahmatilah dia,
maafkanlah dia,
muliakanlah kematiannya,
lapangkanlah kuburnya,
jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya..

Al Fatihah
‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

15/02/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani

Wanita KEADILAN Pulau Pinang akan mengadakan Program ‘Physiotherapy and Women’ P.A.W pada ketetapan berikut:

🗓️Tarikh : 17 Februari 2024
❗️Hari : Sabtu
🕰️Jam : 12.00 Tengahari - 4.00 Petang
📍Lokasi : Dewan Taman Sembilang, Desa Cemara Apartments Seberang Jaya

〽️ ‘Talk’ Puan Nurul Izzah Anwar bersama Sherry Ibrahim
〽️ ‘Talk’ Kepentingan Fisioterapi untuk Wanita
〽️Pemeriksaan Kesihatan secara PERCUMA
〽️Booth PWDC
〽️Booth Pendaftaran PADU
〽️Booth PYDC
〽️Booth Skuad Belia Pulau Pinang
〽️Booth AADK
〽️Booth LPPKN

Tetamu Kehormat :
✨ Puan Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden Parti KEADILAN Rakyat, Pengerusi Majlis Pimpinan Pulau Pinang

Penampilan Istimewa :
✨ Sherry Ibrahim

‼️Baju PERCUMA bagi yang telah berdaftar & terawal ‼️

Jom semua yang berkelapangan untuk turut bersama 🥰

19/07/2023

Setiap Hari Riders Kena Saman Ratusan Ringgit. 💸

Sudah sekian lama rider penghantar makanan memohon bantuan daripada wakil rakyat semasa. Tapi sampai sekarang masih tak ada jawapan dan langsung tak dapat apa-apa respon.

Rider-rider ni dah buntu dan tak tahu nak buat apa lagi. Jadi mereka terpaksa berhimpun dan menghantar mesej bantuan kepada saya. Walaupun saya bukan lagi Ahli Parlimen Permatang Pauh, masih ramai penduduk di sini yang mesej saya untuk memohon bantuan. 🙏🏼

Menurut mereka, tugas ini memerlukan mereka untuk masuk ke mall melebihi 10 kali, dan setiap kali masuk mereka kena bayar parking semata-mata untuk mengambil makanan. Benda ni amat membebankan mereka. Jadi untuk jimatkan kos, kadang-kadang mereka hanya letakkan motosikal di tepi jalan di luar mall.

Tapi timbul dua masalah.

❌ Satu : Trafik akan jadi sesak sebab motosikal mereka menghalang laluan. Jalan dua lane jadi satu lane sahaja.
❌ Dua : Mereka akan disaman oleh PDRM sebanyak RM100 atau Majlis Bandaraya Seberang Perai sebanyak RM20, atau kedua-duanya sekali. Total saman boleh mencecah ratusan Ringgit sehari. 💸

Diorang ni kebanyakannya orang Melayu dan bukan datang dari keluarga senang. Ramai juga riders yang kena saman 2-3 kali dalam sehari. Nak bayar parking mall tak mampu, bila parking luar kena saman p**a. Duit gaji habis untuk bayar saman je. 😭

Mereka mengeluh dan merayu supaya diwujudkan tempat parking dan ruang menunggu khas bagi riders di Sunway Carnival Mall. Tapi keluhan mereka dipandang sepi.

Kesian saya tengok. 😔 Saya kena bertindak sebab mereka benar-benar perlukan bantuan.

✅ Pihak kami berjumpa dengan pihak pengurusan Sunway Carnival Mall untuk ketengahkan isu ini. Setelah berunding selama satu jam, kami berjaya menemui jalan penyelesaian! 🤝 Pihak Sunway bersetuju untuk menyediakan tempat parking khas untuk pekerja gig yang terlibat dengan servis penghantaran.

✅ Ini sekali gus dapat menyelesaikan isu kesesakan dan isu saman menyaman yang mereka kena hadap hampir setiap hari. Win win! 😁

Pekerja gig adalah sebahagian daripada tulang belakang kepada ekonomi kita. Merekalah yang mempertaruhkan nyawa mereka setiap hari di jalan raya untuk menghantar pesanan kita demi mencari rezeki.

Semoga riders terus steady! 💪🏼

17/07/2023

PODCAST PENANG ELOK DAH
EPISOD 9 | Pentadbiran Islam di Pulau Pinang

Bersama:
Moderator: Sdr Hafiz
Panel Jemputan: Dato' Ir. Ahmad Zakiyuddin ADUN Pinang Tunggal

Jom ikuti kami di laman Facebook KEADILAN Pulau Pinang untuk siaran langsung podcast Penang Elok Dah!

Jumpa pada pukul 9 malam hari ini.



Address

Balik Pulau

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Seangkatan Balik Pulau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Seangkatan Balik Pulau:

Share