JRKV PBU

JRKV PBU Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JRKV PBU, Government Organization, Jalan Pinang Nirai, Mukim E, Balik Pulau.

Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual, Politeknik Balik Pulau (JRKV) merupakan sebuah jabatan akademik yang menawarkan program pengajian Diploma Senireka Grafik (DRG).

๐Ÿ† SETINGGI-TINGGI TAHNIAH | ANUGERAH JARI EMAS POLYCCSKILLS 2026 ๐Ÿ†Warga Politeknik Balik Pulau merakamkan setinggi-tingg...
13/08/2026

๐Ÿ† SETINGGI-TINGGI TAHNIAH | ANUGERAH JARI EMAS POLYCCSKILLS 2026 ๐Ÿ†

Warga Politeknik Balik Pulau merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudari Nur Aishah Athirah Sulahuddin atas kejayaan cemerlang dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Jari Emas POLYCCSkills 2026. ๐Ÿฅ‡โœจ

Penghargaan dan tahniah turut diberikan kepada barisan jurulatih, Masstura Sulaiman, Muhammad Aiman Zulkefli dan Haiman Haikal Musmira, atas komitmen, bimbingan serta usaha berterusan dalam membawa kejayaan ini.

Pencapaian membanggakan ini menjadi bukti bahawa bakat, kemahiran, disiplin dan semangat untuk terus mencabar kemampuan diri mampu membawa anak TVET ke tahap yang lebih tinggi.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Politeknik Balik Pulau untuk terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama institusi.

Tahniah, Juara! ๐Ÿ†
Terus melangkah, terus mencipta kejayaan.

POLITEKNIK BALIK PULAU
Menjadi Peneraju Institusi TVET yang Unggul

POLYCC JRKV GraphicDesignTechnology ProudPBU

From observing to becoming. โœจLawatan Akademik ke UiTM Merbok Diploma Show bukan sekadar datang, tengok dan balik.Kali in...
10/08/2026

From observing to becoming. โœจ

Lawatan Akademik ke UiTM Merbok Diploma Show bukan sekadar datang, tengok dan balik.

Kali ini, pelajar diberi ruang untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana sebuah final project dibina, dipersembahkan dan dikomunikasikan โ€” daripada packaging, advertising, poster, writing, design details sehinggalah kepada cara presentation dan exhibition display.

Semoga setiap idea, setiap detail dan setiap karya yang dilihat hari ini menjadi sedikit bekalan untuk perjalanan menuju VISCOM Showcase mereka sendiri nanti.

Mission accomplished. โœ…
And yesโ€ฆ we ended the day with Spider-Man. ๐Ÿ•ท๏ธโค๏ธ

GraphicDesign DesignStudents PoliteknikBalikPulau

Warna berbeza. Personaliti berbeza. Idea pun berbeza.Tapi bila digabungkan, inilah pasukan yang membentuk ekosistem krea...
30/06/2026

Warna berbeza. Personaliti berbeza. Idea pun berbeza.

Tapi bila digabungkan, inilah pasukan yang membentuk ekosistem kreatif di JRKV PBU ๐ŸŽจโœจ

Kenali pensyarah-pensyarah kami yang sentiasa bersedia untuk berkongsi ilmu, pengalaman industri dan membimbing anda menjadi pencipta visual masa depan.

Different Minds. One Vision.

TVET GraphicDesign VisualCommunication PoliteknikMalaysi

SELAMAT DATANG KE JRKV!Tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (...
22/06/2026

SELAMAT DATANG KE JRKV!

Tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu
Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) bagi Sesi I: 2026/2027.

Perjalanan anda sebagai seorang pereka, pencipta kandungan, jurugambar, ilustrator dan pemikir kreatif bermula di sini. Jadikan setiap idea sebagai peluang untuk berkarya, setiap cabaran sebagai pengalaman pembelajaran, dan setiap projek sebagai langkah ke arah masa depan yang lebih cemerlang.

Semoga anda terus berani meneroka, bereksperimen dan menghasilkan karya yang memberi impak kepada masyarakat serta industri kreatif.

Selamat menjadi sebahagian daripada keluarga JRKV.
Think. Design. Inspire.

"Idea yang hebat tidak lahir dalam sehari, tetapi dibentuk melalui proses, bimbingan dan penambahbaikan yang berterusan....
08/06/2026

"Idea yang hebat tidak lahir dalam sehari, tetapi dibentuk melalui proses, bimbingan dan penambahbaikan yang berterusan."

Hari ini telah berlangsung sesi konsultasi pelajar Semester 5 bersama Supervisor (SV) di HM1 sebagai sebahagian daripada persediaan awal bagi program VECTRA 1.0, iaitu Diploma Final Showcase Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual.

Sesi ini memberi peluang kepada para pelajar untuk membentangkan perkembangan idea, mendapatkan maklum balas profesional serta memperhalusi konsep dan hala tuju projek masing-masing sebelum memasuki fasa pembangunan yang lebih mendalam.

Teruskan berusaha, teruskan berkarya, dan jadikan setiap sesi konsultasi sebagai ruang untuk mengembangkan idea menjadi sesuatu yang luar biasa.


Hari ini, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual telah mengadakan sesi perbincangan bersama wakil industri bagi mendap...
04/06/2026

Hari ini, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual telah mengadakan sesi perbincangan bersama wakil industri bagi mendapatkan pandangan, cadangan dan input profesional dalam memperkukuhkan pelaksanaan VECTRA 1.0.

VECTRA 1.0 merupakan platform Diploma Final Showcase yang bakal menghimpunkan hasil karya, idea kreatif dan projek akhir pelajar dalam satu pameran yang bukan sahaja meraikan pencapaian akademik, malah membuka ruang kolaborasi antara pelajar dan industri.

Melalui sesi ini, pelbagai perkongsian bernilai telah dibincangkan bagi memastikan VECTRA 1.0 terus relevan dengan keperluan industri semasa serta mampu menjadi medium terbaik dalam mengetengahkan bakat-bakat kreatif masa hadapan.

๐ŸŒ™โœจ SALAM AIDILADHA 1445H โœจ๐ŸŒ™Ada yang sibuk โ€œroad tripโ€,ada yang sibuk kejar pahala ๐Ÿ˜†๐Ÿ„๐Ÿ๐ŸชDi sebalik senyuman dan gurauan Ha...
27/05/2026

๐ŸŒ™โœจ SALAM AIDILADHA 1445H โœจ๐ŸŒ™

Ada yang sibuk โ€œroad tripโ€,
ada yang sibuk kejar pahala ๐Ÿ˜†๐Ÿ„๐Ÿ๐Ÿช

Di sebalik senyuman dan gurauan Hari Raya Korban, semoga kita semua terus belajar tentang erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan. ๐Ÿค

Daripada kami di
๐ŸŽจ Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV)

Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh warga politeknik, pelajar, alumni dan rakan industri.
Semoga setiap pengorbanan kecil mahupun besar dipandang mulia di sisi-Nya.

๐Ÿ•Œ โ€œPengorbanan diterima, pahala berganda, hati tenang selamanya.โ€

UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua panel penil...
15/05/2026

UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua panel penilai jemputan daripada institusi akademik, wakil industri, pemerhati program serta penasihat akademik yang sudi meluangkan masa menghadiri EVOLVE 2.0 โ€“ Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang yang telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Mei 2026 bertempat di Dewan Seri Nirai, PBU.

Kehadiran serta kesudian para panel dalam memberikan penilaian profesional, pandangan bernas, kritikan membina serta perkongsian pengalaman industri amat bermakna dalam memperkukuhkan pendedahan pelajar kepada suasana sebenar penilaian akhir projek profesional, selaras dengan kehendak dunia akademik, industri kreatif dan keperluan semasa.

Program ini bukan sekadar platform penilaian, malah menjadi medan pembelajaran yang amat berharga buat para pelajar untuk memahami bahawa setiap idea kreatif perlu melalui proses semakan, penambahbaikan, komunikasi visual yang efektif serta ketahanan profesional dalam menerima maklum balas secara konstruktif.

Sekalung penghargaan kepada panel yang dihormati:

๐Ÿ”น Ts. Ahmad Sofiyuddin bin Mohd Shuib
(Penasihat Akademik | Pensyarah UiTM | Bidang Grafik)

๐Ÿ”น Nordashima Binti Md. Suib
(Pensyarah IKM SP, TVET MARA | Bidang Digital Advertising)

๐Ÿ”น Norzaiddy Bin Zainon
(Pensyarah IKM SP, TVET MARA | Bidang Digital Advertising)

๐Ÿ”น Faizal Ashraf Bin Ali
(Pereka / USM | Bidang Identiti Korporat, Grafik Komunikasi & Penerbitan)

๐Ÿ”น Ts. Hafeezur Rahmaan bin Mohd Yassin
(Pensyarah Kanan USM | Bidang Rekabentuk Produk)

๐Ÿ”น Noor Azlina Mohamed Khalid
(Pensyarah Kanan USM | Bidang Rekabentuk Produk)

๐Ÿ”น Dr. Julina Ismail @ Kamal
(Pensyarah Kanan USM | Bidang Reka Bentuk Teknologi Media Baru, Grafik & Komunikasi Visual)

๐Ÿ”น Dr. Zuriawati Ahmad Zahari
(Pensyarah USM | Bidang Reka Bentuk Teknologi Media Baru, Grafik & Komunikasi Visual)

๐Ÿ”น Badrul Nizam bin Shamsudin
Senior PreMedia Artist, SGK INTERNATIONAL Global Packaging & Brand | Wakil Industri โ€“ Packaging Expert)

๐Ÿ”น Mohd Nazar bin Yamat
(Pengarah Kreatif, Kaxprint | Wakil Industri โ€“ Printing & Creative Production)

๐Ÿ”น Prof. Dr. Mohamad Hariri Abdullah
(Taylorโ€™s University | Pemerhati Program | Penasihat Industri JRKV PBU di bawah Pereka Malaysia)

Semoga hubungan profesional yang terjalin melalui program ini menjadi jambatan kolaborasi akademik dan industri yang lebih kukuh, berterusan dan berimpak tinggi dalam pembangunan bakat kreatif generasi pereka masa hadapan.

Terima kasih kerana sudi bersama-sama membimbing, menilai, berkongsi kepakaran dan menginspirasikan para pelajar dalam perjalanan profesional mereka.

EVOLVE 2.0 bukan sekadar penilaian, ia adalah ruang pembentukan minda, bakat dan masa depan pereka muda.





Address

Jalan Pinang Nirai, Mukim E
Balik Pulau
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6048689000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JRKV PBU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JRKV PBU:

Shortcuts

Share