03/08/2026
โจ ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ข๐๐๐๐ง๐๐ฃ ๐๐๐๐ผ๐ & ๐ผ๐ก๐ฅ๐๐ ๐๐๐ฃ ๐๐๐ก๐๐ฃ๐ฉ๐จ @ ๐๐๐๐ผ๐ ๐๐๐ง๐๐ฃ๐๐ ๐๐ฉ ๐๐๐๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐ 2026 โจ
Alhamdulillah, program Hari Kemahiran KEMAS & Alpha Gen Talents @ KEMAS Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 1hb Ogos secara serentak di PKM Baling selaku tuan rumah bagi acara kemahiran dan Padang Awam Kampung Lalang, Baling bagi acara Alpha Gen Talents.
Pelbagai pertandingan telah dipertandingkan di bawah Hari Kemahiran KEMAS, antaranya:
๐ณ Pertandingan Memasak
๐ฟ Gubahan Sirih Junjung
๐งต Jahit Baju Kurung
๐ Solekan & Peragaan
Manakala di bawah Alpha Gen Talents @ KEMAS, peserta telah menunjukkan bakat dan semangat luar biasa dalam:
๐ Kids Athletic
โฝ Futsal
๐ Bola Jaring
๐ฎ E-Sport
๐ป Digital Hero
๐ Huffaz Cilik
๐ค Bicara Berirama
Tahniah kepada seluruh kontinjen KEMAS Baling atas pencapaian yang membanggakan:
๐ฅ Naib Johan Digital Hero (Lelaki)
๐ฅ Tempat Ketiga Digital Hero (Perempuan)
๐ฅ Johan Bicara Berirama
๐ Anugerah Khas โ Konduktor Terbaik: Airis Marissa Afeeya
๐ Anugerah The Best War Cry
๐ Anugerah Perbarisan Kontinjen Terbaik
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta, jurulatih, guru pembimbing, urus setia, ibu bapa serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Setiap usaha, pengorbanan dan komitmen yang diberikan amat bermakna dan menjadi kunci kepada kejayaan kita bersama.
Kepada yang berjaya, tahniah atas pencapaian yang diraih. Kepada yang belum berpeluang membawa pulang kemenangan, jangan berputus asa. Teruskan berusaha, memperbaiki diri dan kembali dengan semangat yang lebih tinggi pada tahun hadapan. Setiap pengalaman adalah langkah menuju kejayaan.
Semoga semangat kebersamaan, kesukanan dan kecemerlangan ini terus mekar dalam keluarga besar KEMAS.