Klinik Pergigian Baling-Mesra Promosi

Klinik Pergigian Baling-Mesra Promosi Klinik Pergigian Baling adalah sebuah klinik mesra promosi dan Facebook ini adalah medium hebahan.

OBJEKTIF PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN NEGERI KEDAH


Objektif umum Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Negeri Kedah ialah untuk mempertingkatkan status kesihatan pergigian penduduk melalui aktiviti-aktiviti promosi, perkhidmatan pergigian, pencegahan, penggalakan, rawatan dan pemulihan supaya rakyat mencapai tahap kesihatan yang optima, hidup sihat serta dapat menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif.

14/06/2026

Penjagaan Kesihatan Pergigian Untuk Ibu dan Anak

14/06/2026

Gigi sihat, hidup ceria :)


14/06/2026

Merokok berbahaya terhadap kesihatan pergigian anda. Jauhi rokok.


14/06/2026

Berhati-hati jika mendapatkan rawatan pergigian di premis tidak berdaftar oleh pengamal yang tidak bertauliah. Penyakit anda bukan sahaja tidak dirawat, malah akan menjadi semakin teruk. Jauhi pengamal pergigian haram terutama bagi rawatan 'fake braces' dan 'fake veneer'. Sayangi gigi anda. Laporkan kepada pihak berkuasa jika anda punya maklumat.


14/06/2026

Awas! Jauhi pengawal pergigian haram. Banyak kesan buruk akibat rawatan dari pengamal tidak bertauliah. Laporkan maklumat anda kepada pihak berwajib. Anda mampu mengubahnya.



22/02/2026

Kanser mulut yang dapat dikesan pada peringkat awal lebih berpeluang mendapat hasil rawatan yang baik berbanding tahap akhir. Pemeriksaan kendiri adalah jalan terbaik untuk individu mengesan perubahan awal pada tisu mulut dan lebih mudah dilakukan sendiri di rumah. Ayuh lazimkan pemeriksaan kendiri dan dapatkan nasihat doktor gigi sekiranya ada perubahan yang nyata!



Anda ada 2 minit?Mari ikuti E-bulletin kami yang padat dengan aktiviti yang menarik dijalankan sepanjang 3 bulan di daer...
16/02/2026

Anda ada 2 minit?

Mari ikuti E-bulletin kami yang padat dengan aktiviti yang menarik dijalankan sepanjang 3 bulan di daerah Baling.

Buat kesekian kalinya, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Baling telah menerbitkan E-Buletin edisi pertama bagi Oktober-Desember 2025. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dianjurkan sepanjang 3 bulan ini!

Inisiatif penerbitan buletin ini adalah mendokumentasi kursus dan program, merakam kenangan dan menghargai usaha serta kesungguhan yang dicurahkan oleh anggota pergigian dalam melaksanakan pelbagai program dan kursus.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua anggota Pergigian Daerah Baling atas kerjasama dan pencapaian yang membanggakan sepanjang 3 bulan ini.

Jom semua kita mengimbau kembali perjalanan, kejayaan dan semua aktiviti yang telah dijalankan di sini.

Boleh tekan link yang tertera di bawah untuk membaca e-Buletin kami

Check E-Bulletin Oct-Dec from KLINIK PERGIGIAN BALING (PKPDBALING) here. Like E-Bulletin Oct-Dec? Just add E-Bulletin Oct-Dec of KLINIK PERGIGIAN BALING (PKPDBALING) to My Favorites. Embed E-Bulletin Oct-Dec to websites for free. Check all flipbooks from KLINIK PERGIGIAN BALING (PKPDBALING). Upload....

PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN PADA BULAN PUASA🌙✨ Puasa bukan alasan abaikan kesihatan gigi!Jom pelajari cara penjagaan p...
08/02/2026

PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN PADA BULAN PUASA

🌙✨ Puasa bukan alasan abaikan kesihatan gigi!
Jom pelajari cara penjagaan pergigian yang betul sepanjang bulan Ramadan.

Ramai tak pasti:
❓ Boleh ke berus gigi masa puasa?
❓ Macam mana nak elak mulut berbau?
❓ Perlu ke jumpa doktor gigi ketika berpuasa?

Kami akan jawab semua persoalan anda!

🦷 Pengisian program:
✔️ Ceramah Pergigian
✔️ Sudut Pameran & Poster Infografik
✔️ Kaunter “Anda Tanya, Kami Jawab”
✔️ Sudut Santai

📅 Mulai Khamis, 19/02/2026
📍Klinik Pergigian Besar Baling
⏳8am-5pm (Ahad hingga Rabu), 8am-3.30pm (Khamis)

💙 Jom kekalkan nafas segar & gigi sihat sepanjang Ramadan.

Gigi bersih, ibadah pun lebih yakin.

KEMPEN MULUT KENDIRI – AWASI TANDA AWAL KANSER MULUT🦷 Jom peka dengan kesihatan mulut anda!Bersempena Hari Kanser Seduni...
08/02/2026

KEMPEN MULUT KENDIRI – AWASI TANDA AWAL KANSER MULUT

🦷 Jom peka dengan kesihatan mulut anda!
Bersempena Hari Kanser Sedunia, kami bawakan program kesedaran untuk bantu anda kenal tanda awal kanser mulut.

⚠️ Ulser tak sembuh?
⚠️ Tompok putih/merah dalam mulut?
⚠️ Sakit atau sukar menelan?
Jangan abaikan — pengesanan awal boleh selamatkan nyawa.

📍 Antara aktiviti menarik:
🔸 Ceramah Pergigian
🔸 Sudut Pameran & Poster Infografik
🔸 Kaunter “Anda Tanya, Kami Jawab”
🔸 Sudut Santai

📅 1/2/26-28/2/26
📍Klinik Pergigian Besar Baling
⏳8am-5pm (Ahad hingga Rabu), 8am-3.30pm (Khamis)

💬 Datang, tanya soalan & tingkatkan kesedaran tentang kesihatan mulut anda dan keluarga.

Mulut sihat, hidup lebih selamat. ❤️

Address

Baling
09100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Baling-Mesra Promosi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share