24/08/2026
๐ SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL SAW 1448H ๐
ุจูุณูู
ู ุงูููููู ุงูุฑููุญูู
ููู ุงูุฑููุญููู
ู
Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara (PULAPAU) Baling dengan penuh rasa syukur dan sukacita mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1448 Hijrah kepada seluruh warga PULAPAU, warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta seluruh umat Islam.
โจ 12 Rabiulawal 1448H
๐
25 Ogos 2026 (Selasa)
Sambutan Maulidur Rasul merupakan kesempatan untuk kita menghayati kembali perjuangan, kepimpinan, keperibadian dan akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai panduan dalam kehidupan.
Semoga penghayatan terhadap sirah dan sunnah Rasulullah SAW dapat terus menyemarakkan keimanan, memperkukuhkan ukhuwah, mempertingkatkan akhlak serta menyuburkan semangat berkhidmat dengan penuh amanah dan keikhlasan kepada masyarakat dan negara.
โMeneladani Akhlak Rasul, Membina Ummah Madani.โ
๐น Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.
Tulus ikhlas daripada
Komandan dan seluruh warga
Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara (PULAPAU) Baling
`Berkhidmat untuk rakyat dan siap sedia menyahut cabaran Dekad Platinum.โ