Hospital Baling, Kedah

Hospital Baling, Kedah Laman Facebook Rasmi Hospital Baling

๐Ÿ’š JOM SERTAI MINGGU KESEDARAN PENDERMAAN ORGAN 2026! ๐Ÿ’šโ€œWarisku, Hormati Ikrarkuโ€Satu Ikrar, Sejuta Harapan.Ayuh warga Ba...
01/09/2026

๐Ÿ’š JOM SERTAI MINGGU KESEDARAN PENDERMAAN ORGAN 2026! ๐Ÿ’š

โ€œWarisku, Hormati Ikrarkuโ€

Satu Ikrar, Sejuta Harapan.

Ayuh warga Baling dan sekitarnya! ๐ŸŒฟ
Sempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organ (MKPO) 2026, Hospital Baling dengan kerjasama pelbagai pihak akan menganjurkan pelbagai aktiviti menarik untuk komuniti.

๐Ÿ“… 13 โ€“ 17 September 2026
๐Ÿ“ Perkarangan Lobi Kompleks Perkhidmatan Pakar, Hospital Baling

Dan jangan lepaskan acara kemuncak pada:

๐Ÿ“… 19 September 2026 (Sabtu)
โฐ 8.00 pagi โ€“ 1.00 petang
๐Ÿ“ Econsave Baling

โœจ Antara aktiviti menarik yang menanti anda:
๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ Amazing Race Organ Donation
๐Ÿ“ข Street Campaign
๐ŸŽจ Pertandingan Rekabentuk Kad Ucapan
โค๏ธ Booth Pendermaan Organ
๐Ÿฉธ Pendermaan Darah
๐Ÿ’š Senamrobik
๐Ÿฉบ Pemeriksaan Kesihatan
๐Ÿ“š Pameran & aktiviti kesedaran pendermaan organ
๐ŸŽ Pelbagai hadiah menarik menanti!

Bukan sekadar datang berseronok, tetapi kita bersama-sama menyebarkan kesedaran dan memberikan harapan kepada mereka yang sedang menanti peluang kehidupan baharu. Pendermaan organ merupakan salah satu usaha yang boleh membantu pesakit yang mengalami kegagalan organ dan memerlukan pemindahan organ.

๐ŸŒฑ Jom hadir beramai-ramai!

Ajak keluarga, sahabat dan komuniti anda untuk bersama-sama memeriahkan program ini.

๐Ÿ‘‰ Maklumat penuh program, jadual aktiviti & pendaftaran:
๐ŸŒ Layari laman web https://mutiara.interactivelink.site/mkpo26

๐Ÿ’š Satu Ikrar, Sejuta Harapan.
๐Ÿ’š Warisku, Hormati Ikrarku.








Sertai pelbagai aktiviti menarik sempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organ (MKPO) 2026 anjuran Jawatankuasa Hospital Pendermaan Organ dan Tisu (TOP Team) Hospital Baling bersama warga komuniti.

SALAM KEMERDEKAAN KE-69 DARIPADA WARGA HOSPITAL"Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka"Pengurusan dan seluruh warga Hospital ingi...
31/08/2026

SALAM KEMERDEKAAN KE-69 DARIPADA WARGA HOSPITAL

"Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka"

Pengurusan dan seluruh warga Hospital ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kemerdekaan bukan sekadar sambutan bersejarah, malah ia adalah cerminan semangat kebersamaan, keharmonian, dan tekad kita untuk terus melangkah maju sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Sebagai warga perkhidmatan kesihatan, kami kekal komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, prihatin, dan berdedikasi demi kesejahteraan serta kesihatan seluruh masyarakat.

Semoga semangat kemerdekaan ini terus menyemarakkan rasa cinta akan negara dan memperkukuh perpaduan sesama kita.
Dirgahayu Malaysiaku!

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN OGOS 2026 HOSPITAL BALING 30 Ogos 2026 โ€“ Pagi tadi telah berlangsungnya Majlis Perhimpunan Bu...
30/08/2026

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN OGOS 2026 HOSPITAL BALING

30 Ogos 2026 โ€“ Pagi tadi telah berlangsungnya Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Ogos 2026 peringkat Hospital Baling dengan jayanya. Majlis pada kali ini telah dianjurkan oleh Jabatan Dietetik dan Sajian bertempat di Dewan Sri Indah.

Majlis perhimpunan ini bukan sahaja menjadi platform pertemuan dan taklimat bulanan warga kerja hospital, malah ia turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian yang bermakna.

Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah dan penyerahan sijil kepada para pemenang bagi Pertandingan Poster AI anjuran Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP). Selain itu, majlis turut diserikan dengan acara Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan 'Langkah Sihat Itu Saya' bertujuan untuk meraikan para pemenang yang cemerlang, di samping mempromosikan budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga kerja hospital.

Kemuncak majlis perhimpunan pada pagi ini adalah acara Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Hospital Baling yang telah disempurnakan dengan jayanya oleh Tuan Pengarah Hospital Baling, Dr. Selvanaayagam Shanmuganathan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang! Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak penganjur iaitu Jabatan Dietetik dan Sajian, serta seluruh anggota kerja Hospital Baling yang hadir bagi memberikan sokongan penuh dalam menjayakan perhimpunan pada hari ini.

Semoga semangat kemerdekaan dan budaya kerja yang sihat terus mekar dalam kalangan warga kerja Hospital Baling. Selamat Menyambut Hari Kebangsaan!

โœจ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M โœจุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏูPengur...
24/08/2026

โœจ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M โœจ
ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja Hospital Baling ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam, khususnya di daerah Baling dan sekitarnya.

Marilah kita bersama-sama menghayati sunnah dan keperibadian mulia Baginda Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian, serta menanam sifat kasih sayang, empati, dan dedikasi dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik demi kesihatan masyarakat.
Semoga ajaran dan teladan Baginda sentiasa menjadi panduan untuk kita semua.

โ€œDan tidaklah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.โ€ (Surah Al-Anbiyaโ€™: 107)

MAJLIS SAMBUTAN JUBLI MUTIARA 30 TAHUN HOSPITAL BALING: "TIGA DEKAD, SATU TEKAD" ๐Ÿ’ซ๐ŸŽ‰Alhamdulillah, telah berlangsung deng...
21/08/2026

MAJLIS SAMBUTAN JUBLI MUTIARA 30 TAHUN HOSPITAL BALING: "TIGA DEKAD, SATU TEKAD" ๐Ÿ’ซ๐ŸŽ‰

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh gemilang Majlis Sambutan Jubli Mutiara 30 Tahun Hospital Baling bertempat di Mountain Village Glass Hall, Baling pada malam semalam. Majlis yang amat bermakna ini telah dirasmikan oleh Dr. Nor 'Aishah binti Abu Bakar, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah.

Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan VVIP Dr. Jeremy Rodney Davis (Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perubatan), Dr. Selvanaayagam Shanmuganathan (Pengarah Hospital Baling), mantan-mantan pengarah Hospital Baling, wakil Pegawai Kesihatan Pergigian Daerah Baling wakil Pegawai Kesihatan Daerah. Turut sama meraikan majlis adalah Ahli Lembaga Pelawat Hospital, wakil syarikat Edgenta, barisan Pengurusan Tertinggi, serta seluruh staf Hospital Baling.

Kemuncak majlis menyaksikan penyampaian Anugerah Khas sebagai tanda pengiktirafan tertinggi kepada wira-wira di sebalik tabir yang telah mencurah bakti lebih dari tiga dekad, iaitu Matron Rafidah Ariffin dan PPK Suriya Fariza atas dedikasi serta perkhidmatan cemerlang mereka.

Suasana majlis disemarakkan lagi dengan pelbagai persembahan menarik daripada warga hospital sendiri, termasuklah alunan merdu daripada Kumpulan Nasyid Al-Humaira, persembahan bertenaga daripada Picagari Band, serta keanggunan tarian daripada Nurses Tari. Sambil menikmati persembahan, majlis turut diselang-selikan dengan acara cabutan bertuah yang menambah keceriaan para tetamu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh jawatankuasa pelaksana, tetamu jemputan, dan warga Hospital Baling yang menjayakan majlis ini. Semoga sambutan tiga dekad ini terus memperkukuh tekad warga hospital dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik buat masyarakat.

โ€ผ๏ธ*ELAKKAN PEMBAZIRAN UBAT*๐Ÿ’Š Ubat adalah amanah, bukan untuk dibazirkan๐Ÿ“ฆ Setiap tahun, banyak ubat tidak digunakan akhir...
20/08/2026

โ€ผ๏ธ*ELAKKAN PEMBAZIRAN UBAT*

๐Ÿ’Š Ubat adalah amanah, bukan untuk dibazirkan
๐Ÿ“ฆ Setiap tahun, banyak ubat tidak digunakan akhirnya dibuangโ€ฆ sedangkan ada yang sangat memerlukan.
๐Ÿค Marilah kita bersama-sama elakkan pembaziran ubat!
๐Ÿ“ฆ Bawa baki ubat semasa lawatan untuk semakan di farmasi
๐Ÿ’Š Ambil ubat yang perlu sahaja
๐Ÿ“… Patuh arahan doktor

โค๏ธ INGAT!
๐Ÿ’Š Setiap ubat ada nilainya
๐Ÿค Gunakan secara bijak & bertanggungjawab

KEMPEN PANCARAN CAHAYA HIJAU: MASJID RIDZWANIAH BALING BERCAHAYA HIJAU TANDA SOKONGAN TEGUH IKRAR DERMA ORGAN ๐ŸŸขPihak Pen...
18/08/2026

KEMPEN PANCARAN CAHAYA HIJAU: MASJID RIDZWANIAH BALING BERCAHAYA HIJAU TANDA SOKONGAN TEGUH IKRAR DERMA ORGAN ๐ŸŸข

Pihak Pengurusan Hospital Baling merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Daerah Baling serta Pihak Pentadbiran Masjid Ridzwaniah Baling atas sokongan padu menyertai Kempen Pancaran Cahaya Hijau dengan melimpahi kawasan masjid dengan nyalaan lampu hijau.

Limpahan cahaya hijau ini merupakan simbolik harapan, kehidupan baharu, dan ihsan sesama manusia. Sokongan daripada institusi masjid seperti ini membuktikan bahawa amalan menderma organ adalah satu ikhtiar murni yang selari dengan tuntutan ajaran Islam untuk menyelamatkan nyawa (hifz an-nafs).

- Menderma organ merupakan amalan terpuji, merupakan ibadah, selaras dengan Maqasid Syariah, ikhtiar dan usaha yang dengan izin Ilahi boleh menyelamatkan nyawa pesakit.

- Sifat tolong-menolong, membantu meringankan bebanan sesama manusia merupakan satu inti pati ajaran Islam yang amat besar dan perlu dihidupkan dan diamalkan oleh ummah.

- Amalkan sifat sentiasa mengambil berat kepada masalah masyarakat berteraskan iman dan takwa, dengan mengamalkan sifat pemurah, bersedia menghulurkan pelbagai bentuk bantuan dan derma, hatta organ badan setelah kita mati, kepada orang-orang yang memerlukan.

- Pentingnya mendaftar sebagai pengikrar, diikuti dengan perbincangan bersama waris supaya hasrat murni ini dihormati apabila tiba masanya.

๐Ÿ’š MENGAPA- IKRAR ANDA SANGAT BERMAKNA?

Satu pengikrar berpotensi menyelamatkan dan meningkatkan kualiti hidup sehingga 8 orang pesakit.

Hukum: Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan bahawa HARUS menderma organ dan tisu selepas meninggal dunia.

๐Ÿ“ฒ JOM BERIKRAR HARI INI! (Hanya 2 Minit)

Sertai kami dalam menyokong kempen ini dan jadilah sebahagian daripada mereka yang memberi harapan kepada yang memerlukan.

Buka aplikasi MySejahtera

- Tekan menu 'Derma Organ' / 'Organ Donation'
- Lengkapkan borang ikrar anda

Pihak Hospital Baling menyeru seluruh komuniti Baling dan kawasan sekitar untuk bersama-sama menyebarkan kebaikan ini. Maklumkan juga keputusan ikrar anda kepada ahli keluarga tersayang.

"Setitis Kasih, Sejuta Harapan."

๐Ÿ’š SELAMAT MENYAMBUT HARI PENDERMAAN ORGAN SEDUNIA 2026 ๐Ÿ’šWarisku, Hormati IkrarkuSambutan Hari Pendermaan Organ Sedunia p...
13/08/2026

๐Ÿ’š SELAMAT MENYAMBUT HARI PENDERMAAN ORGAN SEDUNIA 2026 ๐Ÿ’š

Warisku, Hormati Ikrarku

Sambutan Hari Pendermaan Organ Sedunia pada 13 Ogos setiap tahun mengingatkan kita bahawa satu ikrar hari ini boleh membawa harapan baharu untuk kehidupan orang lain.

Pendermaan organ adalah satu tindakan yang penuh kasih sayang, keprihatinan, dan nilai kemanusiaan.
Sama-samalah kita kongsikan kesedaran ini. Bagi anda yang sudah berikrar, jangan lupa kongsikan juga hasrat ini bersama keluarga tersayang.

๐Ÿ“ฒ PENDAFTARAN PENGIKRAR DERMA ORGAN
Pendaftaran boleh dibuat dengan mudah terus menerusi aplikasi MySejahtera.
๐ŸŒฑ Satu Ikrar, Sejuta Harapan.



โ€œWARISKU, HORMATI IKRARKU.โ€ ๐Ÿ’šHari ini, 13 Ogos 2026 (Khamis), kita menyambut Hari Pendermaan Organ Sedunia. Ia bertujuan...
13/08/2026

โ€œWARISKU, HORMATI IKRARKU.โ€ ๐Ÿ’š

Hari ini, 13 Ogos 2026 (Khamis), kita menyambut Hari Pendermaan Organ Sedunia. Ia bertujuan meningkatkan kesedaran di peringkat global tentang kepentingan pendermaan organ, di samping menggalakkan lebih ramai individu membuat keputusan yang tepat dan bermaklumat.

Sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif murni ini, Hospital Baling meneruskan Kempen Pancaran Cahaya Hijau di bangunan hospital yang telah bermula pada 12 Ogos lalu. Pancaran hijau ini bukan sekadar cahaya, tetapi ia adalah simbol solidariti dan penghormatan kami buat para penderma serta keluarga yang telah berjiwa besar memberi harapan baharu kepada insan lain.

Mengapa sambutan hari ini sangat bermakna?

Peluang Kedua Untuk Hidup: Pendermaan organ mampu menyelamatkan ribuan pesakit di seluruh dunia yang mengalami kegagalan organ peringkat akhir.

Menghargai Pengorbanan Penderma & Keluarga: Sumbangan mereka meninggalkan legasi kehidupan yang berkekalan dan mengubah takdir kehidupan orang lain.

Meluruskan Salah Faham: Peluang terbaik untuk menyampaikan maklumat yang tepat bagi memperbetulkan kekeliruan masyarakat (termasuk isu agama, usia dan kelayakan perubatan).

Merangsang Perbincangan Keluarga: Apabila keluarga mengetahui dan memahami hasrat kita, mereka lebih bersedia untuk menyokong dan melaksanakannya kelak.

Ayuh bersama-sama kita sebarkan kesedaran ini! Peningkatan kesedaran masyarakat dapat menggalakkan lebih ramai mendaftar sebagai penderma organ, sekali gus mengurangkan tempoh menunggu pesakit yang amat memerlukan.

Langkah pertama bermula dengan anda. Daftarlah sebagai pengikrar penderma organ hari ini dengan mudah melalui aplikasi MySejahtera. ๐Ÿ“ฒ

Paling utama: Maklumkan hasrat anda kepada waris, dan hormatilah ikrar insan tersayang.

Satu ikrar, satu harapan, satu peluang untuk menyelamatkan nyawa.

Kursus Basic Life Support (BLS) 2026 Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Baling telah berjaya menganjurkan dua sesi Ku...
12/08/2026

Kursus Basic Life Support (BLS) 2026
Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Baling telah berjaya menganjurkan dua sesi Kursus Basic Life Support (BLS) pada tahun 2026, iaitu pada 20 April 2026 dan 11 Ogos 2026.
Latihan Basic Life Support (BLS) merupakan latihan asas yang amat penting bagi semua petugas kesihatan dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk mengenal pasti serta mengendalikan kes kecemasan, khususnya cardiac arrest sehingga bantuan lanjutan dapat diberikan. Penguasaan kemahiran ini memainkan peranan besar dalam meningkatkan kualiti rawatan awal dan seterusnya memberi impak positif terhadap keselamatan serta peluang kelangsungan hidup pesakit.
Sepanjang tahun ini, seramai 58 orang anggota Hospital Baling telah berjaya menamatkan latihan dan lulus penilaian BLS.
Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Baling merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua fasilitator Hospital Baling serta para peserta atas komitmen, kerjasama dan semangat yang ditunjukkan sepanjang kursus ini berlangsung.
Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat terus dipraktikkan dalam memberikan rawatan kecemasan yang pantas, berkualiti dan selamat kepada masyarakat.
โค๏ธ Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya! Bersama-sama kita memperkukuh budaya keselamatan pesakit dan meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi situasi kecemasan.

Address

Jalan Hospital Baling
Baling
09100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Baling, Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Hospital Baling, Kedah:

Shortcuts

Share