Pejabat Daerah Dan Tanah Baling

Pejabat Daerah Dan Tanah Baling Pejabat Daerah dan Tanah Baling Government Organization

HARI KEEMPAT TOUR GEO D’KEDAH TAHUN 2026BALING, 5 SEPTEMBER 2026 – Hari Keempat Tour Geo D’Kedah Tahun 2026 telah berlan...
05/09/2026

HARI KEEMPAT TOUR GEO D’KEDAH TAHUN 2026

BALING, 5 SEPTEMBER 2026 – Hari Keempat Tour Geo D’Kedah Tahun 2026 telah berlangsung dengan meriah pada 5 September 2026, bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Hadapan Pejabat Daerah dan Tanah Baling.

Program pada hari ini menyaksikan perlumbaan Stage 4 – Criterium, yang merupakan antara acara kemuncak Tour Geo D’Kedah Tahun 2026. Acara flag off telah disempurnakan oleh Tuan Yazlan Sunardie Che Yahaya, Pegawai Daerah Baling.

Majlis Penyampaian Hadiah p**a telah disempurnakan oleh Tuan Yazlan Sunardie Che Yahaya, Pegawai Daerah Baling, bersama-sama Tuan Supt. Brandon Richard Joe, OCPD IPD Baling serta Encik Ikhmal Fikri Amjad, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan). Majlis turut diiringi oleh Dato Wira Hj Amiruddin Hj Hamzah, Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Kedah Darul Aman.

Turut hadir memeriahkan program ialah:

1. Tuan Ir. Fauzi Abdul Rahman, Jurutera Daerah JKR Baling;
2. PPgB Zulkhairi Mat Tanjil, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling;
3. Lt(PA) Mohd Faizol Ab Aziz, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling;
4. Encik Muhamad Sharifudin Idris, Penolong Pegawai RELA Daerah Baling; dan
5. Encik Ghazali Mohd Jawi, Pegawai TNB Daerah Baling.

Antara pencapaian yang menjadi perhatian pada perlumbaan kali ini ialah Jersi Kuning bagi Johan Keseluruhan dan Pemenang Podium yang dimenangi oleh Rider No. 52, Saniy Syahmi Mohd Safiee dari Club Malaysia Pro Cycling B.

Manakala Jersi Putih bagi Pemenang Men U21 telah dimenangi oleh Rider No. 58, Saniy Syuib dari Club Malaysia Pro Cycling B.

KEPUTUSAN RASMI STAGE 4 – CRITERIUM

🚴 MEN OPEN

Race: 20 Mins + 2 Laps / 0.8 km

🥇 Johan: Rider No. 52, Saniy Syahmi Mohd Safiee
Club Malaysia Pro Cycling B
⏱️ Masa: 00:20:39

🥈 Naib Johan: Rider No. 4, Muhamad Iqbal Daniel Mohd Nawawi
Club Malaysia Pro Cycling A
⏱️ Masa: 00:20:39

🥉 Tempat Ketiga: Rider No. 38, Mohd Izzat Hilmi Halil
Armed Forces Cycling
⏱️ Masa: 00:20:39

🚴 MEN U21

Race: 20 Mins + 2 Laps / 0.8 km

🥇 Johan: Rider No. 58, Saniy Syuib
Club Malaysia Pro Cycling B
⏱️ Masa: 00:21:18

🥈 Naib Johan: Rider No. 46, Zulfahmi Aiman Zulkurnain
Club TSG Cycling Academy
⏱️ Masa: 00:21:18

🥉 Tempat Ketiga: Rider No. 97, Nasrul Firas Ridzuan
Team Aquatwo Cyclomotion
⏱️ Masa: 00:21:19

🚴 CRIT MEN U15

🥇 Johan: Rider No. 11, Syahin Firas Syuaib
Negeri Perak
⏱️ Masa: 00:17:02

🥈 Naib Johan: Rider No. 53, Nik Akif Mohd Riza
Wilayah Persekutuan Putrajaya
⏱️ Masa: 00:17:27

🥉 Tempat Ketiga: Rider No. 12, Harauddin Shah Mohamad Azli
Negeri Perak
⏱️ Masa: 00:17:28

🚴‍♀️ CRIT WOMEN U21

🥇 Johan: Rider No. 202, Zahra Afifah Zamri
Negeri Kedah
⏱️ Masa: 00:11:28

🥈 Naib Johan: Rider No. 203, Nurul Aqilah Mohd Fitri
Wilayah Persekutuan Putrajaya
⏱️ Masa: 00:11:28

🚴‍♀️ CRIT WOMEN U16

🥇 Johan: Rider No. 51, Alzarif Aufa Abdul Rahman
Negeri Kedah
⏱️ Masa: 00:11:31

🥈 Naib Johan: Rider No. 55, Difa Irdina Fazallah
Wilayah Persekutuan Putrajaya
⏱️ Masa: 00:11:41

🥉 Tempat Ketiga: Rider No. 52, Zasqia Amni Zamri
Negeri Kedah
⏱️ Masa: 00:11:41

Tour Geo D’Kedah Tahun 2026 merupakan sebuah program anjuran Persatuan Berbasikal Negeri Kedah Darul Aman yang berjaya menghimpunkan para pelumba dari pelbagai negeri dan pasukan untuk bersaing dalam semangat kesukanan yang tinggi.

Penganjuran program ini bukan sahaja menjadi platform dalam mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat baharu dalam sukan berbasikal, malah turut menyumbang kepada usaha mempromosikan Daerah Baling sebagai sebuah destinasi yang berpotensi dalam penganjuran acara sukan dan rekreasi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang serta para peserta yang telah memberikan saingan terbaik sepanjang perlumbaan.







HARI KETIGA TOUR GEO D’KEDAH TAHUN 2026BALING, 4 SEPTEMBER 2026 – Program Hari Ketiga Tour Geo D’Kedah Tahun 2026 telah ...
04/09/2026

HARI KETIGA TOUR GEO D’KEDAH TAHUN 2026

BALING, 4 SEPTEMBER 2026 – Program Hari Ketiga Tour Geo D’Kedah Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 4 September 2026, dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, bertempat di hadapan Pejabat Daerah dan Tanah Baling.

Perlumbaan bagi hari ketiga ini melibatkan Stage 3 – Road Race sejauh 80 kilometer, yang telah menghimpunkan para pelumba untuk bersaing dalam kategori Men Open dan Men U21.

Majlis pelepasan (Flag Off) telah disempurnakan oleh Dato Wira Hj Amiruddin Hj Hamzah, Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Kedah Darul Aman.

Majlis penyampaian hadiah p**a telah disempurnakan oleh PPgB Zulkhairi Mat Tanjil, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, dan turut bersama Dato Wira Hj Amiruddin Hj Hamzah, Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Kedah Darul Aman.

Turut hadir ialah En. Ghazali Mohd Jawi, Pegawai TNB Daerah Baling.

Antara pencapaian yang menjadi tumpuan pada perlumbaan kali ini adalah seperti berikut:

🏆 Jersi Kuning (Johan Keseluruhan & Pemenang Podium)
Rider No. 35, Mohd Nor Aiman Rosli daripada Club Armed Forces Cycling.

🤍 Jersi Putih (Pemenang Men U21)
Rider No. 58, Saniy Syuib daripada Club Malaysia Pro Cycling B.

🔴 Jersi Polkadot (Raja Bukit)
Rider No. 57, Erickson Lopez daripada Club Malaysia Pro Cycling B.

KEPUTUSAN MEN OPEN

🥇 Johan
Rider No. 35, Mohd Nor Aiman Rosli
Club Armed Forces Cycling
Catatan masa: 01:54:04

🥈 Naib Johan
Rider No. 52, Saniy Syahmi Mohd Safiee
Club Malaysia Pro Cycling B
Catatan masa: 01:54:07

🥉 Tempat Ketiga
Rider No. 41, Mohamad ‘Afi Danial Ramli
TSG Cycling Academy
Catatan masa: 01:54:34

KEPUTUSAN MEN U21

🥇 Johan
Rider No. 58, Saniy Syuib
Club Malaysia Pro Cycling B
Catatan masa: 01:54:35

🥈 Naib Johan
Rider No. 71, Mohd Darwisy Hakimi Zarin
Negeri Selangor
Catatan masa: 01:54:35

🥉 Tempat Ketiga
Rider No. 43, Muhammad Izz Zikry Mohammad Sophean
Club TSG Cycling Academy
Catatan masa: 01:54:37

Program Tour Geo D’Kedah Tahun 2026 merupakan anjuran Persatuan Berbasikal Negeri Kedah Darul Aman dan menjadi platform penting dalam mempromosikan sukan berbasikal serta mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan atlet tempatan.

Pejabat Daerah dan Tanah Baling merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur, agensi-agensi yang terlibat serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.





HARI KEDUA TOUR GEO D’KEDAH TAHUN 2026BALING, 3 SEPTEMBER 2026 – Hari Kedua Tour Geo D’Kedah Tahun 2026 telah berlangsun...
03/09/2026

HARI KEDUA TOUR GEO D’KEDAH TAHUN 2026

BALING, 3 SEPTEMBER 2026 – Hari Kedua Tour Geo D’Kedah Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 3 September 2026, bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Program yang dianjurkan oleh Persatuan Berbasikal Negeri Kedah Darul Aman ini telah menyaksikan acara Stage 2 – Road Race sejauh 120.4 kilometer, dengan pelepasan peserta dan Majlis Penyampaian Hadiah berlangsung di hadapan Pejabat Daerah dan Tanah Baling.

Acara pelepasan (flag off) telah disempurnakan oleh Lt(PA) Mohd Faizol bin Ab Aziz, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling.

Majlis Penyampaian Hadiah p**a telah disempurnakan oleh YB Tuan Hj Mohd Radhi Mat Din, Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah, bersama-sama Encik Mohd Fikri Che Sakri, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal), serta diiringi oleh Dato Wira Hj Amiruddin Hj Hamzah, Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Kedah Darul Aman.

Turut hadir bagi memeriahkan program ialah:

1. Tuan Supt. Brandon Richard Joe, OCPD IPD Baling;
2. PPgB Zulkhairi bin Mat Tanjil, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling; dan
3. Encik Zamzuri Mansor, GM Econsave Baling.

KEPUTUSAN UTAMA STAGE 2 – ROAD RACE 120.4 KM

🏆 Jersi Kuning (Johan Keseluruhan dan Pemenang Podium)
Rider No. 4, Muhamad Iqbal Daniel Mohd Nawawi daripada Club Malaysia Pro Cycling A

🤍 Jersi Putih (Pemenang Men U21)
Rider No. 58, Saniy Syuib daripada Club Malaysia Pro Cycling B

🔴 Jersi Polkadot (Raja Bukit)
Rider No. 1, Muhammad Syawal Mazlin daripada Club Malaysia Pro Cycling A

KEPUTUSAN MEN OPEN

🥇 Johan
Rider No. 4, Muhamad Iqbal Daniel Mohd Nawawi
Club Malaysia Pro Cycling A
Catatan masa: 02:50:48

🥈 Naib Johan
Rider No. 57, Erickson Lopez
Club Malaysia Pro Cycling B
Catatan masa: 02:50:48

🥉 Tempat Ketiga
Rider No. 51, Akmal Hakim Zakaria
Club Malaysia Pro Cycling B
Catatan masa: 02:50:51

KEPUTUSAN MEN U21

🥇 Johan
Rider No. 58, Saniy Syuib
Club Malaysia Pro Cycling B
Catatan masa: 03:02:54

🥈 Naib Johan
Rider No. 71, Mohd Darwisy Hakimi Zarin
Negeri Selangor
Catatan masa: 03:02:55

🥉 Tempat Ketiga
Rider No. 46, Zulfahmi Aiman Zulkurnain
Club TSG Cycling Academy
Catatan masa: 03:02:55

Penganjuran Tour Geo D’Kedah Tahun 2026 merupakan platform penting dalam memperkasa dan memartabatkan sukan berbasikal di samping mempromosikan daerah Baling sebagai salah satu destinasi yang mempunyai potensi besar dalam penganjuran acara sukan dan rekreasi.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta, pemenang, penganjur serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan Hari Kedua Tour Geo D’Kedah Tahun 2026.






LAWATAN TAPAK PROJEK JALAN MARISS KAMPUNG JENALIK                 3 September 2026 I Kampung Jenalik, Mukim Bongor      ...
03/09/2026

LAWATAN TAPAK PROJEK JALAN MARISS KAMPUNG JENALIK

3 September 2026 I Kampung Jenalik, Mukim Bongor

Satu Lawatan Tapak Projek Jalan Mariss Kampung Jenalik, Mukim Bongor telah diadakan pada 3 September 2026, bertempat di Rangkaian Jalan Minitar, Kampung Jenalik, Mukim Bongor.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau keadaan semasa serta perkembangan pelaksanaan projek di samping memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor adalah selaras dengan skop dan keperluan yang telah ditetapkan. Lawatan turut memberi ruang kepada pihak berkaitan untuk mengenal pasti sebarang isu atau keperluan di tapak yang perlu diberi perhatian bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan dengan lancar.

Lawatan tapak ini turut disertai oleh Penghulu Mukim Baling/Bongor, Penghulu Muhammad Fazdli Bin Ali Yasah , Penolong Jurutera Pejabat Daerah, Pn Amira Binti Mohd Yusoff serta pihak kontraktor.

Kerjasama dan pemantauan berterusan daripada semua pihak amat penting bagi memastikan projek infrastruktur ini dapat dilaksanakan dengan baik serta memberi manfaat kepada penduduk setempat, khususnya dalam meningkatkan keselesaan, keselamatan dan kemudahan perhubungan masyarakat di kawasan Kampung Jenalik.








LAWATAN TAPAK KERJA-KERJA MELEBAR, MENDALAM, PEMBERSIHAN SERTA PENGUKUHAN TEBING SUNGAI KAMPUNG CHARUK BAKAP            ...
03/09/2026

LAWATAN TAPAK KERJA-KERJA MELEBAR, MENDALAM, PEMBERSIHAN SERTA PENGUKUHAN TEBING SUNGAI KAMPUNG CHARUK BAKAP

1 September 2026 I Kampung Charok Bakap, Mukim Teloi Kanan

Satu lawatan tapak bagi meninjau keadaan dan keperluan kerja-kerja melebar, mendalam, pembersihan serta pengukuhan tebing sungai telah dilaksanakan pada 1 September 2026, bertempat di Kampung Charok Bakap, Mukim Teloi Kanan, Daerah Baling.

Lawatan ini bertujuan menilai keadaan semasa sungai dan tebing di lokasi berkenaan serta mengenal pasti keperluan penyelenggaraan yang bersesuaian bagi memastikan aliran sungai dapat berfungsi dengan lebih baik, di samping mengurangkan risiko hakisan tebing dan kejadian limpahan air yang boleh menjejaskan keselamatan serta kesejahteraan penduduk setempat.

Lawatan tapak ini turut disertai oleh Penghulu Mukim Teloi Kanan, En Effy Izuan Bin Azni, Penolong Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Encik Firdaus serta kakitangan JPS. Hasil tinjauan di lapangan akan dijadikan asas bagi tindakan susulan dan pertimbangan kerja-kerja penyelenggaraan yang diperlukan oleh pihak berkaitan.

Kerjasama berterusan antara agensi teknikal dan pihak pentadbiran daerah amat penting dalam memastikan pengurusan serta penyelenggaraan sungai dapat dilaksanakan secara berkesan demi kepentingan dan keselamatan penduduk setempat.







03/09/2026
HARI PERTAMA - TOUR GEO D’KEDAH TAHUN 2026Hari pertama Tour Geo D’Kedah Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada...
02/09/2026

HARI PERTAMA - TOUR GEO D’KEDAH TAHUN 2026

Hari pertama Tour Geo D’Kedah Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini dengan acara Individu Time Trial (TTI) bermula jam 3.00 petang hingga 6.30 petang.

Program ini telah dimulakan dengan acara Flag Off yang berlangsung di hadapan Eco Shop Baling dan telah disempurnakan oleh En. Mohd Shazarulazwan bin Sarip, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah).

Majlis penyampaian hadiah p**a telah diadakan di R&R Gunung Inas dan disempurnakan oleh Puan Siti Salmiah binti Md Ani, Pegawai Belia dan Sukan Baling, bersama-sama En. Mohd Shazarulazwan bin Sarip, serta diiringi oleh Dato’ Wira Haji Amiruddin Haji Hamzah, Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Kedah Darul Aman. Turut hadir adalah Tuan SU Majlis Daerah Baling serta para pegawai dari Pejabat Daerah & Tanah Baling.

Program anjuran Persatuan Berbasikal Negeri Kedah Darul Aman ini mempertandingkan dua kategori utama iaitu ITT Men Open dan ITT Men U21.

🏆 KEPUTUSAN ITT MEN OPEN

🥇 Johan
Muhammad Syawal bin Mazlin
Rider No. 1 – Club Malaysia Pro Cycling A
⏱️ Catatan masa: 00:16:26

🥈 Naib Johan
Muhammad Adam Danish bin Afdzal
Rider No. 56 – Club Malaysia Pro Cycling B
⏱️ Catatan masa: 00:16:32

🥉 Tempat Ketiga
Erickson Lopez
Rider No. 57 – Club Malaysia Pro Cycling B
⏱️ Catatan masa: 00:16:33

🏆 KEPUTUSAN ITT MEN U21

🥇 Johan
Saniy Syuib
Rider No. 58 – Club Malaysia Pro Cycling B
⏱️ Catatan masa: 00:18:22

🥈 Naib Johan
Nasrul Firas bin Ridzuan
Rider No. 97 – Club Team Aquatwo Cyclomotion
⏱️ Catatan masa: 00:18:42

🥉 Tempat Ketiga
Muhammad Nur Nadjmi bin Mohd Rosli
Rider No. 145 – Club Pevny A
⏱️ Catatan masa: 00:18:45

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang serta peserta yang telah menunjukkan semangat juang, disiplin dan prestasi yang membanggakan sepanjang pertandingan berlangsung pada hari ini.





02/09/2026
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM PENGURUSAN KESIAPSIAGAAN KOMUNITI HADAPI BENCANA DAN PELANCARAN KAMPUNG SIAGA PERINGKAT N...
02/09/2026

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM PENGURUSAN KESIAPSIAGAAN KOMUNITI HADAPI BENCANA DAN PELANCARAN KAMPUNG SIAGA PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2026

BALING, 2 September 2026 – Pejabat Daerah dan Tanah Baling telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Pengurusan Kesiapsiagaan Komuniti Hadapi Bencana dan Pelancaran Kampung Siaga Peringkat Negeri Kerah Tahun 2026 pada hari ini bertempat di Tingkat 1, Bilik Mesyuarat Pejabat Tanah Baling. Program ini akan dianjurkan dengan usahasama bersama Angkatan Pertahanan Awam Baling dan agensi-agensi di Daerah Baling.

Mesyuarat yang bermula pada jam 2.30 petang ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Ikhmal Fikri bin Amjad, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan). Mesyuarat diadakan bagi membincangkan dan menyelaras pelaksanaan program secara terancang dan berkesan, khususnya dalam usaha memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana.

Melalui pelaksanaan program ini, diharapkan kerjasama dan koordinasi antara pihak-pihak berkaitan dapat dipertingkatkan demi memastikan komuniti setempat lebih bersedia, berdaya tahan dan mampu mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menghadapi situasi kecemasan serta bencana.

01/09/2026

Address

Pejabat Daerah Dan Tanah Baling
Baling
09100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044701281

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Dan Tanah Baling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share