16/03/2026
16 MAC 2026 | ISNIN | MASJID AL-HUDA, KG.TELUK TEDURI, MK PULAI
Majlis Berbuka Puasa dan Program PKPK
Peringkat RISDA Daerah Baling
Program ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah RISDA Negeri Kedah, En.Mohd Rosli bin Hassan serta mengetuai aktiviti penyampaian Sumbangan Bakul Makanan RISDA kepada pekebun kecil getah yang kurang berkemampuan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada golongan yang memerlukan.
Majlis turut diisi dengan Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Tuan Imam, diikuti dengan bacaan tahlil serta solat berjemaah.
Program diteruskan lagi dengan majlis berbuka puasa bersama pekebun kecil getah sekitar kawasan, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak RISDA dan komuniti pekebun kecil getah setempat.
Secara keseluruhannya, Program ini mencerminkan komitmen berterusan RISDA dalam meningkatkan produktiviti, kesejahteraan hidup serta memperkukuhkan hubungan erat antara Pegawai dan pekebun kecil getah.
Turut hadir, Timbalan Pengarah RISDA Negeri Kedah, Pegawai RISDA Daerah baling, Pegawai RISDA Daerah Negeri Kedah, PEWARIS Daerah Baling, kakitangan RISDA Daerah baling serta pekebun kecil getah kawasan berhampiran.