YB Niran Tan Kran

YB Niran Tan Kran Suara Masyarakat Siam & Rakyat Malaysia

🇲🇾 Selamat Hari Kebangsaan 2026! 🇲🇾Nikmat kemerdekaan yang kita rasai hari ini bukan datang dengan mudah. Ia adalah hasi...
30/08/2026

🇲🇾 Selamat Hari Kebangsaan 2026! 🇲🇾

Nikmat kemerdekaan yang kita rasai hari ini bukan datang dengan mudah. Ia adalah hasil pengorbanan, perjuangan dan keberanian generasi terdahulu.

Justeru, marilah kita menjaga kemerdekaan ini sebaik-baiknya, terus memelihara perpaduan, saling menghormati dan bersama-sama membina Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera.

Kemerdekaan bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk kita hargai dan pertahankan.

Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati.

YB Senator Tuan Niran Tan Kran

Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan KeSSA 2026 yang berlangsung di Hotel Swiss Avenue Sungai Petani, Kedah pada 29/08/202...
30/08/2026

Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan KeSSA 2026 yang berlangsung di Hotel Swiss Avenue Sungai Petani, Kedah pada 29/08/2026 yang lalu.

Kehadiran saya adalah sebagai tanda sokongan kepada pertubuhan ini dan menjayakan AGM kali ke-11 yang mana saya juga pernah memimpin KeSSA dari tahun 2015 hingga 2025 yang lalu.

KeSSA kini dipimpin oleh Pengerusi baru, Datuk Dr. Ching Thoo Kim dan barisan ahli jawatankuasa yang dipilih pada sesi AGM tahun lepas.

Semoga KeSSA terus cemerlang dalam memartabatkan agenda dan perjuangannya.



Perjumpaan NGO Siam Malaysia Siri 2 Bersama YB Senator Niran Tan Kran berlangsung di Permaipura Golf & Country Club di B...
30/08/2026

Perjumpaan NGO Siam Malaysia Siri 2 Bersama YB Senator Niran Tan Kran berlangsung di Permaipura Golf & Country Club di Bedong, Kedah pada 25/08/2026 yang lalu.

Perjumpaan kali ini adalah sesi pembentangan deraf Perlembagaan Majlis Perundingan Pertubuhan Siam Malaysia (MPPSM) kepada pemimpin2 NGO Siam Malaysia yang hadir.



Mesyuarat dgn Yayasan Prak Wichianmolee di Songkhla pada 22/08/2026 yang lalu.Antara isu yg dibincangkan adalah kerjasam...
30/08/2026

Mesyuarat dgn Yayasan Prak Wichianmolee di Songkhla pada 22/08/2026 yang lalu.

Antara isu yg dibincangkan adalah kerjasama berkaitan Bahasa Ibunda Siam Dan program Bantuan pendidikan lanjutan bagi anak-anak Siam di Universiti terpilih di Songkhla.



Sesi kunjungan hormat ke atas Tan Sri Dato Dr. Johari Abdul, Speaker Dewan Rakyat di Parlimen pada 17/8/2026 yang lalu. ...
17/08/2026

Sesi kunjungan hormat ke atas Tan Sri Dato Dr. Johari Abdul, Speaker Dewan Rakyat di Parlimen pada 17/8/2026 yang lalu.




Mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Wat Meh Liew, Kuala Lumpur pada 16/8/2026 yang lalu dan mencari jalan penyelesa...
17/08/2026

Mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Wat Meh Liew, Kuala Lumpur pada 16/8/2026 yang lalu dan mencari jalan penyelesaian bersama dalam beberapa isu yang dibangkitkan oleh pihak wat.




09/08/2026

Majlis Makan Malam PESILA KE-28 di Kajang pada 8/8/2026

(kredit : Tn Eh Pon Prapan Krungnit)

Hadir merasmikan Majlis Makan Malam sempena ulangtahun ke -28 Persatuan Siam Kelantan, Kuala Lumpur dan Selangor (PESILA...
09/08/2026

Hadir merasmikan Majlis Makan Malam sempena ulangtahun ke -28 Persatuan Siam Kelantan, Kuala Lumpur dan Selangor (PESILA) di Restoren Na Sook Kajang pada 8/8/2026.

Terima kasih atas jemputan Tuan E Pian Pro Poul, turut hadir Tuan Aknan Eh Took, Pengerusi Majlis Penasihat PESILA, Ahli Jawatankuasa PESILA, ahli2 PESILA, NGO2 Siam seluruh negara dan juga dif2 jemputan.

Majlis turut diserikan dgn deklamasi sajak oleh sasteawan sohor negara, Datuk Dr. Lim Swee Tin dan juga Sdr. Suwanlerd Pro Poul, disamping itu juga disajikan dengan persembahan kebudayaan dari Kumpulan Kesenian PESILA.

Dalam pada itu majlis penyerahan set Klongjau turut disempurnakan kepada beberapa orang wakil dari wat dan juga PESILA.

Tahniah PESILA.




03/08/2026

YB Senator Niran Tan Kran membahaskan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026 di Dewan Negara pada 03.08.2026.

Dalam perbahasan ini YB Senator Niran juga menyentuh isu penggambaran yang melibatkan sami siam dalam drama tempatan yang menjadi kontroversi dan bualan hangat dalam kalangan masyarakat siam.




30/07/2026

YB Senator Niran Tan Kran membahaskan Rang Undang-Undang Profesion Kerja Sosial 2026 di Dewan Negara pada 30/07/2026.

Address

Baling
09100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when YB Niran Tan Kran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share