Pejabat Kesihatan Daerah Baling

Pejabat Kesihatan Daerah Baling PEJABAT KESIHATAN DAERAH BALING

04/09/2026

π‰π”πŒπ€π€π“-ππ€πŠπ€π“ 𝐏𝐔𝐋𝐔𝐍 ππ„π‘π’πˆπ‡ π‘π”πŒπ€π‡ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡

πŸ”Š Alang-alang cuti hari Jumaat ni hangpa buat apa tu? Jom la kita pakat pulun, gotong-royong cuci rumah sikit!

Sasaran utama kita: Cari & musnahkan port nyamuk Aedes membiak kat dalam dan luar rumah.

Pening tak tau nak mula check celah mana? Jangan kalut! Kami dah siapkan Borang Pemeriksaan Digital nak bagi mudah hampa buat gheja.

πŸ‘‰ Imbas kod QR di gambar atau klik terus link ni:

https://bit.ly/senaraisemakdigitaltempatpembiakanaedes

⚠️ Beringat na, Demam Denggi ni bukan demam biasa-biasa, boleh bawak maut! Bertindak la ni... jangan buat tak peduli, satgi merana diri.




04/09/2026

πŸ“£π‰π„π‘π„ππ” πŒπ”π‹π€ πŒπ„ππ˜π€ππ€ πŠπ„πƒπ€π‡!

Beberapa kawasan di Kedah mula menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

Bagi penghidap asma, udara yang tercemar boleh mencetuskan atau memburukkan gejala seperti batuk, sesak nafas dan dada terasa ketat.

πŸ’¨ ADA ASMA? JANGAN AMBIL MUDAH!

🏠 Kurangkan aktiviti di luar rumah ketika jerebu.
😷 Pakai pelitup muka yang sesuai apabila perlu berada di luar.
🚭 Jauhi asap rokok, v**e dan pembakaran terbuka.
πŸ’§ Minum air secukupnya.
πŸ’Š Pastikan ubat asma sentiasa bersama.

πŸ‘€ JANGAN LUPA SEMAK IPU!
Jika bacaan semakin meningkat, tingkatkan langkah berjaga-jaga dan kurangkan pendedahan kepada udara tercemar.

❀️ Lindungi paru-paru, kawal asma dan jaga kesihatan diri. Kongsikan infografik ini kepada keluarga dan rakan yang menghidap asma!



04/09/2026

4 langkah asas keselamatan makanan β€” cuci, asing, masak dan sejukkan β€” memang nampak mudah, tapi inilah yang paling kerap terlepas pandang di dapur. Tangan tak dibasuh dengan betul, papan pemotong bercampur, makanan tak cukup panas, atau hidangan dibiarkan terlalu lama pada suhu bilik boleh buka ruang kepada kuman. Ingat, makanan masak atau hidangan terhidang tak wajar dibiarkan lebih 4 jam pada suhu bilik, dan ayam, daging serta telur perlu dimasak hingga melebihi 75Β°C. Baca penuh di sini: https://safebite-daily-ai.blogspot.com/2026/09/4-langkah-asas-keselamatan-makanan-yang.html

🚨 JOM GEMPUR AEDES! HAPUSKAN DENGGI! 🚨Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga Kg Teluk Sg Durian! πŸ‘‹Nyamuk Aedes bukan ...
04/09/2026

🚨 JOM GEMPUR AEDES! HAPUSKAN DENGGI! 🚨
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga Kg Teluk Sg Durian! πŸ‘‹

Nyamuk Aedes bukan sekadar gangguan, ia membawa maut. Demi melindungi keluarga dan komuniti kita, jom sama-sama turun padang menjayakan kempen One Hour Malaysia Clean Up! πŸ’ͺ✨

Hanya luangkan SATU JAM masa anda untuk kita bergotong-royong mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di sekitar kawasan kampung kita.

πŸ—“ Tarikh: 4 September 2026

πŸ“ Tempat: Kg Teluk Sg Durian

πŸ’‘ Kenapa anda perlu hadir?

Putuskan Rantaian Aedes: Rujuk poster di bawah untuk fahami betapa pantasnya kitaran hidup nyamuk Aedes.

Kenal Pasti Ancaman: Ketahui di mana nyamuk ini sering membiak (seperti tin kosong, pasu bunga, dan tayar terpakai).

Cegah Sebelum Parah: Demam denggi amat berbahaya dan boleh meragut nyawa. Mari kita amalkan langkah pencegahan bersama.

πŸ“± LAKUKAN PEMERIKSAAN KENDIRI!
Selain bergotong-royong di kawasan awam, kami juga sangat menyarankan semua penduduk untuk mengimbas Kod QR yang disediakan bagi melaksanakan pemeriksaan Aedes kendiri (Cari & Musnah) di kawasan rumah masing-masing. Pastikan tiada takungan air yang boleh menjadi 'sarang' nyamuk di dalam dan luar rumah kita! πŸ”πŸš«

Jom bawa keluarga, rakan-rakan, dan jiran tetangga. Tindakan kecil kita hari ini mampu menyelamatkan nyawa orang yang kita sayang esok hari. Siapkan tenaga, bawa peralatan membersih yang sesuai, dan jumpa anda di sana! 🀝🧹

04/09/2026
04/09/2026

𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 πƒπ„ππ†π†πˆ: 𝐆𝐔𝐍𝐀 π€π„π‘πŽπ’πŽπ‹ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐓𝐔𝐋

Aerosol boleh membantu membunuh nyamuk Aedes dewasa di dalam rumah, tetapi penggunaannya perlu dilakukan dengan cara yang betul dan mengikut arahan pada label produk.

⚠️ Ingat! Aerosol bukan pengganti aktiviti cari dan musnah.

Hapuskan air bertakung untuk memutuskan kitaran pembiakan nyamuk Aedes.

AMBIL PEDULI, CEGAH DENGGI.



02/09/2026

π“π„πŒπ”ππ”π€π‹ πŒπ„πƒπˆπ€ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π

Ayuh dengarkan temubual kesihatan

πŸ”ΈTarikh: 02 September 2026 (Rabu)
πŸ”ΈMasa: 10.15 pagi hingga 10.30 pagi
πŸ”ΈMedia: Radio Langkawi fm
πŸ”ΈProgram: 15 minit
πŸ”ΈPanelis: YBrs. Dr. Abdul Hadi bin Mohd Zuki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pegawai Kesihatan Epidemiologi Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi
πŸ”ΈTopik: Bercuti Dengan Sihat Di Pulau Langkawi



02/09/2026

πŸ”Šππ”π‹π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ π’πˆπ‡π€π“ 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 πŸπŸŽπŸπŸ”

September bukan sekadar bulan biasa.

Inilah masa untuk kita semarakkan budaya hidup sihat, kukuhkan imuniti badan dan jadikan kesihatan sebagai gaya hidup! πŸ’ͺ✨

πŸ“… 1 hingga 30 September 2026
πŸ“ Peringkat Negeri Kedah

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! πŸŽ‰

Jom ambil peluang untuk bergerak aktif, makan secara sihat, menjaga kebersihan, mengurus stres dengan bijak dan mengamalkan gaya hidup lebih sihat bersama keluarga serta komuniti. πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦πŸƒβ€β™€οΈπŸ₯—

πŸ’š Kesihatan bukan sekadar pilihan, tetapi tanggungjawab kita bersama.

Ayuh warga Kedah, kita jadikan September ini titik mula untuk lebih sihat, lebih cergas dan lebih sejahtera!

πŸ“² Imbas kod QR pada poster untuk mendapatkan bahan promosi dan maklumat aktiviti.







Address

Pejabat Kesihatan Daerah Baling
Baling
09100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044701351

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Baling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share